SERING kita lihat pelbagai perkara kurang enak dilakukan di masjid seperti bising serta berbual kosong. Malah, ada yang berjual beli dan sebagainya sehingga mengganggu jemaah bersolat. Bolehkah ustaz gariskan perkara yang perlu dilakukan di Masjid selaku tempat yang mulia di sisi Allah. Harap penjelasan.
MASJID selaku rumah Allah SWT adalah tempat paling suci di sisi Allah SWT. Kita mesti menjaga dan menghormati kesucian dan meletakkan penghormatan yang maksimum, selaras dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya masjid adalah untuk Allah dan janganlah kamu menyeru padanya selain dari Allah SWT”. (Surah Al-Jin ayat 18). Ia juga berfungsi untuk mengembangkan syiar Islam dalam melaksanakan perintah dakwah kepada agama Allah SWT, selain majlis ilmu. Ia juga adalah tempat mencari ketenangan di samping malaikat yang sentiasa memberi naungan ke atas majlis ilmu.
Sabda Rasul SAW bermaksud: “Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di rumah Allah SWT dengan berzikir dan menuntut ilmu melainkan dilimpahkan kepada mereka rahmat dan naungan Malaikat”.(Al Hadis).
Firman Allah SWT: “Di rumah Allah kita diperintah menyebut dan memuliakan namaNya dengan bertasbih dan menyucikannya di waktu pagi dan petang. Orang yang tidak dilalaikan oleh urusan dunia daripada mengingati Allah dengan menunaikan solat dan berzakat.”(An-Nur ayat 36,37).
Antara perkara yang boleh menambahkan kebajikan pahala ketika di masjid ialah:
Catatan Pengunjung