Hati-hati kurma Israel di pasaran Malaysia


Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada  dalahttps://darululumonline.files.wordpress.com/2011/08/jordanriver.jpg?w=300m
pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma  ini
ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma
ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah  negara
seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus  semula
sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena
Ramadhan ini juga che’GuBard dan SAMM sekali lagi  memperbaharui
desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan  dengan
negara haram Israel.

Dalam
satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro  Palestin.
Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara  sebagai agen
Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah  kita dalam
wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang  dipimpin
oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang  kepada
ekonomi Israel.

Dahulu
sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil  Akta
Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang  lansung
dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika
Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun
sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka  pada
tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah
dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang
bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan
tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak
itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang  kekuatan
ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara  memboikot
Israel.

Di
Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi
produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review,
bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology
From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes
(Buku  kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh
itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta  ringgit
kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk  membantunya
merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini  mengunakan Apco
Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Sebelum
ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che’GuBard  telah banyak
kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam  membuktikan
bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan  ekonomi Israel
terus ‘segar’ dan terus berupaya membeli senjata untuk  membunuh umat
Islam Palestin.

Micha
Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam  Israel-Asia
Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan  yang dipetik
dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti  berikut,

The
public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister  of
International Trade and Industrial that their country intends to  pursue
economic relations with Israel is another milestone in the  development
of trade with this continent.

Micha
Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah  menyatakan
hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan  Antarabangsa dan
Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan  ekonomi dengan
negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi
Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka.  Lebih lagi kita
umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama  Umat Islam. Kita
tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera  Israel tetapi
percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi  Israel apabila
kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya  Umno Bn kita
akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan  seterusnya
melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada
Mukhriz anak kepada Dr. Mahathir, harus tampil menyatakan  pendirian
sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi  pusat
pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: