Hukum makan daging diragui status sembelihan


Soalan: APAKAH hukumnya andai kita ke pasar untuk membeli daging lalu timbul rasa was-was atau meragui siapakah yang sebenarnya menyembelih ternakan itu, sama ada orang Islam atau dipotong orang kafir? Soalan kedua, apakah cara menyembelih yang disuruh atau dituntut agama Islam?

RAHMAN,Petaling Jaya, Selangor.

Jawapan: Al-Hamdulillah wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Mengenai masalah daging yang diragukan mengenai sembelihan siapa, adakah orang Islam menyembelihnya atau dipotong bukan Islam. Maka penyelesaiannya, kita hendaklah berpegang kepada asal. Sekiranya binatang itu memang daripada binatang halal, bolehlah kita makan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.

Hal ini seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari, iaitu daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Bahawasanya ada kaum datang kepada kami membawa daging yang kami tidak mengetahui apakah daging itu disembelih dengan nama Allah atau tidak. (Maksudnya adakah ia disembelih oleh orang Islam atau bukan Islam), maka Nabi SAW bersabda: Bacalah Bismillah dulu, lalu makanlah kamu.”

Bagi soalan kedua, untuk menyembelih binatang sebenarnya ada syaratnya. Syarat bagi binatang yang disembelih iaitu:

Pertama, binatang darat yang halal disembelih. Binatang yang haram seperti babi dan anjing tidak halal walaupun disembelih. Haiwan laut seperti ikan tidak perlu disembelih.

Kedua, binatang itu sebelum disembelih masih hidup bernyawa (hayat mustaqirrah), melihat serta bergerak dengan ikhtiarnya. Tanda hayat mustaqirrah ialah masih kuat bergerak sesudah disembelih atau darahnya masih memancut-mancut sesudah disembelih. Jika ada binatang yang dimakan harimau atau tergilis kenderaan, kemudian kita dapati masih mempunyai hayat mustaqirrah, maka halal untuk kita sembelih.

Alat penyembelih pun ada syaratnya, iaitu sesuatu yang tajam dan dapat melukai seperti besi, tembaga, emas, perak dan kaca. Tidak sah menyembelih dengan tulang, kuku dan gigi. Syarat bagi orang yang menyembelih pula ialah orang Islam atau ahli kitab. Binatang halal yang dipotong oleh orang yang menyembah api, berhala, matahari, bulan dan lain-lain, maka hukumnya haram dimakan.

Perkara sunat ketika hendak melakukan penyembelihan, antaranya hendaklah menajamkan alat penyembelihan, membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dan selawat ke atas Nabi SAW, menghadapkan diri dan yang disembelih ke kiblat, memutuskan kedua urat pada kiri dan kanan leher mengikuti halkum, menyembelih di pangkal leher serta digulingkan ke tulang rusuknya sebelah kiri.

Apa yang penting, apabila kita hendak melakukan penyembelihan perlulah ada rasa ihsan seperti disebut dalam sebuah hadis riwayat Muslim, iaitu daripada Syaddad bin Aus RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah memerintahkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kamu sekalian membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan jika kamu sekalian menyembelih, sembelihlah dengan baik. Hendaklah seorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan mempercepat mematikan sembelihannya. Demikianlah, wallahua’lam.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by zam on 8 November 2011 at 9:05 am

    Was2 boleh jatuh kepada Haram ?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: