Mimpi temui Rasulullah s.a.w


Dato’ Dr Haron Din
SOALAN: Saya bermimpi melihat seorang lelaki berada di atas pentas, seolah-olah di pentas ceramah politik. Orang itu kelihatan hebat, saya dapat melihatnya dari jauh. Manusia berpusu-pusu melihatnya. Saya bertanya pada orang yang hadir, siapakah orang itu dan mengapa dia dikerumuni orang ramai? Lalu lelaki tua di sisi saya berkata, kamu tidak tahukah itulah dia Rasulullah? Ustaz benarkah mimpi saya itu?MOHD ZAKI HUSSIEN,Kuala Lumpur  

JAWAPAN: Saya tidak arif dalam tadbir mimpi. Mimpi yang saudara bermimpi itu, tajuknya amat baik, senarionya amat menarik iaitu mimpi berjumpa Rasulullah. Amat banyak hadis yang Nabi s.a.w. sebut, dalam hadis-hadis sahih, antaranya (mafhumnya): “Sesiapa yang bermimpi bertemu denganku, maka sesungguhnya dia bertemu denganku.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda (mafhumnya): “Siapa yang dalam mimpinya melihat daku, maka sesungguhnya dia melihat daku dalam hidupku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai daku.”

Hadis-hadis seperti ini amat diketahui umum dan diakui kesahihannya.

Bagaimanapun jika dilihat berkaitan senario mimpi sebegini yang saya dengar daripada beberapa sumber, bahawa orang merujuk kepada saya tentang mimpi ini, semacam meminta saya mengesahkan benarkan mimpi itu atau sebaliknya.

Sedangkan sebenarnya saya sendiri tidak ada pengetahuan tentang hal tersebut dan saya tidak mempunyai sebarang autoriti untuk mengesahkan ya atau tidak, melainkan sekadar menyampaikan hadis-hadis yang saya paparkan tadi. Saya pernah merujuk dan bertanya pada beberapa orang alim, khususnya, beberapa ahli tarekat yang tidak bercanggah dengan pengetahuan syarak, saya dapati mimpi berkenaan Rasulullah ini terdapat beberapa versi.

Versi pertama, bermimpi bertemu Rasulullah, dalam keadaan orang yang bermimpi itu sendiri mengenali Rasulullah dengan tanpa ada sebarang perantaraan dan meyakini dirinya benar-benar bertemu Nabi, 100 peratus benar, tanpa sebarang keraguan.

Versi kedua, mimpi dengan Nabi, tetapi orang yang bermimpi itu sendiri meyakini itu bukan Nabi, meskipun diberitahu kepada beliau dalam mimpi itu bahawa yang dilihat itu adalah Nabi.

Contohnya, ada seorang yang merujuk kepada saya, bahawa dia bermimpi berjalan di hutan belantara, dia bermimpi seorang yang memakai cawat tanpa baju, rambutnya kerinting, badannya berbau, menggunakan sumpit dan ada seekor kera di belakangnya. Apabila disapa, orang itu memarahinya seraya berkata, “Kamu tidak kenalkah aku? Aku adalah Rasulullah.”

Mimpi sebegini membawa kepada orang yang bermimpi yakin itu bukan Rasulullah.

Versi ketiga, ada orang yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w., dengan orang itu sendiri memperkenalkan kepadanya bahawa dia adalah Rasulullah, tetapi orang lain tidak peduli kepadanya, maka orang yang bermimpi melihat Nabi amat meragukannya kerana dia berjumpa di atas kapal terbang. Tambahan pula orang yang memperkenalkan dirinya Nabi memakai �bush jacket� dengan mengatakan dalam bahasa Inggeris, “I am your prophet.”

Pelbagai senario lain yang menunjukkan keraguan di atas mimpi yang berlaku.

Maka pada saya, tiap-tiap diri antara kita boleh meletakkan hukumnya benarkah tidak yang dimimpikan itu Nabi.

Jika dia sendiri meragukannya, bagaimana orang yang tidak bermimpi bertemu Nabi boleh mengatakan benar?

Saya tidak menafikan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w., tidak hanya berlaku terhadap orang yang soleh, atau muqarrabin (yang hampir dengan Allah).

Mimpi sebegini boleh berlaku kepada orang biasa, malah orang aa’si (derhaka kepada Allah), orang fasiq, malah orang kafir pun pernah bermimpi bertemu Nabi.

Seperti yang kita pernah dengar bahawa Parameswara di Melaka dahulu pernah bermimpi bertemu dengan Nabi. Demikian juga banyak pemimpin dunia yang dikatakan pernah bermimpi bertemu Nabi.

Apa pun yang berlaku dalam soalan yang saudara ajukan ini, mungkin benar mungkin sebaliknya.

Tetapi ia amat menarik, namun apabila saudara tidak mengenalinya, malah diberitahu oleh orang lain dan saudara sendiri tidak pasti benarkan dianya Rasulullah.

Maka eloklah banyakkan kerja-kerja amal soleh dan berdoa kepada Allah, agar saudara boleh dimimpikan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan Rasulullah berada ketika zaman kenabiannya dengan suasana pada zaman itu dari segi pakaiannya, keadaan pertemuan.

Paling kemuncak mestilah ada keyakinan sebenar bahawa orang yang saudara temui dalam mimpi itu (dalam keadaan tadi) adalah benar-benar Rasulullah s.a.w. Wallahu a’lam. – lanh _

One response to this post.

  1. Posted by Aminah on 20 Julai 2011 at 7:06 pm

    Saya juga pernah mimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. Baginda berada di kalangan sekumpulan lelaki berkaian jubah serba putih. Saya diberitahu oleh salah seorang dari mereka. Wajah Baginda berseri-seri memancar, putih bersih merah jambu. Masa itu saya sakit agak taruk, namun selepas mimpi itu saya sembuh.

    Kini saya cuba baiki amalam saya dan berselawat sebanyak mungkin, agar dapat bersama Baginda dalam kumpulan yang awal di masukkan kesyurga.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: