Penegasan ke-Esaan Allah


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Surah ini termasuk dalam surah Makiyyah. Ini pendapat Ibn Mas’ud, al-Hasan, Ata’, Ikrimah dan Jabir. Mengikut riwayat Ibn Abbas, Qatadah dan al-Dahhak, surah ini termasuk surah Madaniyyah. Ia terdiri daripada empat ayat dan diturunkan selepas surah al-Nas.

Sebab turunnya surah ini

Al-Dahhak meriwayatkan bahawa kaum musyrikin mengirim Amir Ibn al-Tufail menemui Rasulullah SAW lalu Amir berkata kepada baginda: “Engkau telah mencerai-beraikan persatuan kami, mencaci maki sembahan kami, menyalahi agama nenek moyangmu kami, sekiranya engkau fakir, kami sanggup membuatmu kaya, jika engkau gila, kami akan mengubatkanmu.

“Jika engkau cenderung mencintai seorang wanita maka kami akan mengahwinkanmu.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Aku bukan orang fakir, bukan orang gila, tidak merindukan wanita, aku adalah utusan Allah SWT, aku ajak kamu meninggalkan penyembahan berhala kepada menyembah Allah SWT.”

Untuk kali kedua kaum Musyrikin mengutus Amir menemui Rasulullah seraya berkata: “Katakan padanya (Muhammad), jelaskan kepada kami jenis sembahanmu daripada emas atau daripada pereka?”

Lalu Allah SWT turunkan surah ini. Firman Allah SWT: Katakanlah: Dialah Allah, yang Maha Esa.

Perkataan Allah telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku Isu Kalimah Allah. Oleh itu, di sini hanya disebutkan tambahan daripada maksud Allah oleh pendapat ulama.

Satu persoalan yang mungkin perlu diberi jawapan adakah lafaz Allah daripada bahasa Arab atau beberapa bahasa Semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada Tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani?

Terdapat dua pandangan dalam perbahasan isu ini:

i. Al-Balkhi berkata: “Ia bukan berasal daripada bahasa Arab, tetapi bahasa Ibrani atau Siryani yang telah di Arabkannya menjadi Lahan, maknanya yang mempunyai kudrat.”

Ssedangkan al-Alusi pula berkata: “Tiada dalil yang menunjukkan begitu dan tidak membawa ke arah itu, begitu juga penggunaan orang Yahudi dan Kristian bukan menjadi dalil kerana boleh jadi berlaku persamaan bahasa berkenaan dengan ketuhanan.”

ii. Mengikut pendapat ulama muktabar bahawa lafaz Allah adalah daripada bahasa Arab. Inilah pendapat Imam al-Syafie, Muhammad Ibn al-Hasan, Imam al-Asy’ari dan ramai sahabatnya, al-Khattabi, Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, Imam Fakhr al-Razi dan kebanyakan ahli usul dan fikah.

Begitu juga dinukilkan daripada pilihan al-Khalil, Sibawayh, al-Mazini dan Ibn Kisan bahawa lafaz Allah adalah dari bahasa Arab dan nama pada asalnya untuk zat-Nya sahaja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: