Manusia sombong menuju kehancuran


Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

MARILAH kita merenung dan memberi perhatian kepada amaran Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh At- Tarmizi di dalam al-Sunan yang bermaksud: “Daripada Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah?

 

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila dia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama adaangin ataupun bumi yang menyapu mereka.

” Hadis baginda s.a.w. yang boleh disifatkan sebagai menggerunkan ini merupakan satu amaran kepada umat Islam, umat Muhammad s.a.w, walaupun mereka menjadi umat pilihan yang disifatkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)

Apabila umat Islam meninggalkan kewajipan ini, bahkan berlakunya maksiat di kalangan mereka, tetapi mereka lupa kepada Allah dan Rasul, meninggalkan ajaran agama, maka berlakulah maksiat yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. Maksiat yang berlaku di semua peringkat, daripada peringkat orang yang memerintah sehinggalah kepada peringkat rakyat bawahan.

Apabila kebendaan menjadi matlamat dan tujuan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, menegakkan agama Allah, mentadbir dunia dengan agama Allah dan menunaikan amanah. Harta yang diberikan oleh Allah yang melimpah ruah kepada negara umat Islam menjadi milik orang-orang yang tertentu, diberi kesempatan kepada orang yang memerintah dan puakpuak mereka.

Dilantik menjadi pemimpin yang merupakan suatu amanah yang diberi supaya menunaikan tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah tidak lagi dianggap amanah, tetapi dianggap peluang untuk mendapat harta benda, untuk mendapat kesenangan dan kemewahan hidup. Bahkan kewajipan zakat yang diperintah oleh Allah supaya ditunaikan oleh orang yang berada untuk dibahagi-bahagikan kepada orang yang memerlukan bantuan dianggap cukai, tidak dianggap ibadat yang membersihkan hati dan harta benda mereka.

Keruntuhan akhlak berlaku di dalam rumahtangga, apabila orang tua tidak dihormati, tidak diberi ketaatan dan tidak diperlakukan dengan sopan dan akhlak yang baik, atau dengan lain perkataan menderhakai kedua ibu bapa. Orang-orang lelaki yang diberi kekuatan semangat oleh Allah SWT diperintah oleh orang perempuan, sehingga sanggup berkasar kepada ibu dan bapanya sendiri, lantaran mentaati isteri.

Begitulah keruntuhan akhlak yang berlaku di dalam rumahtangga. Masjid yang menjadi tempat beribadat tidak dihormati supaya dikerjakan ibadat di dalamnya, dipenuhi dengan zikrullah, dengan majlis ilmu, mengingatkan manusia kepada syariat Allah, menunaikan perintah Allah, meninggalkan larangannya, berzikir, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berdoa, memuji dan memuja Allah SWT.

Sebaliknya menjadi hingar bingar tempat perbalahan, tempat berjual beli, tempat bercakap perkara dunia yang melalaikan yang tiada kena mengena dengan perkara agama. Yang menjadi pemimpin ialah orang yang jahat, bukannya orang yang baik. Dinilai manusia bukan kerana akhlak yang mulia, tetapi kerana kejahatan dan kezalimannya.

Nilaian manusia menjadi kebinatangan.

Sebagaimana binatang menghormati orang yang lebih ke atas, manusia sudah turun kepada martabat haiwan, menghormati orang yang jahat dan melupakan orang yang baik.

Berleluasanya maksiat yang dilakukan oleh orangorang perseorangan. Arak diminum berleluasa.

Perintah agama mengharamkan arak tidak diendahkan lagi.

Pakaian yang tidak bersopan yang dikhususkan kepada orang-orang perempuan bahkan diharamkan kepada orangorang lelaki dipakai oleh orang-orang lelaki, seperti sutera, sebagaimana amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” Amaran Rasulullah s.a.w tidak diendahkan.

Berlakunya hiburanhiburan yang melekakan manusia daripada ingatkan Allah, ingatkan mati, ingatkan hari akhirat.

Mereka bersuka ria untuk memuaskan hawa nafsu dengan mengambil penyanyi-penyanyi wanita.

Kaum wanita yang menjadi aurat yang sepatutnya dalam keadaan tertutup seperti yang diperintah oleh Islam, mereka dibenarkan terbuka di dalam perkara ilmu, dalam perkara menunaikan haji, dalam perkara ketaatan yang diizinkan oleh Allah SWT, mereka tidak boleh bebas melakukan unsurunsur maksiat dan menjadi punca maksiat-maksiat.

Tiba-tiba mereka dilantik menjadi penyanyi-penyanyi yang dipuja dan disanjung serta dihormati. Alat-alat muzik menjadi barangbarang yang berharga sehinggalah peringkat bukan sahaja tidak mendengar nasihat dalam perkara agama. Orang-orang yang di akhir zaman sanggup mengutuk dan melaknat orang-orang Islam yang terlebih dahulu yang telah berjasa menegakkan Islam dan menyampaikan Islam kepada mereka.

Marilah kita menyedari amaran ini supaya kita tidak melakukannya, supaya kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah dan bencana, maksiat yang menghancur dan memusnahkan dunia.

Marilah kita menegakkan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan takutlah kamu akan fitnah yang tidak mengenai orangorang yang zalim sahaja.” (Surah Al-Anfal: 25)

Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya?.

Mengapa ia tidak ditimpakan ke atas generasi akan datang? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? Tetapi apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benarbenar mereka mengundang bala daripada Allah SWT.

Kita amat berharap agar cukuplah bala yang ditimpakan sejak peristiwa Tsunami agar ia tidak berulang dengan yang lebih besar daripada itu.

Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak.

Tapi apakah sebenarnya bala itu? Bala yang diambil dari perkataan Arab iaitu ìbalaíî bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.

Bala ini pernah terjadi di zaman para anbiya sebelum Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah al-’Araf~ yang bermaksud : “Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).”

Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-’Araf~.

Kesalahan yang patut terima hukuman

 Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka, bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirim kan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad, isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu.

Ini menandakan bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingati-Nya, boleh juga disifatkan diri kita sebagai hamba emas yang amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini sahaja yang tidak mengenal erti kasih sayang Allah.

Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkaraperkara yang becanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku di zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah berlaku ketika itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: