Cara Samak: Najis berat dan kulit bangkai


Tanah selain digunakan untuk tayamum, boleh juga digunakan untuk menyucikan najis berat. Hal ini khusus bagi anggota atau pakaian yang terkena najis berat, sama ada najis anjing atau babi atau tersentuh tubuh atau kulit bulu anjing atau babi. Bahagian anggota yang terkena najis berat ini tidak boleh disucikan dengan air semata-mata. Tanah diperlukan bagi menyucikan najis tersebut. Bagaimana caranya?

Proses penyucian ini dinamakan samak dalam istilah orang Melayu atau sertu pada sesetengah negeri. Caranya ialah bahagian terkena najis itu perlu dibasuh atau disucikan dengan air tujuh kali basuhan. Iaitu, enam kali basuhan menggunakan air mutlak dan satu basuhan dengan air yang dicampur tanah.

Cara yang mudah seperti berikut:

1) Tanah hendaklah diambil dari tempat bersih.

2) Tanah itu dicampurkan dengan sedikit air. Campuran air dan tanah itu berperanan seperti sabun, perlu digosokkan pada tempat terkena najis. Basuhan itu dikira sekali.

3) Ambil air mutlak dan siramkan ke atas bahagian berkenaan sebanyak enam kali lagi.

4) Basuhan terakhir (dikira yang ketujuh) itu adalah sebagai bilasan akhir. Inilah cara terbaik boleh dilakukan untuk bersuci.

Walau bagaimanapun, kaedah ini sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengikuti cita rasa sendiri. Contohnya, boleh dibasuh dengan air mutlak pada basuhan pertama dan kedua, kemudian basuhan ketiga dengan air tanah. Seterusnya diikuti air mutlak sehingga basuhan cukup tujuh kali. Dalam kaedah ini, tidaklah salah kalau kita menggunakan air tanah berupa air yang telah dikacau dengan tanah. Tetapi yang baik ialah air masih ada tanahnya. Sekali gus tanah boleh menggantikan sabun. Sungguhpun begitu di zaman moden ini terdapat produk ciptaan baru di pasaran, iaitu sabun yang komponennya terdiri tanah dan air.

Menyebut istilah samak, diharapkan tidak ada terkeliru dengan samak untuk kulit binatang. Hal ini kerana istilah samak turut diguna pakai bagi proses membersihkan kulit binatang, selain kulit anjing dan babi. Dalam konteks ini, alat samak digunakan ialah bahan-bahan kesat dan tajam boleh menghilangkan lemak dan bisa pada kulit tersebut. Antaranya akar kayu, berus, pisau, kapur, garam dan seumpamanya.

Oleh kerana kedua-dua proses samak ini berlainan sama sekali, maka bahan samak bagi kedua-duanya tidak boleh ditukar ganti. Lazimnya, semua kulit itu sudah disamak mengikut cara di atas. Umat Islam tidak perlu meragui prosesnya walaupun dilakukan bukan Islam kerana proses samak kulit itu bertujuan mengelak kulit itu membusuk.

About these ads

22 responses to this post.

  1. Posted by shfqa on 12 November 2011 at 7:28 pm

    perlu ke kita samak jika terkena air liur anjing?selipar saya telah di gigit oleh anjing ,bila saya pakai basah .kmungkinan air liur anjing itu melekat pada selipar saya.

    Balas

  2. Posted by Ism. on 16 November 2011 at 8:41 pm

    Salam sejahtera SHFQA !
    Tidak sahaja selipar anda yang harus di sertu, malahan kaki anda juga harus di sertu sama jika anda tidak melakukan sedemikian sasudah selipar anda di jilat oleh si anjing,anda tidak di benarkan melakukan salat kerana diri anda masih di selubungi najis dan jika anda melakukan juga salat,adalah sia sia kerana Allah Taala tidak akan menerima salat seorang hamba Nya yang dalam keadaan najis yang besar ( sentohan anjing atau babi )
    Anda harus berseretu iaitu menghilangkan najis berat tadi dengan cara yang Allah Taala tetapkan ( kerana alam semesta ini adalah ciptaan dan milik Nya, dan Allah Taala mengertahui segala rahsia sesuatu yang di ciptakan oleh Nya,tetapi kita tidak mengetahui nya )
    Cara untuk berseretu yang telah di tetapkan oleh Allah Taala ia lah, anda harus mencuci selipar anda sebanyak enam kali dengan air biasa atau air paip atau air yang bersih. Pada kali yang terakhir atau kali yang ke tujuh, anda harus mengisikan sebaldi air yang telah di campor dengan tanah yang di ambil dari tempat yang bersih sebanyak mungkin dan ratakan atau adukkan camporan tanah dan air tadi sehingga menjadi keroh.Celupkan selipar anda yang najis tadi ke dalam baldi tadi dan cuci sehingga anda berasa berpuas hati.Anda juga harus berniat kerana anda melakukan perkara yang anda anggap remehan ini sesungguh nya kerana di perintahkan oleh Allah Taala.Sungguh pun selipar anda kelihatan kotor dengan cucian dari air camporan tanah tadi, tetapi pada pandangan Allah Taala ia nya cukup suci dan bersih.Biarkan sahaja keadaan selipar anda yang sedemikian.
    Anda juga harus melakukan perkara yang sama terhadap kaki anda.Ulangi proses pertama ia itu mencuci kaki anda sebanyak enam kali dan rendam kan kaki anda pada cucian terakhir ia itu kali yang ketujuh kedalam baldi yang bercamporan tanah tadi.
    Sekarang,anda telah suci dari najis si anjing tadi dan apa juga amal ibadah anda terutama ubtuk bersolat,akan di terima oleh Allah Taala dengan seizin Nya,( insyaallah ).

    Balas

  3. Posted by Yamin on 26 November 2011 at 1:15 am

    Salam. Saya tersentuh kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir. Perlukah saya samak? Kerana saya dengar ada yang mengatakan tidak perlu samak jika kering bersentuh dengan kering.

    Balas

    • semasa sy bljr dlu ustaz ada mngatakn klu kering xperlu samak melainkn bsh trutama air liur babi n keturunany..klu bulu jika trsentuh tp kering ustaz kt xperlu samak..wallahualam..kt rujuk kpd hadith n al-quran lg jelas.

      Balas

      • Posted by Nuratiqha Razumi on 16 November 2013 at 9:01 am

        Saya baca “Ada pendapat yang mengatakan “kalau kering kedua-duanya tidak perlu dibersihkan”. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulamak berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu dibersihkan, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka ia juga wajib dibersihkan. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib dibersihkan kerana ia merupakan najis yang paling berat.”

        diambil deripda http://www.ustaznoramin.com/2010/06/wajib-samak-apabila-sentuh-anjing-babi.html

  4. Posted by seorang insan on 2 Disember 2011 at 7:22 pm

    assalamualaikum..saya ada soalan di sini. soalan saya ialah jika kite diserang oleh khinzir dan mengalami luka2 dan sewaktu dgnnnya….mcm mane care kite nak samak?dan mcm mane kalau t’msk dlm salur drh kite…

    Balas

  5. Posted by Aza on 12 Januari 2012 at 11:35 pm

    Assalamualaikum, saya ada satu soalan di sini..bagaimana caranya untuk saya sertu selepas memegang dan bermain-main dengan anjing kerana bukan sahaja terkena kulit dan badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki malahan baju dan seluar yang dipakai..boleh tak terang kan kepada saya cara-cara untuk sertu dengan lengkap kerana saya akui bahawa pengetahuan agama saya sangat cetek..terima kasih~

    Balas

  6. saya ada soalan

    mcm mana kalau saya telah terpegang daging babi yg berada dlm plastik sewaktu di pasaraya? daging tersebut diletakkan dlm plastik. saya hanya menyentuhnya dari luar. tidak sengaja. tapi plastik tersebut sangat tipis sehinggakan saya bole merasakan isi daging tersebut. adakah saya patut menyamak tangan saya?

    sila jawab..

    Balas

  7. Posted by hamba Allah on 14 April 2012 at 7:01 pm

    ustaz.kawan sy ckp kalau ckp babi kat org.kna samak jgak kalau kt sentuh org 2 blek.saya ragu2.btol ke ye?

    Balas

  8. Posted by Farhan on 15 Mei 2012 at 2:39 pm

    Saya nk tanya,saya bekerja dlm bidang membuat service atau maintenance lif.salah satu lift yg sy jaga adalah tmpt menjual daging salai khinzir…adakah saya perlu samak?sdgkn saya hanye msuk ke permis berkenaan dan membuat pemantauan lift di premis berkenaan..

    Balas

  9. Posted by AYAM on 16 Julai 2012 at 2:07 am

    SALAM..KULIT ANJING YANG TELAH DI SAMAK/SERTU BOLEH TAK DIPAKAI SEPERTI BIASA?

    Balas

  10. Posted by hamba allah on 20 Ogos 2012 at 9:10 am

    ass …
    Saya sdg bawa mtr dgn tdk sengaja ada anjing menumbur mtr saya dan anjing itu terkena kaki saya .
    Nah bagaimana apakah saya perlu samak ? Tetapi saya tidak sengaja terkena anjing tersebut .

    Balas

    • Posted by hamba Allah on 25 September 2012 at 8:25 am

      As salam…
      saya baru turun dari kereta dan saya xperasan bahawa saya sdh terpijak najis anjing….saya telah membuang slipar itu…..tpi saya msih merasakan was-was adakah kaki sy juga turut terkena najis tersebut….walhal saya lihat tiada najis pada kaki saya…

      Balas

      Balas

      • was-was itu dr sifat dr syaitan adalah lbh baik anda samak kaki anda sekali sekirany anda terasa was-was..wallahualam..kt rujuk al-quran n hadith lbh jelas..

  11. Posted by mizan on 18 Disember 2012 at 12:46 am

    Salam ustaz, ada anjing yg luka & berbau telah masuk dlm rmh sy & menggesel luka tersebut pada dinding rmh lalu menyebabkan bau yg busuk.apakah kaedah sesuai utk samak ? Kena samak seluruh rmh ke? Terima kasih

    Balas

  12. terima kasih utk info nie. .

    Balas

  13. Posted by norlidajohan on 23 Mac 2013 at 7:47 am

    assaalamualaikum….sy nak tanye ustaz,sy berniaga di pasar mlm…satu hari tempat sy berniaga tu ade beberapa tempat/kelompok tahi ,sy yakin itu tahi anjing,dan sy timbus sedikit dgn tanah….tiba-tiba hujan turun dgn lebatnyemenyebabkan tempat itu di penuhi air….setelah 4hari berlalu baru sy teringat dan berasa tak sedap hati dan menyesal….hingga takut nak solat….soalannye bagaimanakah cara untuk sy menyamak najis tersebut dan bagaimana dgn persekitaran dlm rumah sy,pakaian yg sy sudah campur adukkan …tlg sy ustaz….

    Balas

  14. Posted by ahmad bazlee on 30 Mei 2013 at 3:58 pm

    Salam ustaz..saya terpijak najis ..tetapi saya tidak tahu najis apa itu..tapi saya rasa itu najis anjing..adakah saya perlu samak?

    Balas

  15. Assalamualaikum…bru2 ini sy ad jemur seluar pada ampaian..kebetulan pagar rumh tidak berkunci menyebabkan anjing masuk dan selongkar tong sampah yang ad di halaman rumah. kebetulan pula saya ad menjemur seluar betul dibawah tong sampah tersebut. sy khautir badan anjing tersebut tersentuh dengan seluar yang saya jemur itu kerana seluar itu masih basah walaupun pelakuan anjing tersebut saya tidak nampak akan tetapi ternampak kelibat anjing tersebut membawa lari sisa-sisa makanan tersebut. kebetulan pula saya menyentuh seluar tersebut. adakah perlu saya samak seluar tersebut walaupun tidak nampak perlakuan anjing tersebut dan tangan saya yang menyentuh seluar tersebt ?

    Balas

  16. Posted by yang memererlukan penerangan on 30 Ogos 2013 at 12:05 pm

    salam..saya nak bertanya..bagaimana sekiranya tempat saya berkerja, majikan saya memasak dan makan babi di tempat kerja,berikutan rumahnya hanya di belakang pejabat sahaja..kami semua berkongsi sinki dapur,dan meja makan bersama-sama..boleh ustaz terangkan, perlukan saya melakukan samak?

    Balas

  17. Assalm….saya ada case hndfhone yg mcm kulit vavi..ni…perlu tak saya samak…
    Ada yg mngatakn hnya samk tgn dan muka jew…mohon bntuan…

    Balas

  18. Posted by khairul on 28 Januari 2014 at 3:29 pm

    Kalau tidak sengaja terpegang kasut yg diperbuat dari kulit babi…..(Pig skin lining) adakah perlu disamak?????

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: