Pendekatan, Kaedah Nabi dalamrawatan sihir


Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia memperlihatkan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”.

Realitinya, hanya sebahagian pusat-pusat rawatan Islam yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunah dalam rawatan yang dijalankan. Sebahagiannya hanya melabelkan mereka sebagai pendukung rawatan Islam, padahal berlaku percampuran antara hak dan batil serta kadangkala kaedah rawatan dijalankan menyalahi syariat.

Fellow Skim Latihan Akademik (SLAI) merangkap pelajar ijazah tinggi di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Ustaz Khadher Ahmad berkata, rawatan Islam tidak terlepas daripada menerima pelbagai dakwaan, sama ada yang menyanjungnya atau mengkritiknya.

Hal itu, kata Ustaz Khadher, mungkin disebabkan oleh ke pelbagai kaedah rawatan yang dijalankan walaupun dengan menggunakan title sama iaitu “Rawatan Islam”.

“Sehingga kini, aspek yang sering mendapat perhatian dan kritikan adalah terhadap kaedah dan teknik rawatan yang dijalankan               di pusat-pusat rawatan Islam.

“Antaranya, kaedah scanning, rawatan jarak jauh, jampi, kaedah pukulan, kaedah minum dan mandi air jampi dan sebagainya.

“Boleh dikatakan kaedah-kaedah rawatan berkenaan dijalankan bagi mengubati pesakit yang mendakwa dirinya disihir,” katanya sambil memberitahu sihir merupakan salah satu daripada jenis penyakit yang memerlukan khidmat rawatan dan penggunaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu boleh membantu bagi merawat pesakit yang disihir.

Bangkitnya dakwaan dan kenyataan berhubung isu ini, jelasnya, ia bersangkut paut dengan ketepatan kaedah dan teknik tersebut, sama ada menurut amalan Nabi Muhammad SAW ataupun tidak.

“Ini kerana kemungkinan kaedah dan teknik itu menyerupakan amalan perdukunan (perbomohan) atau kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, terdapat sebahagian pusat rawatan yang mendakwa menjalankan rawatan menurut Islam, tetapi daripada sudut pengamalannya, masih menggunakan cara rawatan yang dilakukan bomoh seperti menyeru dan minta pertolongan makhluk ghaib, menggunakan kemenyan untuk melakukan proses rawatan dengan membakarnya bagi mendapatkan asap, menggunakan jampi-jampi yang dicampur aduk ayat-ayat al-Quran dengan jampi dan mentera yang tidak difahami dan sebagainya, sedangkan pengamalnya masih mendakwa kaedah rawatan yang dijalankan itu berlandaskan syariat Islam.

Pendekatan, Kaedah        Nabi dalam

rawatan sihir

Ketika membentangkan kertas kerja “Realiti dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith-hadith Tentang Pendekatan dan Kaedah Rawatan Nabi SAW Merawat Penyakit Sihir” pada Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyah di Universiti Malaya, baru-baru ini, Ustaz Khader berkata, melalui penelitian pengkaji terhadap kitab-kitab syarah, pengkaji merumuskan pendekatan dan kaedah rawatan sihir yang dilakukan Nabi dibahagikan tujuh kaedah utama.

“Kaedah itu ialah kaedah mengenal pasti tempat barang sihir disembunyikan, kaedah mengeluarkan bahan sihir dan membatalkannya, kaedah menanam dan memusnahkan bahan sihir, kaedah Ruqyah ke atas mangsa sihir, kaedah memberi minum air ruqyah, kaedah tepukan (menepuk-nepuk tubuh pesakit menggunakan tapak tangan) dan kaedah mandi,” katanya.

Merungkaikan bagaimana setiap kaedah Nabi itu dilakukan, Profesor Madya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ishak Suliaman (gambar, kiri) berkata, suatu ketika dulu, Nabi disihir seorang lelaki berbangsa Yahudi, Labid bin al-A’sam. Sihir tersebut menggunakan rambut yang gugur semasa menyikat rambut dan diikat bersama seludang tamar muda jantan. Lalu dua malaikat (yang diutus Allah) memberitahu Baginda bahan sihir disembunyikan di dalam telaga Dharwan.

“Baginda dan sahabat pergi ke telaga mengambil dan mengeluarkan bahan sihir tersebut. Dinyatakan bahan itu menjadi penghubung atau perantara antara mangsa sihir dengan tukang sihir.

“Bagi kaedah kedua pula, terdapat dua cara dilakukan Baginda, iaitu mengeluarkan dan membatalkan sihir di samping memohon petunjuk daripada Allah bagi menghilangkan sihir itu,” katanya.

Menurutnya, setelah dijumpai barang sihir itu, Baginda mengambil dan mengeluarkan, maka terbatallah sihir yang dihadapi oleh Baginda.

“Barang sihir itu seperti satu simpulan daripada beberapa simpulan tali seperti ‘iqal’. Kaedah dan pendekatan ini bertujuan untuk menghilangkan bahan-bahan kotor dan seterusnya merungkaikan ikatan tersebut bagi menghindarkan sihir itu memberi kesan kepada tubuh badan mangsanya.

“Kaedah ketiga; kaedah menanam dan memusnahkan bahan sihir. Apabila Nabi mengambil dan mengeluarkan bahan sihir tersebut, maka Baginda merungkainya. Ia menyebabkan sihir yang dikenakan ke atas Baginda terbatal dan Allah telah menyembuhkannya.

“Ketika Aishah bertanya kepada Nabi, kenapa tidak dibakar bahan itu, Nabi mengatakan tidak perlu untuk membakarnya melainkan perlu ditanam ke dalam tanah. Apa yang dilakukan baginda itu ekoran bimbang jika mengeluarkan, membakar dan menonjolkan bahan sihir tersebut boleh mendatangkan kemudaratan dan kejahatan kepada orang -oarang Islam, khususnya dalam kalangan mereka yang mahu mengambil pengetahuan dan mempelajari sihir serta menyebarluaskan pengetahuan kepada orang lain,” ujar Ishak.

Seterusnya, kaedah mandi merujuk perawat memandikan pesakit atau pesakit mandi berdasarkan nasihat dan tunjuk ajar daripada perawat. Nabi ketika merawat kanak-kanak yang ditimpa musibah tidak boleh bercakap, baginda meminta air dan air itu digunakan untuk minum, sapu di muka dan mandi. Manakala, dalam hadith lain, disebutkan Nabi meminta agar dimandikan orang yang terkena penyakit ‘ain. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA, Nabi bersabda:

Maksudnya: “Penyakit ‘Ain adalah benar-benar wujud. Sekiranya terdapat sesuatu yang mendahului takdir, nescaya ‘ain akan mendahuluinya. Sekiranya kamu di minta mandi, maka mandilah.

Kaedah tepukan pula merujuk kepada tepukan dilakukan perawat menggunakan tapak tangannya ketika rawatan sama ada disertakan dengan bacaan ruqyah ataupun tidak. Tepukan ini berbentuk pukulan sederhana kuat yang tidak menyakitkan pesakit tetapi sebagai isyarat untuk menyakiti makhluk halus atau menepuk keluar bahan-bahan beracun dalam badan pesakit, sebagai isyarat mengarahkan makhluk halus keluar dari tubuh badan pesakit.

“Termasuk dalam kaedah ini adalah kaedah menyapu dengan menggunakan tapak tangan dan kaedah memicit atau menekan-nekan pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh pesakit seperti ruang antara bahagian ibu jari dan jari telunjuk, belakang leher kanan dan kiri, bahagian atas kepala, bahagian antara ibu jari kaki dan jari telunjuk kaki dan lain-lain.

“Merujuk dalil daripada hadith, pengkaji mendapati kaedah tepukan adalah kaedah dilakukan oleh Nabi dalam merawat penyakit-penyakit tertentu. Uthman bin Abi al-As RA menceritakan bahawa beliau pernah diganggu syaitan dan Nabi telah membantu merawat beliau dengan menepuk-nepuk dada serta meludah dalam mulut beliau,” jelas Ishak.

Ishak memberitahu, dalam menghadapi sihir, pesakit perlu sentiasa memanjatkan doa memohon kesembuhan daripada Allah. Hal ini berlaku ke atas Nabi sendiri. Ketika Baginda disihir, Baginda terus-menerus mengulangi doa, memohon petunjuk daripada Allah masalah yang dihadapinya.

Sebagai kesimpulannya, kaedah dan pendekatan dilakukan Nabi jelas menunjukkan Baginda telah menerangkan secara terperinci berhubung kaedah terbaik merawat masalah sihir. Hal ini menunjukkan bahawa individu, khususnya dalam kalangan perawat perlu jelas, Nabi pernah melakukan rawatan terhadap sihir yang dihadapi oleh Baginda.

“Dari itu sepatutnya segala pendekatan dan kaedah yang dilakukan Nabi menjadi panduan dan rujukan utama dalam rawatan sihir dan meninggalkan daripada menggunakan kaedah dan pendekatan yang tidak jelas kesahihannya atau kaedah yang masih diragui serta menyerupai amalan bomoh dalam rawatan yang dijalankan,” ujar kedua-duanya.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by hamba Allah on 5 September 2011 at 10:55 am

    Assalamualaikum..
    Saya ada satu kemusykilan berkenaan amalan ilmu mengurut yang diamalkan oleh kawan saya. Untuk mengamalkan ilmu tersebut, beliau perlu membaca surah al-fatihah sebanyak berapa puluh kali (lupa) dan menyeru urat-urat dalam tubuh e.g ‘wahai urat aku tahu asal usul mu sebanyak berapa puluh urat….lurus kan yg tegang bla..bla..’. satu lagi beliau perlu menyimpan sebilah pisau sebesar jari kelingking. Persoalan saya, apakah hukum amalan tersebut?adakah ia menurut amalan perubatan islam kerana amalan perlu membaca surah al fatihah tapi saya agak musykil kerana beliau perlu menyimpan sebilah pisau sebagai tangkal.Harap dapat merungkaikan persoalan ini.Wassalam..

    Balas

  2. Posted by tarmizi on 3 Disember 2012 at 10:35 am

    kat tempat saya ada seorang yang mengamalkann sihir, dimana ramai orang kampung telah melihat sejenis makhluk seperti manusia setinggi sejengkal, ada yang mengatakan makhluk itu ialah toyol atau pun anak kerak. setiap malam selasa dan malam jumaat akan ada bau seperti kemenyan apabila lalu di kawasan rumahnya, mungkin masa itu dia sedang menjampi amalannya. dia juga menggunakan minyak orang mati dibunuh (minyak mati bunuh/minyak dagu) untuk tujuan mengkhinati orang, apabila mangsa tersebut sakit dia berpura2 merawat mangsa tersebut. dia juga boleh melakukan SANTAU kepada mangsa-mangsanya, bagaimanakah cara supaya segala perbuatan yang dia lakukan tersebut tidak terkena kepada orang lain dan supaya terkena kembali kepada diri dia sendiri. nama dia ialah Roslan Bin Li dan nama emak dia ialah Bidah. no tel dia 0111 9311898

    Balas

  3. Sangat bermanafaat. Mohon kongsi di http://portberita.blogspot.com/

    Balas

  4. Posted by Nor Yati Abdullah on 22 Oktober 2016 at 6:12 am

    Assalamualaikum..Saya mmpunyai masalah rumahtangga yg telah brtahun2.. Kira2 3th lalu suami ada mmbuat prrhubungan sulit dgn isteri org ( gf lamanya). Wktu itu dia spt org yg hilang akal bercinta mcm budak2 kerana wanita itu mggunakn ilmu Penunduk.
    Wlupn tahu, dia tetap x ambil apa2 tindakn utk rawatan pd wktu itu. Malahan seigt sya pd wktu yg sma jugk dia dgn wanita itu pulak sama2 bergabung mmbela pendamping dan membomohkn sya,tujuan mereka utk buat sya jdi bodoh.
    Wktu tu pantang slh sikit,teruk saya d pukulnya. Malahan kdg2 klu tiada sbb dia akn reka sbb smata2 utk pukul sya dan halau sya kluar dri rumah supaya mudah utk dia jmpa wanita trsebut. Pendekata hidup sya benar2 seksa wktu tu.
    Anway mgkin berkat doa yg x putus2, rukyah tnpa henti slma 3 bulan hampir tiap2 mlm. Wlupn wktu tu d atas syiling rumah sya,sntiasa ada ssuatu yg seakn byngan hijau sntiasa mgikuti sya kmna sya pergi ( hatta ke toilet sklipn) Alhamdullilah.. Allah Taala mlindungi sya.
    Sya tnggal d rumah mak sya sejak 2-3 th kblkngan ni dan suami sya mcm dh kurng atau mgkn x brhubung lgi dgn wnita trsebut. Dia jugk krap blik jmpa sya d rumah mak, hmpir tiap hri ( Dia kerja d muar). Dia x sebengking dlu dan jrg mmukul sya. Utk pengetahuan pihak tuan,suami saya adala seorg kaki perempuan,jnis yg sgt2 mudah jtuh cinta.
    Msalanya,sejak dia kembali baik dgn sya, dia x pernah mhu mnyentuh sya.. Malah klu sya mintak sklipun dia tetap ktakn tidak dan akn tidur dgn cra mnyarap supaya sya x bole sentuh atau cuba apakn dia. Dia jugk x begitu suka sya blik kerumah lma kami,wlupn tiada ssiapa d dsna ( sya dh check). Dah dkt 3 tahun lmanya sya lgsung x d sentuhnya..Jrg skli mmbwa sya kluar brjalan atau seumpamanya bersama2 dgnnya.. Dia akn kluar sndiri, sya kluar sndiri.. Tpi dgn pompan lain dia akn kluar brsma. Sbb sya penah trserempak. .2-3bulan yg lps.
    Wlupn x serius, sbb sya cpt col n query pompan tu..Sya tau suami sya akn mudah jtuh cinta klu dpt peluang.
    Bila sya tnya dia ckp sibuk.. x sempat.. Mngantuk n letih.. Sdgkn sblum ni dia akn komplen klu selang shari pn. Bila sya mintk lepaskn sya, dia ckp dia maih sygkn sya n sya pulak yg d slhkn sbb nk mruntuhkn rumahtngga kami.
    Sya hint2 suruh dia pegi brrubat.. dia buat bodoh je.. Sya rsa mcm dh x bole tahan hidup mcmni.. Tpi sya syak,dia berubah mgkin ada kaitan dgn sihir dan benda2 halus.. Cuma sya x tau dri mna dtgnye.. Adakah dia punya sndiri atau ada ssiapa yg sngaja buat dia hilang nafsu pd sya mcmni?
    Tlg la.. Apa yg ptut sya buat? Sya tidak bekerja kerana mnjaga mak yg uzur dan tidak ada bnyk wang utk k sna dan kemari pergi brubat.. Suami hnya bgi sya 100 sbulan wlupn dia mmpu bgi lebih. Suami juga x mau pergi berubat.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: