Bila berlakunya sumpah LAKNAT


 

Oleh Mohd Fadly Samsudin

WAALLAHI, wabillahi dan wataallahi. Itu lafaz sumpah yang digunakan bagi mempertahankan kebenaran, memberi penjelasan sebenar serta menjernihkan kekeliruan yang berlaku.

Namun, sumpah dalam Islam adalah perkara yang serius dan tidak boleh dipermainkan. Sumpah menjadi haram apabila dipermain-mainkan atau melakukan perbuatan haram.

Firman Allah bermaksudnya; “(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 224).

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta.” (Hadis Riwayat Bukhari).

 

Berdasarkan sejarah Islam, sumpah adalah perkara biasa yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sumpah dilakukan bertujuan mendapat kepastian dan kebenaran sesuatu dakwaan.

 

Mubahalah atau sumpah laknat pula ialah dua pihak saling berdoa supaya Allah melaknat pihak yang batil. Ia sebahagian daripada hukum Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan saja untuk Islam sesama Islam, tetapi juga dengan bukan Islam.

Jika apa yang disumpah itu tidak benar, orang yang bersumpah itu termasuk dalam mereka yang dilaknat. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenai kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak kami serta anak kamu dan perempuan kami serta perempuan kamu, diri kami serta diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.” (Surah al-Imran Ayat 61).

Penurunan ayat berkenaan disebabkan terdapat satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad.

Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah.

Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mencabar untuk bermubahalah.

Bagaimanapun, mubahalah itu akhirnya tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah. Mereka takut melakukan mubahalah kerana berasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang benar.

Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kesan buruk yang menimpa sehingga

ke anak cucu mereka. Maka kabilah Nasara membuat keputusan menerima sahaja permintaan Nabi.

Antara syarat mubahalah ialah dilakukan ikhlas kerana Allah untuk mempertahankan kebenaran, berlaku selepas pertikaian ilmu, dilakukan dari kalangan orang yang melakukan kebaikan, dilakukan selepas kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing dan berlaku dalam hal agama yang penting bagi tujuan kemaslahatan umat Islam.

Apabila bermubahalah, Allah memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Dalam keadaan itu, sudah pasti terdapat pihak yang benar dan satu pihak lagi berdusta.

Berdasarkan ayat di atas, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang berdusta. Malah sumpah biasa sekalipun, seseorang itu tetap berdosa seandainya ia tidak benar dan mereka perlu segera bertaubat.

Apatah lagi mubahalah, sudah tentu ia lebih serius kerana dijanjikan dengan balasan laknat daripada Allah Maka apabila kedua-dua pihak bersetuju bermubahalah mereka perlu bersumpah dengan lafaz waallahi, wabillahi dan wataallahi.

Kemudian perlu me nyebut perkara yang dimaksudkan dan pada akhirnya perlu melafazkan, ‘laknat Allah kepada mereka yang berdusta’.

Kekeliruan mungkin berlaku apabila satu pihak enggan bercakap benar menyebabkan pihak yang merasakan mereka berada di pihak benar inginkan pembelaan, maka mubahalah adalah jalan penyelesaian terbaik.

Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadhlan Mohd Othman, berkata mubahalah tidak berlaku dari sebelah pihak sahaja, tetapi kedua-duanya sekali.

“Mubahalah adalah dari perkataan ‘baahala’ bermaksud perbuatan dua pihak yang melaknati satu sama lain setelah kedua-duanya tidak mencapai persetujuan dalam sesuatu perkara yang dipertikaikan.

“Maksud kedua ialah dari perkataan ‘ibtahala’ iaitu perbuatan seseorang itu

merendahkan diri mengharap sesuatu daripada Allah.

Dalam konteks ini, mubahalah merangkumi kedua-dua maksud iaitu kedua- dua pihak yang bertelagah dalam satu perkara bertemu dan merendahkan diri ke pada Allah dan meminta Allah menurunkan azab ke atas pihak yang salah,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam dibenarkan melakukan mubahalah dalam perkara yang serius dan dasar seperti pertikaian antara pihak ahli al-Sunnah dan pihak ajaran sesat.

“Sekiranya berlaku pendakwaan, pihak yang mendakwa perlulah mendatangkan bukti. Pihak yang didakwa pula perlulah bersumpah untuk menolak pendakwaan.

“Hakim akan melihat siapakah yang lebih menepati kebenaran di antara dua pihak berkenaan. Jika bukti masih meragukan, hakim boleh menolak bukti itu dan menerima sumpah. Jika bukti amat meyakinkan, hakim boleh menerima bukti itu dan menolak sumpah,” katanya.

Fadhlan berkata, sekiranya mubahalah dibuat bagi me ngesahkan zina atau liwat, ia tidak dibenarkan kerana Islam sudah meletakkan undang-undang berkenaan hanya boleh disabitkan de ngan empat orang saksi lelaki atau pengakuan penzina atau qarinah.

“Qarinah ialah bukti kukuh seperti seorang wanita yang mengandung tanpa perkahwinan dan tidak pula dirogol. Sekiranya seseorang itu dituduh zina atau liwat tanpa empat orang saksi sedangkan dia tidak melakukan kerja terkutuk itu, dia boleh membuat mubahalah untuk membersihkan nama dan reputasinya.

“Jika mubahalah dilakukan, pastilah pihak yang berdusta akan ditimpa azab di dunia yang dapat disaksikan orang ramai. Islam adalah agama yang menjaga kehormatan manusia.

“Sebab itulah Islam meletakkan empat saksi lelaki dalam kes pendakwaan zina atau liwat agar manusia durjana tidak semudah itu menuduh musuhnya dengan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Beliau berkata, mubahalah memang akan memberi kesan langsung yang dapat disaksikan di dunia lagi.

“Laknat Allah akan turun dan menimpa orang yang berdusta daripada dua pihak yang melakukan mubahalah apabila azab itu dapat dilihat orang ramai.

“Mubahalah bukanlah perkara yang boleh dipermainkan kerana akibatnya cukup besar iaitu turunnya azab ke atas pendusta,” katanya.

Mengulas mengenai bersumpah dengan memegang al-Quran, Fadhlan berkata dari sudut hukum ia tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam.

“Tidak salah bersumpah dengan meletakkan tangan pada al-Quran kerana al-Quran adalah kalam Allah. Namun, perbuatan itu tidak dilakukan generasi sahabat. Yang terbaik ialah bersumpah dengan melafazkan sumpah tanpa memegang al-Quran,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang tidak mahu bersumpah tidak semestinya pihak itu salah dan tidak semestinya kebenaran berpihak kepada pihak yang bersumpah.

“Banyak perkara yang perlu diperhatikan antaranya kemungkinan pihak yang bersumpah sudah menafikan pembabitannya. Jika perkara ini diserahkan kepada mahkamah, hakim berhak memutuskan hukuman berdasarkan bukti yang ada.

“Bagi orang awam pula, sebaiknya mereka me nyerahkan urusan itu kepada pihak berkuasa. Seperkara lagi, media tidak seharusnya memperbesar-besarkan perbincangan mengenai tuduhan zina atau liwat di negara tercinta ini.

“Media khususnya yang Muslim perlu lebih selektif iaitu memilih isu yang

boleh membina insan. Dalam Surah An-Nur ayat 19, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menyiarkan kejahatan kepada orang beriman, untuk mereka seksa yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahui dan kamu tidak

mengetahuinya.”

“Justeru, tidak sewajarnya kita menyebarkan berita sesuatu kekejian dan kemungkaran kerana akibat nya masyarakat akan selesa dengannya,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: