Hina Islam: Ulama mahu pelukis, Utusan didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang disiarkan di Utusan Malaysiahari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.“Kita
syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan
ke atas Islam,” kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd
Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh
Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba  memperlekehkan
pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif  kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan
yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya
akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah
pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang dilukis oleh ‘Miko’.

Lakaran
pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan
dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi
ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran
kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan
berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus…Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain
itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu
tak  boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia
hanya  Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim  Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai  dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM
juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen
nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang
yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan
agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

“Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia
di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan
merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda,
kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

“Dalam
hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh
melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang
tidak fasiq.”

Begitu jahil

Katanya,
dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak
sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia
menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak
boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai
bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis,” kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

“Ia
dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri)
Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu,”
katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

“Cukuplah
Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang
menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri.”
katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: