Tipu daya amalan sihir


oleh mariatul qatiah zakaria
RAWATAN alternatif mengkaji punca penyakit dari sudut spiritual yang turut dijalankan di Pusat Rawatan Islam Manarah.

TIDAK semua penyakit mampu disembuhkan oleh doktor-doktor dalam perubatan alopati (perubatan moden).

Ada pesakit yang zahirnya menderita, tetapi hasil pemeriksaan mengatakan dia sihat.

Disebabkan senario itu, munculnya perubatan alternatif yang mengkaji
punca penyakit tersebut dari sudut spiritual yang bersangkut paut dengan
alam ghaib.

Namun, kaedah perubatan alternatif ini tidak terlepas daripada kecaman.

Ini kerana wujudnya pengamal yang ‘memandai-mandai’ dan tidak kurang yang mengambil kesempatan menipu dan menganiaya mangsa.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr. Jahid Sidek, ramai
pengamal-pengamal perubatan alternatif mendakwa kaedah yang mereka
amalkan bertepatan dengan syariat Islam.

Tetapi jika diteliti, terdapat banyak penyimpangan dari asas
perubatan Islam yang sebenar. Kesannya, ia bukan sahaja menambah
penyakit, malah akan merosakkan akidah dan tauhid seseorang pesakit.

“Sebagai contoh, perawat yang mempamerkan kebolehan luar biasa yang
tidak mampu dilakukan oleh orang biasa seperti boleh menangkap dan
menyembelih jin, membaca hati, menilik siapa yang mengenakan sihir,
mengeluarkan barang-barang sihir daripada tubuh, bedah batin, kebal dan
seumpamanya.

“Kemungkinan besar apa yang berlaku sebenarnya adalah dengan bantuan iblis, syaitan dan jin.

“Banyak perkara luar biasa yang berlaku tetapi hanya tiga jenis
sahaja yang Allah reda iaitu mukjizat, karamah dan maunah. Manakala yang
lain itu lebih kepada istidraj dalam bentuk sihir,” ulasnya ketika
ditemui di premisnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku hanya
kepada para Nabi dan Rasul serta ditunjukkan kepada umatnya sebagai
bukti kerasulan mereka.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir,
maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa mereka dilantik
sebagai Rasul dan dikurniakan mukjizat.

Terangnya lagi, karamah pula ialah suatu perkara luar biasa yang
berlaku kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya (wali Allah) dan karamah
yang benar tidak boleh direncanakan waktu dan bentuk.

Ia tidak boleh sesekali ditunjukkan kepada orang ramai dan sebagai
contoh, pada zaman Saidina Umar, beliau telah dikurniakan karamah berupa
kasyaf sehingga dapat melihat tentera Islam yang berada beratus-ratus
kilometer dari Madinah.

Malangnya, pada malam beliau dibunuh, Abu Lu’lu’ Al Aswad hanya
berada dibelakangnya, bukannya beratus-ratus kilometer, tetapi beliau
tidak dapat melihatnya.

Ini menunjukkan karamah berlaku sekali-sekala dan tidak boleh diulang-ulang.

Jika seseorang yang melakukan perkara luar biasa secara
berulang-ulang dan dipertontonkan kepada khalayak ramai, maka itu
bukanlah karamah tetapi sihir.

Sementara itu, ujar Dr. Jahid lagi, mau’nah pula ialah suatu perkara
luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada
orang-orang tertentu.

Ia betul-betul terjadi pada waktu itu dan biasanya tidak akan berulang lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: