BAHANA CINTA SEBELUM KAHWIN


Menjadi suatu perkara biasa bila bercinta sebelum kahwin atas pelbagai alasan berdasarkan akal. Tidak dinafikan ia ada baik dan buruknya tetapi jika ia dilihat pada pandangan wahyu maka banyak keburukannya terutama dari segi pelanggaran kepada hukum syariat sendiri pada kebiasaannya dan banyak membuka kepada pintu penzinaan. Oleh kerana ia menjadi suatu kebiasaan menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan apa kata syarak cuma kita hanya menjaga agar tidak berlaku maksiat yang lebih besar terutama zina sedangkan kebanyakan muqaddimah atau pintu zina telah pun dihampiri samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apakah keseronokan bercinta melebihi pegangan kita terhadap agama. Adakah suatu yang kolot jika tidak bercinta sebelum kahwin. Atau bagaimana cara terbaik untuk bercinta tanpa melanggar adab yang telah ditetapkan oleh syarak. Biasanya adat bercinta mahu bercakap kemudian mahu bertemu muka seterusnya jika terus hanyut maka perkara lain akan menyusulinya walau pun bukan kesemua yang bercinta melakukannya. Jika hendak bertemu tunang pun ada adab yang perlu dijaga apatah lagi yang belum diikat dengan apa-apa hubungan atau ikatan. Kita lihat beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi yang biasanya dilanggari oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin iaitu sebagaimana berikut :

1. Bahaya pandang memandang

a. Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….. ( surah an-Nur ayat 31 )

b. Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )
 

2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram
 

a. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.  ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

b. Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )
 

3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin
 

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan)  dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

    Apakah pendapat kawan-kawan tentang perkara ini. Fikirkan secara baik bukan setakat menggunakan akal sebagai petunjuk sebaliknya hendaklah dijaga batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Tidak rugi mengekang nafsu dengan wahyu tetapi betapa rugi men jadi hamba nafsu sehingga menentang wahyu.

 

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by farahnordin on 17 September 2011 at 11:04 pm

    bercinta…mmg utk kawen,tp cinta lpas kawen lagi special.. =)

    Balas

  2. Posted by siswa on 17 Februari 2012 at 6:50 pm

    assalamualaikum ustaz…saya ingin meminta pendapat ustaz. saya kini sedang mencintai seorang gadis yang mak ayahnya telah bercerai baru-baru ini. sebelum ini kami pernah bercinta di alam persekolahan tetapi tidak kekal. kini dia kembali semula dalam hidup saya. sungguhpun saya bukanlah mempunyai perwatakan yang menarik dan tidak ada yang boleh saya banggakan pada diri saya,tetapi saya lihat dia sekarang dapat menerima saya seadanya. saya serba salah untuk menolak cinta darinya tambahan pula saya masih lagi sayangkan dia dan mak ayahnya telah bercerai. dia adalah anak yang sulung tetapi perangainya masih lagi belum mentah pada pendapat saya. keluarganya tidak berapa menitik beratkan solat jadi dia jarang bersolat dan membaca quran. untuk pengetahuan ustaz dia kini berada di tahun peperiksaan spm dan saya pula telah menuntut di sebuah ipta tempatan. saya menjadi serba salah kerana saya takut hubungan kami membawa maksiat. saya juga selalu menasihatkan dia agar bersolat dan mendalami ilmu agama dan dia kini hampir dapat saya ubah kerana dia berjanji dia akan solat. saya tidak sanggup untuk tinggalkan dia tetapi saya tidak dapat jamin masa depannya.bagaimana ustaz?apa yang perlu saya ucapkan padanya sekiranya hubungan kami adalah satu dosa?saya risau kalau saya tinggalkan dia,dia akan kembali lalai dan leka dengan dunia. saya juga bukan lah orang yang baik kerana saya sering menonton gambar terlarang.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: