Laksana solat hari raya dengan ikhlas


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

USTAZ, saya mahu bertanya mengenai cara melaksanakan solat hari raya. Ada yang melakukan takbiratul ihram sekali dan ada yang tujuh kali. Mana yang lebih baik, solat hari raya di masjid atau solat di padang. Harap dapat penjelasan.

IBRAHIM,

Alor Setar.

ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Apa yang perlu saudara maklum bahawa semua ulama berpendapat bahawa takbiratul ihram hanya sekali, tidak ada yang menyatakan tujuh kali. Perlu juga diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan takbiratul ihram adalah takbir pembuka solat. Semua solat wajib dibuka dengan takbir dan dengan takbir itu maka haramlah semua aktiviti selain yang berkaitan dengan solat, walaupun sebelumnya halal.

Contohnya, haram ketika itu bercakap-cakap. Itu sebabnya takbir ketika itu dinamakan takbiratul ihram iaitu takbir yang mengharamkan aktiviti selain solat.

Ulama berbeza pandangan mengenai bilangan takbir pada solat sunat hari raya. Ada 10 pandangan yang dikemukakan oleh as-Syaukani dalam bukunya Nail al-Authar.

Sebahagiannya iaitu: Tujuh kali pada rakaat pertama sesudah takbiratul ihram dan sebelum membaca al-Fatihah dan lima kali pada rakaat kedua sesudah sujud pengalihan daripada sujud kepada berdiri serta sebelum membaca al-Fatihah.

Inilah pendapat majoriti ulama termasuk Imam as-Syafi’i RHM. Pendapat kedua menyatakan bahawa tujuh takbir yang dimaksudkan itu termasuk takbiratul ihram. Ini pandangan Imam Malik RHM dan Imam al-Muzani RHM. Pandangan ketiga iaitu tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan kedua. Begitulah seterusnya sehingga pandangan ketujuh.

Persoalan mana yang lebih utama, solat di masjid atau solat di lapangan, sebenarnya terdapat dua riwayat berbeza berkaitan amalan Nabi SAW. Ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW selalu solat di lapangan luas manakala riwayat lain menyatakan Nabi SAW pernah juga solat di masjid.

Amalan nabi ini menunjukkan kedua-duanya boleh dilakukan. Imam as-Syafi’I RHM solat di tempat terbuka atau padang pasir kerana ketika itu masjid tidak dapat menampung jemaah.

Justeru, Imam as-Syafi’i RHM menyatakan sekiranya masjid cukup luas dan dapat menampung jemaah, maka solat di masjid adalah lebih baik. Sekiranya masjid tidak dapat menampung jemaah, maka makruh solat di masjid dan dianjurkan solat di tempat yang luas.

Solat hari raya disunatkan antara lain untuk menampakkan syiar agama Islam. Logik Imam as-Syafi’I ini ditolak oleh sebahagian ulama yang menilai bahawa solat di lapangan lebih baik kerana itu yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Ini tentu saja jika cuaca di tempat berkenaan mendung. Namun bagi kita, hendaklah berkata bahawa keduanya benar dan tidak perlu dipersoal. Yang penting laksanakanlah dengan ikhlas. Demikianlah, wallahua’lam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: