Archive for 28 Februari 2010

Pembukaan Al-Hirah (12 Hijrah)

 Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rabiulawal

 
Khalid bin Al-Walid Mengenakan Kepungan Ke Atas Al-Hirah:
Kota Al-Hirah adalah sebuah kota yang berada di bawah kekuasaan Parsi sebagaimana kota-kota lain yang berada di Transoxiana.
Tatkala Parsi mengalami kekalahan di dalam peperangan Alis, lalu Khalid Al-Walid selaku panglima Islam tidak memberi peluang kepada Parsi untuk membina kembali sistem dan kekuatan ketenteraan mereka, bahkan Khalid Al-Walid segera melakukan kepungan ke atas Al-Hirah yang merupakan salah satu kota Parsi yang penting pada waktu itu dan peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiulawal tahun 12 Hijrah.

Penduduk Parsi Memilih Pembayaran Jizyah:
Setelah mana penduduk Al-Hirah mengetahui akan kedatangan panglima Islam itu dengan sekumpulan bala tentera yang ramai, lalu mereka segera bersetuju untuk melakukan pembayaran Jizyah kepada kerajaan Islam dan tunduk di bawah kekuasaan umat Islam yang sememangnya bersifat rahmat dan kasih sayang kepada seluruh manusia.

Mereka Memeluk Agama Islam Secara Ramai:
Kemudian setelah melihat keadaan yang baik dari umat Islam, lalu penduduk Al-Hirah secara berperingkat membenci penyembahan terhadap patung-patung dan berhala lalu berpaling daripada penyembahan tersebut dengan memeluk agama Allah secara ramai.