Larangan buat amalan sunat ketika khutbah Jumaat


Soalan:

SAYA ingin bertanya mengenai solat sunat tahiyatulmasjid ketika khatib membaca khutbah. Bukankah kita dilarang melakukan apa saja ketika khutbah disampaikan? Dengan itu, bagaimanakah hukum atau kedudukan solat sunat itu.

Hamba Allah, Perlis.

Jawapan:

KEPADA saudara yang bertanya, sebenarnya ada hadis menyatakan demikian: “Jika engkau berkata kepada temanmu, ‘Diamlah’ ketika mana imam atau khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka tidak ada Jumaat baginya.” Hadis ini diriwayatkan oleh enam ulama hadis daripada seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r.a.

Hadis ini difahami majoriti ulama sebagai anjuran untuk mendengar khutbah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika khatib sedang menyampaikan khutbah.

Namun, ia bukan bermakna batalnya kewajipan Jumaat apabila seseorang Muslim itu melakukan perkara yang dilarang. Ini kerana makna “tidak ada Jumaat baginya” adalah bermaksud tidak ada pahala Jumaat, bukan tidak sah Jumaatnya.

Memang benar segala bentuk amalan sunnah seperti membaca tasbih, al-Quran dan sebagainya hendaklah dihentikan sebaik saja khatib naik mimbar untuk menyampaikan khutbahnya.

Ini berdasarkan kepada hadis daripada seorang sahabat Nabi, iaitu Tsa’labah Abi Malik yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’I dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan: Duduknya Imam di atas mimbar memutuskan segala tasbih [amalan sunnah], dan khutbahnya memutuskan segala macam perbicaraan.”

Akan tetapi, perlu dinyatakan di sini bahawa larangan di sini adalah larangan yang bermaksud makruh bukan haram.

Dalam buku al-Majmu’, karangan Imam an-Nawawi disebutkan bahawa ulama yang bermazhab as-Syafi’I berpandangan bahawa mereka sepakat melarang siapa saja yang berada di masjid untuk melakukan apa saja ketika imam atau khatib sudah duduk di atas mimbar.

Imam al-Ghazali seperti yang dikutip oleh an-Nawawi rhm berpandangan, “Jika khatib sudah duduk di atas mimbar, maka tidak dibenarkan lagi melakukan amalan sunnah. Kerana itu, sesiapa yang tidak dalam keadaan menunaikan solat, maka dia tidak boleh mengerjakan solat. Manakala sesiapa yang mengerjakan solat, maka hendaklah dia mempercepatkan solatnya.”

Ini berlaku bagi jemaah yang sudah berada atau duduk di dalam masjid. Mereka yang masuk ke masjid dan belum duduk sewaktu imam duduk di atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka dia dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat tahiyyah al-masjid sebanyak dua rakaat yang ringkas atau singkat.

Makruh hukumnya meninggalkan solat sunnah ini, kerana Nabi SAW bersabda bermaksud: Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

Tetapi jika ia masuk ke masjid di akhir khutbah dan menduga bahawa bila dia melakukan solat tahiyyah al-masjid, dia tidak dapat mengikuti imam dalam takbir pembukaan [takbiratul ihram], maka dia tidak perlu menunaikan solat.

Namun dia tidak boleh duduk melainkan berdiri menunggu khutbah berakhir agar tuntutan Nabi SAW supaya tidak duduk dapat dilaksanakan. Wallahua’lam.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. mohon share?

    Balas

  2. Posted by akhzar on 24 Jun 2011 at 10:48 am

    Assalamualaikum,

    Saya sangat berharap agar pihak DarulUlum dapat membantu saya dalam perkara dibawah.Saya menemuinya ketika mencari amalan2 yg digalakkan di dalam bulan Rejab. Saya terjumpa satu artikel yang bertajuk “RISALAH AMALAN BULAN REJAB”. Apakah pandangan pihak Darul Ulum mengenai perkara di bawah berbanding dgn artikel Darul Ulum : LARANGAN BUAT AMALAN SUNAT KETIKA KHUTBAH JUMAAT.

    Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar: (Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada tahun itu.” Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74)

    Pihak Darul Ulum boleh menggunakan link dibawah untuk melihat bacaan yang dimaksudkan Dan penyataan yg di atas.

    http://images.myasir83.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TfIYKAooC0IAADIB4ig1/Risalah%2BAmalan%2BBulan%2BRejab.pdf?key=myasir83:journal:154&nmid=457463258

    Terima Kasih, atas segala kerjasama. Wasallam.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: