Ketokohan Imam Nawawi


IMAM Nawawi atau nama sebenarnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin
Syirfu al Nawawi lahir di Nawa, sebuah wilayah di Damsyik, Syam (Syria)
pada bulan Muharam 631 Hijrah.

Beliau berkebolehan menghafaz al-Quran sejak kecil. Pada tahun 649
Hijrah, ketika berusia dalam lingkungan 19 tahun, beliau telah pergi ke
kota Damsyik untuk mendalami ilmu di Madrasah al-Ruwahiyyah atas
tanggungan madrasah itu sendiri.

Beliau banyak menghasilkan kitab dan antara yang terkenal ialah Syarah
Sahih Muslim, Riyadhus Salihin, Al-Adhkar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat
al-Quran, Al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith, Al-Aidah fi Manasik
al-Hajj, Syarah Muhazzab, Al-Raudhah, Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat,
al-Minhaj
dan Matan al-Arbain.

Antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan Al-Adhkar.

Kehidupan beliau dihabiskan dengan bakti dan berkhidmat terhadap
penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumnya hanya
sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badan.

Beliau juga tidak menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan.
Cukup ada yang ada sahaja selain tidak gemar buah-buahan kerana khuatir
akan mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.

Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan
buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi
kerana buah-buahan di Damsyik pada waktu itu dikatakan terlalu banyak
mengandungi unsur syubhat.

Beliau seorang yang bertakwa dalam erti kata sebenarnya terkenal dengan kewarakan dan kebersihan jiwanya.

Selain itu Imam Nawawi adalah seorang ulama yang suka menerima
kehadiran tetamu atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan nasihat atau
pandangan terhadap sesuatu masalah.

Sepanjang hayatnya, beliau sentiasa beristiqamah dalam menjalankan
kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping
senantiasa beribadat di tengah-tengah suasana hidup yang serba
kekurangan, sehingga hidupnya hanya dilingkungi oleh usaha dan amal
soleh terhadap agama, ummah dan masyarakat seluruhnya.

Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh Sultan Al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan.

Beliau bukanlah seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya
sahaja, bahkan mencari kebenaran untuk masyarakat keseluruhannya.

Sepanjang hayatnya, beliau yang tidak beristeri banyak menulis,
mengarang, mengajar dan memberi nasihat. Inilah yang telah mengangkat
ketinggian peribadinya.

Menurut riwayat, apabila baginda Sultan Al-Malik al-Zahir telah
mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tartar (Mongol)
lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat
untuk kepentingan perang melawan musuh.

Ulama fiqh negeri Syam telah menulis dan menerangkan fatwa tersebut,
tetapi baginda belum merasa senang atau puas hati jika Imam Nawawi tidak
memberikan fatwanya.

Lalu baginda bertitah: “Masih adakah lagi orang lain? ”

“Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi,” demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.

Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberikan
fatwanya bersama ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk
peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberikan fatwanya.

Baginda bertanya: “Apakah sebabnya kamu enggan?”

Lalu beliau berkata: “Ampun Tuanku, adalah patik sememangnya
mengetahui dengan bahawasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan,
tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah telah
dilimpahkan kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

“Ampun Tuanku, patik telah mendengar bahawasanya tuanku memiliki
1,000 orang hamba, tiap-tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas.
Manakala 200 orang khadam wanita milik tuanku masing-masing mempunyai
perhiasan yang bernilai.

“Andai kata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk
keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu,
maka patik bersedia memberi fatwa membenarkan tuanku mengambil harta
rakyat.”

Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan raja mengambil harta
rakyat selagi kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda
Al-Malik al-Zahir murka lalu mengeluarkan perintah supaya beliau segera
keluar dari Damsyik.

Imam Nawawi menerima perintah pengusirannya itu dengan tenang. Lalu
beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama Syam telah berusaha menjemput
beliau kembali ke Damsyik.

Tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa.”

Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab 676 Hijrah dan dimakamkan di Nawa.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by Habib Ahmad on 23 Jun 2011 at 11:38 am

    MALAM INI : Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

    Terkini Jadual Am Pengajian Bersama Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid

    Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh Usamah Ulama Al Azhar Mesir

    Majlis Pengkhataman Bacaan Kitab Sahih Al-Bukhari DI Masjid Negara

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan Julai)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: