Macamana nak selesai perbalahan adik beradik


SAYA dan kakak bergaduh lebih sebulan yang lalu. Sampai sekarang kami masih belum bertegur sapa. Dia seorang yang berperangai negatif seperti malas sembahyang, suka menceritakan keburukan orang lain kepada ibu bapa dan suka berdengki. Adakah saya berdosa jika tidak bertegur sapa dengannya.

AA,
Selangor.
AL-HAMDULILLAH. Wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat-36 yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya.” Manakala Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan hubungan silaturahim. Hadis ini riwayat al-Bukhari daripada Abu Muhammad Muth’im.

Kepada saudara yang bertanya, menghubungkan silaturahim adalah perkara wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang yang mendapat laknat Allah SWT. Justeru, berusaha berbuat baik kepadanya seperti memberi hadiah, menziarahinya, mendoakannya dan sebagainya. Apa gunanya kita melaksanakan solat tetapi pada masa yang sama kita memutuskan hubungan silaturahim.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Orang yang menghubungkan silaturahim bukan orang yang memberi jaminan, tetapi orang yang menghubungkan silaturahim adalah orang yang apabila kaum kerabatnya memutuskan hubungan maka ia menyambungnya.

Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah bahawasanya ada seseorang berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara yang saya menghubungkan tali persahabatan dengan mereka tetapi mereka memutuskan tali persahabatan dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya selalu berlembut ramah kepada mereka tetapi mereka tidak mengendahkan.”
Baginda SAW bersabda: “Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah SWT akan selalu memberi pertolongan kepadamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.”

Adapun sikap kakak yang tidak baik itu, maka tegur dia dengan cara yang berhikmah. Sesungguhnya amalan nasihat menasihati sekiranya dilakukan dengan cara yang betul boleh mengeratkan hubungan silaturahim.

Allah SWT berfirman dalam an-Nahl ayat-125 yang bermaksud: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik.” Contohnya, sebuah hadis daripada Abu Wail Syaqiq berkata: “Ibnu Mas’ud biasa memberi nasihat kepada kami setiap hari Khamis, kemudian ada seseorang berkata kepadanya: “Wahai Abu Abdurrahman saya amat senang hati kiranya engkau mahu memberi nasihat kepada kami setiap hari.

Ibnu Mas’ud menjawab: Sebenarnya tidak ada yang menghalangi saya untuk memberi nasihat setiap hari melainkan saya bimbang kamu semua akan menjadi bosan. Saya sengaja menjarangkan waktu untuk memberi nasihat seperti mana Rasulullah SAW juga menjarangkan kepada kami kerana Baginda bimbang kalau kami merasa bosan.” Wallahua’lam.

Advertisements

5 responses to this post.

  1. Posted by NS on 4 Mei 2012 at 4:46 pm

    Saya mempunyai masalah yg sama dgn AA.. Sama sgt,saya bergaduh dgn kakak, dan perangainya sama seperti yg diberitahu oleh AA.. cuma mungkin masalah saya lbh teruk, kerana saya difitnah oleh kakak sampai mak saya pernah buang saya sbg anak. Mak saya tak mengaku saya sebagai anak. Hati saya remuk, setiap hari saya menangis dan berdoa pd Allah supaya DIA tunjukkan siapa yg benar. Saya telah cuba sedaya upaya.

    Balas

  2. Posted by husna dai'yah on 18 Januari 2013 at 9:13 am

    trma kasih..sya mmg sedang brgaduh dgan kakak..walaubagaimanapun,sya ttap sygkan dia..mgkin sya agak snsitif..xblh klu org jerkah2 sikit..mgkin jga slah sya yg tidak sabar dgn kerenahnya..sya akan cba bri hdiah pdnya..

    Balas

  3. Posted by Sis lea on 7 Julai 2013 at 2:43 pm

    kes sy lbh kurang sama dgn korang..dh masuk seminggu sy dgn kakak sy x bertegor sapa..sy rs sedih sgt..punca nya sbb sy x msak mlm sperti biasa..kkak sy sudah kwin tp msh duduk skali dng family sy..stiap mlm memang tugas sy utk menyediakan mkan mlm..tp pd hari tersebut sy berpuasa dn rs mls utk memasak dn sy teringin nk mkn kt luar…kkak sy mrah sbb sy bg tau sy mau mkn di luar…sy pk die mrah sekejap..tp sy brasa pelik die xmau menegor sy malah..pd suatu hari sy msak tomyam dirmh n die ckp die xnk mkn tomyam sy msak..sy rs sdih bila mendengar die ckp mcm tu…silap sy sbb x ekot apa die sruh..tp kenapa sbb sahri sy buat silap die mrah sgt..kenapa die x tgok hari2 sebelum..apa pendapar korang smua ttg msalah ini…wlupun dok stu rumah..sy rs tersisih sbb kakak sy xmau menegor sy..tp dgn adik sy..die gelak sama2..sy rs jeles sbb sy pun teringin di layan mcm tu..sejak x bertegor, sy akan msuk blik awl smpe esk pg..sbb sy rs segan nk jmpa die..tlong bg pendapat korang..tq

    Balas

  4. Posted by cora on 28 Disember 2013 at 9:13 pm

    assalamualaikum ,
    masalah saya , sewaktu saya tolong kakak saya menjaga anaknya , saya selalu dipukul , disepak oleh anak dia … kalau saya balas balik dia akan bagitau kakak saya dan menyebabkan kakak saya marah kat saya .. saya berusaha untuk sabar … tapi suatu hari , anak dia mencurahkan mangkuk yang berisi bubur kepada saya … saya berasa sangat marah … dan secara tak sengaja tangan saya naik kemukanya … kejadian itu menyebabkan saya dan kakak saya tidak bertegur sapa … adakah saya masih perlu bersabar ???

    Balas

    • Posted by aceram on 11 April 2014 at 10:26 pm

      assalamualaikum…bersabar lebih baik..disamping komunikasi yang baik…sy juga mempunyai masalah yg sgt berat..sy mempunyai 3 org adik , ketiganya tidak bertegur sapa langsung dengan sy…sudah 3 thun…sy cuba mengalah, tp …mereka ego. hanya kerana mereka tidak suka pada bekas suami sy…skrg sy sudah setahun berpisah , tp mereka masih mcm tu…malah anak sy langsung mereka tidak pandang , nak tegur jauh sekali.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: