Penetapan hukum pada zaman para sahabat nabi


PENETAPAN hukum dalam Islam peringkat kedua pula berlaku pada zaman para sahabat. Mereka masih berpegang kuat dengan al-Quran dan sunnah.

Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memahami nas kerana sewaktu wahyu diturunkan, mereka berada bersama Rasulullah dan mendapat penjelasan daripada baginda.

Peringkat ketiga berlaku pada zaman Tabi’ tabi’in. Di sinilah bermula dan meluasnya aktiviti ijtihad di kalangan para ulama untuk menyelesaikan permasalahan baru yang muncul pada zaman mereka.

Kedudukan geografi yang agak jauh disebabkan perluasan kuasa, penguasaan bahasa Arab yang semakin kurang dan kekurangan sumber-sumber nas.

Di sinilah berlakunya dua aliran fikah iaitu aliran ahlul ra’yu dan aliran ahlul hadis. Ketika inilah munculnya ilmu usul fiqh dalam dunia umat Islam.

Para ulama fiqh memperkenalkan kaedah fiqh bagi memudahkan rujukan untuk mengetahui hukum kepada permasalahan yang berlaku, khususnya yang melibatkan isu-isu baru muncul.

Namun, bukanlah kaedah fiqh itu dikeluarkan oleh para ulama dengan meminggirkan nas yang utama dalam Islam iaitu al-Quran dan sunnah.

Sebaliknya kaedah fiqh adalah rumusan dari dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama umat Islam.

Maka, tidak wajar bagi umat Islam menggunakan kaedah fiqh tanpa merujuk kepada sumber-sumber asal tersebut. Terdapat juga isu-isu yang mungkin terkeluar atau mendapat pengecualian dari kaedah umum berkenaan.

Dapat difahami di sini bahawa terdapat permasalahan yang mungkin berada dalam ruang lingkup kaedah yang umum dan terpakai dengan menggunakan kaedah tersebut dan terdapat juga permasalahan yang bersifat khusus dan muqayyad yang tidak boleh berhukum menggunakan kaedah-kaedah fiqh.

Para ulama telah berijtihad menggunakan penguasaan terhadap ilmu dan konteks semasa untuk memahami hukum-hakam dalam al-Quran dan sunnah dan ‘illah (sebab) pengeluaran hukum berkenaan sama ada wajib, sunat, haram, makruh dan harus (hukum-hukum taklif).

Selepas kajian terperinci dilaksanakan, para ulama mendapati wujudnya unsur konsisten dalam hukum-hakam yang datang daripada nas syarak. Sebagai contoh, apabila sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan, maka ia adalah diharamkan.

Ini kerana Islam akan menutup segala pintu ke arah kemudaratan dan keburukan. Justeru, melalui kefahaman ini muncullah kaedah fiqh al-dhararu yuzal (kemudaratan hendaklah dihilangkan).

Kaedah ini datang sebagai prinsip umum dalam kita mengenal hukum terhadap segala yang ingin atau telah dilakukan. Sekiranya perlakuan atau aktiviti tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, maka ia diharamkan dan pelakunya dikira sebagai berdosa.

Bukan itu sahaja, semua pihak yang bersubahat dan mempunyai kaitan secara langsung dengan perlakuan yang diharamkan itu juga dikira sebagai berdosa. Contoh di atas menggambarkan peri pentingnya kaedah fiqh untuk difahami oleh masyarakat untuk memahami dasar penetapan hukum serta hikmahnya.

Oleh kerana permasalahan fikah terlalu banyak dan mempunyai cabang tersendiri, para ulama menyenaraikannya di bawah lima kaedah fiqh umum iaitu:

lSetiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha)

lKeyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-yakin la yuzalu bil syak)

lKesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir)

lKemudaratan hendaklah dihilangkan (al-dhararu yuzal)

lAdat dijadikan perundangan (al-’adatu muhakkamah)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: