Perbezaan antara as-Syed dan as-Syarif


Di sini dicoretkan beberapa hukum mengenai beberapa persoalan yang dapat memberi kepada kita pengetahuan mengenainya. Ia dipetik daripada majalah Manar al-Islam berbahasa arab.

Soalan Pertama : Apakah beza antara as-Syed dan as-Syarif?

As-Syed merupakan anak cucu Sayyidina Hasan bin Ali iaitu cucu Rasulullah S.A.W . Gelaran ini merupakan hasil daripada apa yang diberikan oleh baginda S.A.W dalam hadis berkaitan dengan Sayyidina Hasan yang bermaksud: Sesungguhnya anakku ini syed dan sesungguhnya Allah meleraikan dengannya antara dua puak yang besar daripada muslimin.      

Makna as-syed dalam hadis ialah yang lemah lembut dan mulia.

Manakala as-syarif pula mereka yang terdiri daripada keturunan Sayyidina Husin bin Ali iaitu seorang lagi cucu Rasullah S.A.W. Dari sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa as-Syed merupakan keturunan Sayyidina Hasan manakala as-Syarif pula adalah keturunan Sayyidina Husin.

 

Soalan Kedua : Apakah hukum muncul di dalam televisyen?

Muncul di kaca televisyen diharuskan di sisi syarak dengan syarat ia tidak membawa kepada fasad atau pun menimbulkan maksiat serta kerosakan kepada masyarakat. Setiap muslim akan ditanya pada hari qiamat nanti mengenai pendengaran, penglihatan dan hatinya sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 36 surah al-Isra’ yang bermaksud :“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati setiap mereka adalah akan diminta untuk dipertanggungjawabkan”

Muncul di kaca televisyen diharuskan oleh syarak selagimana tidak terjerumus ke lembah dosa atau pun membawa kepada fitnah dan kerosakan dalam masyarakat. Demikian juga hukum melihat televisyen diharuskan apabila sentiasa berpegang dan menurut segala ikatan syarak dan menjaga batas yang ditetapkan oleh Islam. Pada hari ini memang tidak dinafikan bahawa ledakan maklumat tidak sunyi daripada positif dan negetifnya mengikut pandangan Islam. Oleh itu, wajib ke atas setiap individu muslim untuk memilih apa yang bermanfaat sahaja dan menghindari daripada apa yang boleh membawa kepada kerosakan dan maksiat.

 

Soalan Ketiga : Apakah hukum bergambar?

Hukumnya ada yang haram dan ada yang diharuskan. Bagi perkara yang diharamkan ialah apa yang membawa kepada keburukan atau pun menyebarkan kerosakan dalam masyarakat seperti gambar yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

Manakala hukum bergambar yang diharuskan ialah gambar yang diperlukan oleh manusia untuk kehidupan mereka seharian seperti gambar kad pengenalan, pasport atau pun hal yang berkaitan dengannya. Begitu juga dengan gambar yang tidak membawa kepada maksiat dan keburukan kepada diri dan masyarakat seperti gambar alam sekitar dan sebagainya.

 

Soalan Keempat : Adakah orang yang telah mati akan merasai kedatangan mereka yang menziarahi kuburnya?

Orang yang telah mati akan merasai kedatangan orang menziarahi kubur yang mana apabila kita memberi salam kepadanya maka dia akan menjawabnya. Dia akan mengenali diri kita jika di dunia dahulu kita saling mengenali antara sama lain dan dia akan merasa gembira dengan kunjungan kita. Simati juga akan menjawab salam yang diberi walaupun tidak mengenali kita di dunia.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mengajar kita agar memberi salam kepada ahli kubur sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim yang bermaksud :Sesungguhnya engkau apabila masuk kawasan perkuburan maka ucapkanlah: Assalamualaikum dar qaumin mukminin.. .Ini adalah ucapan untuk mereka yang mendengar dan berakal. Jika tidak ucapan ini diucapkan kepada rumah yang tiada penghuni dan benda keras.

Perkara ini merupakan perkara ghaib dan kita hanya akan mengetahui serta merasainya apabila telah mati nanti. Telah diberitahu bahawa Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tiada seorang pun yang menziarahi kubur saudaranya dan duduk disisinya melainkan dia memberi salam dengannya akan dijawab ke atasnya sehinggalah dia beredar.

Apabila kita membaca untuk simati al-Quran maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepadanya malah ia diharuskan. Al-Khalal telah menceritakan bagaimana telah dicoretkan di dalam kitab ar-Ruh karangan Ibnu al-Qayyim-daripada Ali bin Musa al-Haddad- dan dia merupakan seorang yang benar telah berkata : Pada suatu hari aku bersama-sama imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Quddamah al-Jauhari telah menziarahi seorang mati. Apabila mayat itu telah selamat dikebumikan maka ada seorang lelaki buta duduk di sisi kubur dan membaca al-Quran. Melihat perkara ini maka imam Ahmad bin Hambal telah menegurnya dengan mengatakan bahawa membaca al-Quran di sisi kubur merupakan perkara bid’ah. Ketika keluar dari kawasan perkiburan itu maka Muhammad bin Quddamah telah berkata kepada imam Ahmad bin Hambal : ” Wahai Abu Abdullah! Apakah yang telah kamu beritahu kepada  orang itu? telah berkata seorang yang dipercayai, telah bertanya: Engkau ada menulis mengenainya sesuatu?. Dia menjawab:Ya! telah memberitahuku pendakwah daripada Abdul Rahman bin al-‘Ala’ bin al-Lajla’ daripada bapanya bahawa dia telah mewasiatkan apabila dia telah dikebumikan nanti maka hendaklah dibaca awal surah al-Baqarah dan akhir surah tersebut di sisi kepalanya. Dan dia berkata :Aku telah mendengar Ibnu Umar telah mewasiat dengan demikian itu(baca al-Quran di sisinya).Selepas itu dia meminta agar imam Ahmad bin Hambal kembali semula kepada orang yang ditegur tadi dan memberitahunya supaya meneruskan pembacaannya.

 

Soalan Kelima : Apakah hukum seorang suami yang sentiasa keluar musafir untuk tujuan perniagaan dan kebanyakan musafirnya digunakan untuk melancong dan berseronok sedangkan dia meninggalkan isteri dan anak-anaknya walau pun keperluan untuk nafkah untuk mereka sentiasa ditunaikan dan tidak memberi masalah kepada mereka tentang wang nafkah.Tetapi keadaan ketika dia bermusafir telah menyebabkan perasaan isteri dan anak-anak kesunyian dan merasa seolah-olah dia melupakan dan tidak mengambil berat mengenai mereka.

    Tidak syak bahawa keluar bermusafir menurut hukum syarak adalah suatu perkara yang diharuskan jika ia bertujuan untuk melakukan suatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syarak seperti berniaga, belajar, mendapat rawatan, melancong  dan sebagainya dengan syarat menjauhi daripada apa yang dilarang oleh Allah. Tetapi dalam masalah di atas kita dapati bahawa musafirnya telah menyebabkan berlakunya sesuatu yang kurang menyenangkan hati kepada keluarganya terutama anak-anak yang memang begitu berhajat kepada tunjuk ajar dan pengawalan daripada seorang bapa.
    Suami tadi telah berdosa dengan musafirnya tadi kerana dia hanya perlu menunaikan tugas perniagaan dan tidak boleh terlalu lama berada jauh daripada ahli keluarganya yang boleh menyebabkan banyak masalah yang negetif akan timbul selepas itu. Rasulullah S.A.W telah memberi tunjuk ajar kepada umat Islam mengenai perkara ini iaitu dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang bermaksud :
Musafir itu sebahagian daripada azab yang mana ia menegah seseorang daripada kamu daripada tidur, makan dan minumnya. Apabila telah selesai menunaikan segala kerjanya maka dia hendaklah bersegera kepada ahli keluarganya.

    Apabila telah selesai daripada kerja yang dipertanggungjawabkan maka dia hendaklah segera kembali kepada ahli keluarganya. Dia diwajibkan menunaikan segala tanggungjawab dan amanah kepada ahli keluarganya. Rasulullah S.A.W telah memberi peringatan kepada sesiapa yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan membawa masalah kepada mereka sebagaimana hadis yang bermaksud : Cukuplah seseorang itu berdosa sekiranya dia mengabaikan orang yang dijaga.
    Ibnu Taimiyyah telah memberitahu mengenai musafir bagi mereka yang mempunyai keluarga yang mana kata-katanya berbunyi : Apabila sesuatu musafir itu akan mendatangkan keburukan kepada ahli keluarga maka dia tidak boleh sama sekali keluar bermusafir. Kemudian dia(Ibnu Taimiyyah menggunakan dalil di atas sebagai hujah). Kemudian dia berkata samada  keburukan itu disebabkan oleh sedikit nafkah yang diberi atau pun kerana melemahkan mereka.Dia berkata lagi bahawa hukum bermusafir dalam keadaan ini adalah diharamkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: