Orang awam perlu salur maklumat kegiatan maksiat


Konsep amar makruf nahi mungkar jadi pegangan masyarakat demi kebaikan ummah

MAKSIAT kini bukan saja berlaku dalam rumah, bilik hotel, tempat kerja, taman rekreasi, pusat beli-belah, ruang meletak kereta, di tepi lebuh raya, malah dalam kereta sedang bergerak juga boleh berlaku perkara melanggar hukum syarak.

Akibat hilang tumpuan kerana asyik melakukan maksiat, kereta yang dipandu perlahan dilihat ke kiri dan ke kanan hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Segelintir pasangan kekasih pula dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran taman perumahan sebagai lokasi memadu kasih pada waktu tengah malam berikutan keadaan jalan yang agak gelap.

Melihat senario ‘kereta rosak’ di tepi lebuh raya khususnya pada waktu malam, kita percaya ia tidak berlaku di lebuh raya LEKAS saja, tetapi turut berlaku di lebuh raya dan jalan biasa lain kerana kegiatan maksiat tidak mengenal tempat dan waktu.

Timbul pula persoalan apakah kurangnya penguatkuasaan atau keprihatinan orang awam menyebabkan maksiat berleluasa tanpa mengira tempat dan hairan juga kerana ramai sudah berani melakukan perkara tidak senonoh di tempat agak ‘terbuka’ juga.

Walau apapun, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melakukan sesuatu supaya maksiat ini dapat dibanteras.

Sesetengah orang tidak memahami apakah itu jenayah khalwat kerana berpendapat khalwat hanya berlaku dalam rumah, bilik hotel, rumah tumpangan atau pejabat.

Khalwat mempunyai tafsiran lebih daripada itu iaitu apabila seorang lelaki atau perempuan bukan mahram berada di mana-mana tempat terselindung yang boleh menimbulkan syak, mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Justeru, melakukan maksiat dalam kereta tanpa mengira kereta itu bergerak atau tidak, termasuk dalam melakukan jenayah khalwat kerana pasangan berada dalam tempat terselindung dan sunyi.

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, merujuk kesalahan khalwat adalah lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih yang bukan mahramnya di mana-mana tempat terselindung dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Hukuman kesalahan jenayah khalwat yang diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah jika disabitkan ialah denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dari sudut penguatkuasaan, masyarakat sering menyangka kuasa menangkap pesalah khalwat terletak di tangan pegawai penguatkuasa agama negeri semata-mata. Realitinya, ada empat pihak yang mempunyai bidang kuasa untuk menangkap pesalah khalwat iaitu hakim syarie, pegawai penguat kuasa agama, pegawai polis atau pegawai masjid.

Ini bermakna, jika serbuan menangkap pesalah khalwat dilakukan, tidak semestinya memerlukan pegawai penguat kuasa agama kerana pegawai masjid atau salah seorang daripadanya iaitu siak, imam, bilal dan nazir masjid yang dilantik Jabatan Agama Islam Negeri dibenarkan menangkap dan dibantu orang awam.

Namun, jika pegawai masjid yang menangkap pesalah khalwat, hendaklah menyerahkan mereka kepada pegawai penguat kuasa agama atau pegawai polis yang terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Orang awam juga masih boleh berperanan mencegah perlakuan mungkar dengan memberi maklumat berkenaan kesalahan itu kepada pegawai penguatkuasa agama ataupun pegawai polis yang paling hampir dengan pelaku kesalahan khalwat.

Sering juga kita dengar jika sesuatu kawasan atau premis sudah diketahui orang ramai sebagai lubuk maksiat, pegawai penguatkuasa agama akan dipersalahkan kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

Seolah-olah, mereka tidak menjalankan tugas dan hanya membiarkan perkara itu berleluasa. Secara logiknya, bagaimana pegawai penguat kuasa agama mengetahui perkara itu jika tiada sebarang aduan diajukan.

Seharusnya masyarakat perlu mengadu kepada pegawai penguat kuasa agama ataupun polis yang berhampiran dan bukan hanya memandang kesalahan itu kemudian merungut di kedai kopi tanpa mengambil sebarang tindakan.

Ada juga yang membuat aduan tetapi tidak mahu memberikan nama dan maklumat diperlukan oleh pegawai penguat kuasa agama. Maklumat ini diperlukan untuk membuat siasatan atau mengambil keterangan ketika dakwaan terhadap pesalah nanti.

Sikap itu mungkin kerana tidak mahu dicop suka menjaga tepi kain orang atau khuatir identiti diketahui pihak diadukan, nanti mereka mengambil tindakan di luar jangkaan atau membalas dendam.

Seiring konsep amar makruf nahi mungkar, masyarakat tidak boleh berlepas tangan dan menganggap untuk menangani masalah ini adalah tanggungjawab pegawai penguat kuasa agama.

Konsep amar makruf nahi mungkar dituntut untuk menjaga kemaslahatan umat Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Oleh itu, tanggungjawab mencegah kemungkaran lebih-lebih lagi pada saat masalah sosial kian meruncing menjadi tanggungjawab bersama bukan pihak tertentu kerana semua akan dipertanggungjawabkan terhadap perkara berlaku di sekeliling mereka.

Bagi tempat atau lokasi yang diketahui menjadi sarang maksiat seperti kawasan gelak di tepi lebuh raya, pihak berwajib perlu kerap melakukan rondaan untuk membanteras jenayah tanpa perlu menunggu aduan orang ramai.

Kepada mereka yang melihat perkara menimbulkan syak wasangka, hendaklah berani membuat laporan bukan mengelak diri kerana tidak mahu campur tangan hal orang lain.

8 responses to this post.

  1. assalamualaikum..
    sy penah duduk dekat rumah flat nie,sy pindah pn sbb xtahan sgt ngn beberapa rumah kt c2 sb mlakukn maksiat..yg peliknya org dkt c2 sorg pn xberani tok adu kn perkara nie,sy harap sgt2 tuan/puan dpt benteras gejala ni tambahan lg bulan ramadhan da nk tiba..kalou tuan/puan hedak siasat sy syorkn tuan/puan datang pd pukul 1pagi keatas.. tapi tuan/puan tolong rasia kn identiti sy.sy hendak menolong umat islam kita..
    RUMAH PANGSA MPS JLN TAN SRI MANICKAVASAGAM 70200 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN..
    blok yg cik perlu siasat T2.1 dan T2.6

    Balas

  2. Posted by ajim on 6 September 2011 at 12:38 am

    mcm mn nak buat aduan melalui telefon jika tgh mlm?ada sistem sms ke?

    Balas

  3. Posted by hazmirul on 1 April 2012 at 2:37 am

    mcmane nk dptkan nombor pnguatkuasa agama di johor bharu?

    Balas

  4. Posted by Hamba Allah on 18 April 2012 at 8:45 am

    assalamualaikum….
    sy nak wat aduan tentang rakan sekerja tentang kerap membawa balik rakan sekerja lelaki bukan muhrim tinggal bersama pas kerja (waktu malam).Wat pengetahuan Tuan/Puan yang membaca aduan sy ini..di rumah ini mempunyai 4 bilik.Kami menyewa bilik di bahagian atas ada 3 perempuan…salah 1 bilik kerap membenarkan lelaki bukan muhrim menginap antara jam 7ptg,10ptg atau 12 keatas sehingga pagi.Kadang2 berhari2 lelaki bukan muhrim duduk dekat situ.(jika pantauan di wat jgn keliru jika terdapat beberapa wanita di rumah itu kerana ia akan mengaburi untuk menutup yang ada lelaki tinggal di situ)

    Selain itu,tuan rumah pernah berkahwin dan mempunyai anak lelaki berumur 8 bulan,cuma beberapa bulan lepas beliau telah diceraikan oleh suami kerana isteri no3 tetapi yang menjadi tanda tanya ( sudah bercerai tetapi bekas suami masih datang ke rumah untuk mengadakan hubungan kelamin selepas itu balik.

    Di harap pihak Tuan/Puan dapat memantau dan tindakan dapat di ambil dengan segera…

    Alamat rumah yang sy maksudkan adalah No 64,Jln SU20,Taman Industry Selayang Utama,68100,Batu Caves,Selangor.

    Balas

    • kes saya lbh kurang spt diatas,utk pengetahuan Tuan/Puan tuan tpat saya menyewa bilik adalah seorang perempuan yang mana teman lelakinye selalu datang kerumah yang saya sewa setiap hari,s1 bilik dengan tuan uma perempuan…tuan uma mukanye slumber aje,dasar permpuan tak malu dan macam orang yang xde agama bawa teman laki duduk serumah.Memandangkan kawasan perumahan yang saya sewa majoriti bangsa cina dan india ini lbih memudahkan kegiatan mereka tanpa menimbulkan syak wasangka.Rumah sewa ada 4bilik,tuan uma punye bilik ditingkat atas berdepan bilik yang saya sewa..saya menyewa blik disitu adalah tujuan untk memudahkan saya pergi dan balik kerja dan tak sagka ada pula lelaki dalam rumah 2..kawan sebilik sudah tahu kegiatan tak bermoral tapi buat macam tak tahu aje….dia pun perangai lbh kurang sama aje..ada juga bawa teman lelaki masuk bilik duduk dalam bilik berdua walaupun hanya sekadar makan..nak makan,makan la dekat luar kan?????saya taknak bersubahat jadi saya harap phak yang bertanggungjawab dapat la buat tindakan..bulan puasa pun macam tak reti nak hormat,ada aje teman lelaki tuan uma.Saya mohon jasa baik Tuan/Puan nama saya dirahsiakan.Harapan saya semoga aduan saya ini diambil tndakan segera oleh Tuan/Puan.Alamat uma yang saya sewa adalah; NO .3,jalan batu nilam,8A bandar bukit tinggi,41200 klang,selangor

      Balas

  5. Posted by mohd azlin on 13 Ogos 2012 at 12:25 am

    dihadapan rumah saya seringkali berlaku maksiat dimana penghuninya yg menyewa adalah dikalangan penuntut ipt…kebiasaanya aktiviti tidak bermoral ini berlaku pada waktu malam.bagaimana untuk mengadu kalau perkhidmatan telefon pejabat agama hanya ketika waktu bekerja sahaja!!
    lokasi taman kasa heights,alor gajah melaka..

    Balas

  6. Posted by wawa on 27 Mac 2013 at 11:47 am

    anak2 kerap bercerita tentang bekas suami dengan kekasihnya yg muda seksi dan kaya, mereka dikatakan sering keluar bersama, bermacam2 brg dibeli utk bekas suami dan ank2, bekas suami jarang pulang rumah alasan outstation walau tk jelas pekerjaan, anak2 mengadu ayah mereka selalu bwk mereka ke rumah bujang wanita itu d seksyen 7 shah alam dan bermalam di sana, mereka juga sering bercuti di dlm dan luar malaysia bersama, mereka mmbawa ank2 untuk mengaburi masyarakat,ank2 dipaksa memanggil wanita itu ‘mummy’. walaupon ank2 berumur 10,8,7 dan 5, mereka plg kerap brcuti dengan yg bongsu brbanding yg lebih besar, untuk mengelak ank2 bercerita kepada saya atau nenek yg mnjaga mereka. saya tidak faham kenapa keluarga bekas suami hanya mndiamkn diri,tetapi mereka akan cepat2 suruh sy ambil ank2 setiap kali cuti pnjang untuk elakkn mereka ikut pasangan itu brcuti. Anak2 sudah besar dan berakal, perbuatan mereka amat tidak bermoral, terkini (harini rabu 27hb bekas suami bersama kekasih dan 2 ank, mohd luthaeqal 8 dan nur adamea 7 akan berlepas ke Gold Coast australia. 2 lg ank iaitu Nur Bisyarah 10 dan mohd qeuharraz yg bongsu sempat saya ambil pada ahad lepas selepas mndapat pnggilan dr nenek mereka meminta saya mengambil ank2 kerana tidak setuju mmbenarkan cucu2 ke luar negara dengan pasangan itu, namun ternyata mereka brkeras utk pergi dan mmbawa keluar 2 ank2, saya dan bekas suami berbalas msg dengan kasar semalam kerana dia kata harini baru nk berlepas sedangkn 2 ank2 saya sudah diambil keluar sejak ahad, namun bila dia beritahu dia masih bekerja sehingga semalam dan ank2 dengan kekasihnya, saya sgt marah, seumpama dia ketepikan hak saya sbg ibu, kerana selama ini kami sepakat, setiap kali cuti skolah, ank2 mesti ada dengan saya. saya sudah banyak kali berpesan supaya suami berkahwin dengan wanita itu namun hanya makian diterima malah disuruh jgn campur urusan dia. saya tahu wanita itu muda dan kaya juga byk keluar duit untuk bekas suami dan ank2, tp ank2 dh besar, tidak sepatutnye tunjuk contoh begini. Saya terfikir untuk memberi mklumat sehingga pasangan itu tertangkap.bukan utk memalukan, cukup sekadar pengajaran. jijik dgn perbuatan mereka mmpergunakan ank2 saya. saya tidak punya mklumat yg byk, namun anak2 saya tahu segalanya. perlukah saya melibatkan mereka untuk mmberi mklumat kpd JAIS?

    Balas

  7. Posted by Mus on 13 Februari 2018 at 8:20 pm

    Dekat kuching sarawak,bilik sewa,di jln pending,,city,squre,,banyak maksiat dlm bilik sewa,,warga,asing,dgn tempatan,,segeralh bertindak,benteras

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: