Hukum buang tahi lalat pada badan


Soalan

Apakah hukumnya membuang tahi lalat pada tubuh badan terutama sekali di bahagian muka?

Jawapan

Ada dua keadaan, pertama penyakit, kedua; terlalu banyak.

Bintik-bintik hitam yang kelihatan seperti tahi lalat adakalanya semacam penyakit kulit. Maka untuk merawat penyakit ini salah satu caranya mungkin dengan membuangnya dari kulit muka. Itupun, sekiranya tidak mendatangkan mudarat kepada muka. Sekiranya dengan membuang bintik-bintik hitam mendatangkan mudarat maka hukumnya haram. Ini kerana kulit muka adalah sangat sensitif.

Keadaan yang kedua ialah apabila tahi lalat terlalu banyak. Hukum membuangnya adalah harus, terutamanya pada wajah seseorang sehingga kehadirannya mengaibkannya atau menjadikannya tidak selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya niat menghapuskan tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya haram kerana termasuk mengubah ciptaan Allah yang asal.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by azie on 26 Februari 2010 at 8:46 pm

    salam..di muka saya terdapat tahi lalat yg agak besar ditepi hidung (seperti tahi lalat milaAF5). ianya mmg tidak mendatangkan masalah tetapi acap kali tahi lalat saya menjadi gurauan dan usikan kawan2 dan org lain yang melihat. oleh itu adakala saya merasa malu akannya. adakah saya berdosa jika saya membuang tahi lalat tersebut..tQ

    Balas

  2. Posted by afif on 7 September 2010 at 5:04 pm

    tahi lalat merupakan sejenis cancer..cancer ialah penyakit dan bukan normal.ianya berbeza dgn hidung dan paras muka yg lain yg memang dari genetik..sedangkan tahi lalat tidak normal.
    tapi saya agak was2 hendak membuangnya.

    Balas

  3. Posted by fitry on 15 November 2010 at 9:53 am

    Salam
    persoalan yg sy
    sekira sy agak mempunyai tahi lalat di seluruh badan
    kemudian sy ingin membuang sedikit
    apakah hukum nya?

    Balas

  4. Posted by fauzan on 23 Januari 2011 at 8:36 am

    ustaz saya nk tanya klo nk kecik kn taik lalat adkah satu dosa

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: