Archive for 26 Februari 2010

Penentuan Awal Tarikh Hijrah

 Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rabiulawal

Mengasaskan penggunaan tarikh Hijrah pada (16 Hijrah):
Di antara sumbangan penting yang telah dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab r.a ialah mengasaskan penggunaan Tarikh Hijrah yang digunakan oleh keseluruhan dunia Islam sehinggalah ke hari ini.

Awal Tarikh Hijrah (16 Hijrah)
Sayidina Umar mengambil kira pandangan Sayidina Ali r.a:
Penggunaan Tarikh Hijrah ini telah diasaskan pada bulan Rabiulawal tahun 16 Hijrah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a juga sebagai dorongan atau persetujuan yang diambil daripada Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. Sesungguhnya buah fikrah untuk menggunakan Bulan Islam ini adalah hasil dari pandangan Sayidina Umar, lalu beliau menghimpunkan masyarakat dan bertanya kepada mereka: Hari apakah ingin kita mulakan Tarikh ini?. Kebetulan ketika itu Sayidina Ali hadir, lalu beliau berkata: Bermula dari hari penghijrahan Rasulullah s.a.w dengan meninggalkan bumi syirik. Tanpa berfikir panjang Sayidina Umar terus mengambil pendapat Sayidina Ali ini.