Tarannum di sisi ulama


Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Mukjizat al-Quran sebagai kitab hidayah atau petunjuk untuk seluruh
umat manusia dalam melangsungkan kehidupan di dunia merangkumi
perundangan, susun atur kalimah, gaya bahas, penulisan dan juga
pembacaannya.

Semua perkara tersebut tidak dapat ditandingi atau diatasi oleh
seluruh makhluk. Itulah ketinggian al-Quran yang merupakan kalam Allah
SWT.

Jika ditinjau pendapat ulama berhubung tarannum al-Quran kebanyakannya memberi dua hukum iaitu makruh dan harus.

Sheikh Khalil al-Husari dalam kitabnya bersama al-Quran menyatakan,
golongan yang berpegang kepada makruh tarannum al-Quran antaranya adalah
Anas Ibn Malik, Said Ibn Musayyab, Said Ibn Jubair, al-Hasan al-Basri,
Ibn sirin dan lain-lain.

Sementara itu, ulama yang menyatakan harus bertarannum dan
memperelokkan suara ketika membaca al-Quran antaranya ialah Abdullah Ibn
Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Ata’ Ibn Abi Rabah, Abu Hanifah, Imam
Syafei dan pendapat ini juga dipilih oleh Imam al-Tabari dan lain-lain.

Hujah bagi yang menyatakan makruh bertarannum adalah diriwayat
daripada Said Ibn Musayyab bahawa beliau mendengar Umar Ibn AbdulAziz
mengimamkan solat dengan melagukan suara ketika membaca surah lalu Said
Ibn Musayyab mengirim utusan kepadanya seraya berkata semoga Allah
memberi kebaikan kepada kamu sesungguhnya para imam tidak membaca
begitu, lalu Umar meninggalkan amalan tersebut.

Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad tentang hukum melagukan
al-Quran. Imam Ahmad bertanya siapa nama kamu? Lelaki itu menjawab
Muhammad. Imam Ahmad berkata: “Apakah kamu suka jika kamu dipanggil
Muuuuhamaaaad dengan memanjang suaranya? Dengan maksud merosakkan makna
nama yang mulia tersebut?”

Adapun hujah yang mengatakan harus bertarannum adalah Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zad al-Ma’ad. Beliau menyatakan bahawa Abdulrahman Ibn al-Aswad Ibn Yazid mencari dan memilih suara yang bagus dalam masjid di bulan Ramadan.

Al-Tahawi pula menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya mendengar al-Quran yang dibaca dengan berlagu.

Muhammad Ibn Abdul Hakim pula menyatakan bahawa: “Aku melihat Imam
Syafei dan Yusuf Ibn Umar mendengar al-Quran yang dibaca secara
bertarannum.”

Terdapat hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan al-Nasaie yang menuntut supaya menghiasi al-Quran dengan suara.

Hakikatnya Rasulullah SAW sendiri amat menyukai suara yang merdu membaca al-Quran.

Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa: “Satu ketika aku lambat pergi
kepada Rasulullah SAW selepas solat Isyak lalu Baginda bertanya: ke
manakah kamu sebentar tadi? Aisyah menjawab: Aku terlambat kerana
mendengar seorang sahabat kamu membaca al-Quran dan belum pernah aku
mendengar orang membaca al-Quran semerdu suaranya. Lalu Rasulullah SAW
bangkit bersamaku dan mendengarnya seraya Rasulullah SAW berpaling
kepada ku dan bersabda: Dia adalah Salim Maula Abi Huzaifah. Segala puji
bagi Allah yang menjadikan orang seperti ini di kalangan umatku,”
(riwayat Ibn Majah).

Sempena Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 13 hingga 17 Mei
ini, diharap para peserta memberi persembahan yang terbaik dengan
mengambil kira hukum tajwid yang diutamakan.

Mereka juga perlu memahami maksud ayat yang dibaca dan menyesuaikan
rentak tarannum yang dialunkan. Kepada pendengar pula ambil peluang
dengan menikmati alunan suara al-Quran dan menghayati maksud al-Quran
yang dipaparkan bersama alunan tarannum.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by ummu yusra on 30 Oktober 2011 at 10:32 pm

    Assalamualaikum, boleh tak sertakan kitab2 yang membincangkan hukum taranum, yg dinyatakan di atas cuma kitab ibnu qayim dan sunan sittah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: