HUTANG DENGAN BUKAN ISLAM


Soalan 26 Ana pernah mendengar roh orang berhutang akan tergantung antara langit dengan bumi sehinggalah hutangnya di dunia di selesaikan atau si pemiutang itu menghalalkan hutangnya. Adakah apa yang ana dengar ini satu hadis atau sekadar pendapat ulamak sahaja?

 

 

 

 

Mengenai hadis yang dikemukan itu memang ana pernah dengar tetapi setelah merujuk beberapa kitab feqah dan hadis namun tidak bertemu hadis dengan lafaz tersebut. Oleh itu ana tak dapat pastikan apakah kedudukan hadis ini samada ia sohih atau sekadar tafsiran oleh ulama’. Cuma di sini ana sertakan dua hadis daripada sohih Muslim untuk renungan bersama :

 

 

 

 

a. Daripada Abdullah bin Abi Qatadah daripada Abi Qatadah bahawasanya dia telah mendengar Rasulullah s.a.w telah berdiri didepan para sahabat dan bersabda dihadapan mereka yg bermaksud : Sesungguhnya jihad di jalan Allah dan beriman kepada Allah merupakan semulia2 segala amalan. Maka bangun seorang lelaki lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah pandanganmu jika aku gugur di jalan Allah maka akan diampunkan segala dosa-dosaku? Maka jawab Rasulullah s.a.w : Ya! sekiranya engkau gugur di jalan Allah dan engkau sabar sambil mengharapkan (keredhaan Allah) maka akan diterima (segala amalan) tanpa dihisab. Kemudian ditanya lagi akan Rasulullah s.a.w : Bagaimana pula engkau kata sekiranya aku gugur di jalan Allah adakah akan diampunkan daripadaku segala dosaku?. maka sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud : Ya! dan engkau sabar sambil mengharapkan akan diterima tanpa hisab melainkan hutang.Sesungguhnya Jibril yang memberitahuku mengenai perkara ini.

 

 

 

 

b. Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :Diampunkan bagi orang mati syahid setiap dosa melainkan hutang.

 

 

 

 

Maka apa yg dapat kita fahami daripada hadis ini bagaimana walau pun kita beriman kepada Allah dan gugur syahid di medan perang sekali pun yang mana kedua-duanya merupakan amalan yang paling bernilai di sisi Allah namun jika kita masih mempunyai hutang yang masih belum dijelaskan maka ia tidak akan diampunkan oleh Allah.Hadis ini juga tidak menerangkan secara khusus tentang keadaan hutang itu samada sesama muslim atau pun termasuk orang bukan Islam. Semoga jawapan ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada  saudara.

 

 

 

 

Soalan 27 Bagaimana jika si mati pernah berhutang dengan orang bukan Islam ..Adakah konsep menghalalkan hutang si mati releven dalam hal ini kalau si pemiutang berhajat untuk melupakan hutang ini?

 

 

 

 

Tentang masalah hutang dengan orang bukan Islam adalah sama hukum dengan hutang sesama muslim kerana ia bersangkutan dengan masalah ikatan kehambaan. Allah tidak akan mengampuni kita selagimana kita mempunyai masalah dengan hambanya tanpa mengira agama mereka termasuk hutang berdasarkan beberapa hadis yang menyebut hutang itu secara umum bukannya secara khusus untuk sesama muslim sahaja. Masalah hubungan dan hak muslim dengan non-muslim juga ada disebut oleh kebanyakan ulama’ bahawa ia perlu ditunaikan termasuk hutang.

 

 

 

 

D

i sini ana sertakan beberapa hadis dan juga fatwa ulama’ dan sahabat berhubung dengan masalah hak orang bukan Islam dan juga keadaan harta mereka yang mesti dijaga oleh orang Islam agar kita tidak membawa fitnah kepada Islam itu sendiri dan juga menanggung dosa disebabkan mengkhianati orang bukan Islam pada sesuatu yang tidak diharuskan oleh agama termasuk tidak menjelaskan hutang kepada mereka.

 

 

 

 

a

. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang mengkhianati kafir yang telah melakukan perjanjian (taat setia), atau mengurangkan haknya atau pun memberi sesuatu arahan yang melebihi kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kebaikan diri daripadanya maka aku akan menjadi penghujahnya(orang kafir itu) pada hari qiamat.- Riwayat Abu Daud dan Baihaki –

 

 

 

 

b

. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang mengkhianati kafir zimmi maka sesungguhnya dia mengkhianatiku. Dan sesiapa mengkhianatiku maka sesungguhnya dia mengkhianati Allah.- Riwayat Tabarani dalam Ausat dengan isnad hasan –

 

 

 

 

c

. Pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar kepada  Abu Ubaidah bin Jarrah bahawasanya ditegah muslimin daripada menzalimi kafir zimmi dan membuat sesuatu yang memudharatkan mereka dan juga makan harta mereka melainkan bila dihalalkan (diizinkan).

 

 

 

 

d

. Kata-kata Sayyidina Ali : Sesungguhnya mereka berusaha membayar jizyah untuk menjadikan darah mereka sebagaimana darah kita dan harta mereka sebagaimana harta kita.

 

 

 

 

D

aripada penjelasan ini kita dapat fahami bagaimana hak mereka termasuk harta mereka adalah sama dengan kita kecuali beberapa keadaan sahaja. Harta mereka bukan boleh diambil begitu sahaja kerana pada akal kita pun sudah dapat agakkan bagaimana jika kita boleh curi atau pun hutang tanpa membayarnya daripada orang bukan Islam maka mereka akan takut kepada orang Islam dan juga keselamatan harta mereka tidak terjamin jika berada dalam masyarakat Islam sedangkan Islam adalah agama yang menitik beratkan keadilan.

 

 

 

 

Kebanyakan fakta ini dipetik daripada buku karangan Doktor Yu

suf al-Qordawi yang bertajuk : Orang Bukan Islam dalam Masyarakat Islam.

 

Soalan 28 Bagaimana jika anak si mati ingin menjelaskan hutang si mati pada orang bukan islam yang tidak dapat di kesan lagi/hilang/dah pindah. Apakah cara terbaik untuk menjelaskan hutang si mati ini..Segala usaha untuk menolong menjawab persoalan ini, ana dahulukan dgn jazakallahu  khairan

 

 

 

 

Mengenai masalah pembayarannya pula jika tidak menemui non-muslim itu sendiri maka kita hendaklah mencari ahli saudaranya yang terdekat dan boleh dipercayai untuk menjelaskan hutang tersebut. Jika gagal bertemu mereka walau pun beberapa usaha dijalankan seperti menghubungi kawan-kawan terdekat maka pada pandangan ana kita hendaklah bersedekah dengan kadar yg dihutang kpd mana-mana institusi kebajikan yang halal cara muamalatnya iaitu memberi kebajikan dengan cara yang bertepatan dengan Islam serta berdoa kepada Allah agar ia mampu menggantikan tempat hutang itu dan juga berdoa agar non-muslim tadi diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam. Tetapi jika kita bertemu dengannya selepas itu kita wajib tunaikan hutangnya dan menganggap bahawa sedekah yg dilakukan sebelum ini adalah sedekah kita.wallahu a’lam.

 

 

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Jumadi Pahing on 8 Julai 2011 at 7:23 am

    Saya pernah menyewa kereta daripada orang bukan Islam dan dgn takdir Allah saya mengalami kemalangan menyebabkan kereta rosak teruk. Saya telah membiayai kos tunda ke bengkel kereta dan kos lapuran polis. Walaubagaimanapun tuan punya kereta yg non muslim tadi meminta saya membayar ganti rugi sebanyak RM500.00.

    Persoalannya
    1. Adakah tuntutan tuan punya kereta itu dianggap sebagai saya berhutang dgn dia
    2. dan jika jawapannya ia,apakah cara terbaik untuk menjelaskan hutang saya ini kerana telah berlalu lebih 20 tahun yg lalu dan hingga kini saya belum lagi menemuinya disebabkan dia telah berpindah dan tidak dapat dikesan lagi. Segala usaha untuk menolong menjawab persoalan ini, saya dahulukan dgn jazakallahu khairan.

    Balas

  2. Posted by riana on 21 September 2012 at 10:07 am

    Assalamualaikum wbr. Sy nk tanye,kalau org mati berhutang ngn kafir,dan hutang tu pula adalah hutang arak,adakah patut utk menjelas kan hutang tu,takut nnti kalau di bayar,kite pula yg berdosa sbb byar arak. Dan pernah ade org bermimpi,si mati muncul dlm mimpi,dan suruh menbyar hutang arak tersebut. Patut x bayar hutang tu? Terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: