Cara berwuduk, mandi junub jika tangan berbalut


ADIK saya berbalut disebabkan patah tangan. Masalah saya bagaimana cara untuk dia berwuduk sedangkan tangannya berbalut?

Amir,

//

Alor Setar.

WUDUK adalah syarat sah solat sebagai mana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud: “Wahai yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua kaki kamu meliputi buku lali..”

Seseorang yang mengalami kecederaan atau patah mana-mana anggotanya di bahagian anggota wuduk dan ia pula ingin mengambil wuduk atau mandi wajib, maka wajiblah atasnya membasuh semua anggotanya, walaupun terpaksa memanaskan air yang sejuk. Jika ditakuti berlaku kemudaratan pada bahagian anggota yang dibasuh tadi seperti bertambahnya penyakit atau lambat sembuh, maka kewajipan membasuhnya bertukar menjadi wajib menyapu anggota yang sakit dengan air.

Jika perbuatan menyapu air itu pun menjadi kemudaratan, wajiblah ke atasnya membalut bahagian yang luka atau bahagian yang patah dengan tidak melampaui tempat yang luka atau patah itu kecuali kerana kepentingan ikatan, kemudian disapunya ke atasnya sekali sapu yang diratakan di semua bahagian yang cedera atau patah.

Pembalut itu tidak disyaratkan mesti didahului oleh bersuci dan tidak diikat dengan sesuatu masa, malah orang berkenaan boleh menyapu ke atas tempat yang luka atau patah tadi secara terus menerus ketika mengambil wuduk dan mandi junub, selagi mana keuzuran itu masih ada.
Bagi mazhab Shafie dan Hambali, mereka yang terbabit dikehendaki mengulangi kembali solatnya selepas sembuh. Penyapuan atas pembalut luka ini akan batal selepas pembalut dicabut dari tempatnya atau tertanggal sendiri dari tempatnya kerana penyakit atau bahagian yang patah sudah sembuh atau tempat yang luka atau patah tadi sembuh, walaupun pembalutnya tidak tanggal.

Sebuah hadis daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang lelaki sudah ditimpa batu di kepalanya, lalu melukakan kepala lelaki berkenaan, kemudian selepas itu beliau bermimpi (berjunub), lalu beliau bertanya kepada sahabat: “Adakah anda semua berpendapat saya berhak memperoleh rukhsah (kelonggaran) untuk bertayamum?”

Mereka menjawab: “Kami berpendapat kamu tidak berhak mendapat rukhsah (kelonggaran) kerana kamu mampu menggunakan air. Lalu lelaki berkenaan mandi junub dan meninggal dunia selepas itu. Apabila kami menemui Rasulullah SAW, dan baginda diberitahu mengenai perkara itu lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Mereka sudah membunuhnya. Kenapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya penyembuhan daripada penyakit buta huruf ialah bertanya. Sebenarnya cukuplah kepada lelaki berkenaan bertayamum atau membalut lukanya, kemudian disapu di atasnya dan dibasuh seluruh bahagian badan yang lain.” – Riwayat Ibn Majah.

Bagi mereka yang mengalami kemudaratan atau patah tangan, hukum sapu atas pembalut luka adalah wajib ketika mengambil wuduk dan ketika mandi junub, sebagai ganti membasuh bahagian anggota yang sakit. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengalaminya, maka perkara itu tidak sah dilakukan. Wallahualam

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by afiqah on 19 Julai 2012 at 3:37 pm

    mcam mne pulak patah kakii bersimen tapi hendak mandi wajib ?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: