TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


 

 

        Kemelut dan masalah yang melanda kepada kerosakan akhlak dan hancurnya perpaduan dalam masyarakat serta berleluasanya kezaliman dan penindasan yang menambahkan kesan buruk sehingga menggugat kestabilan dan keamanan negara disebabkan oleh tangan manusia yang bernafsu buas itu sendiri bukannya berpunca daripada perkara atau faktor yang lain. Tangan mereka bebas merobek kedamaian yang dikecapi demi memuaskan nafsu serakah yang tidak pernah puas dengan dunia. Mereka bagaikan lupa kepada batasan agama malah bagi mereka ini menganggap bahawa akhirat hanya cukup sekadar diketahui bukannya sebagai sesuatu yang sepatutnya digeruni jika tersiksa di sana akibat daripada tindakan kejam mereka dalam menodai tanggungjawab yang merupakan amanah besar. Kesalahan besar yang berlaku yang mengakibatkan negara menjadi haru biru, masyarakat menjadi porak peranda ialah bermula daripada kesalahan pemimpin yang berkuasa itu sendiri yang tidak mampu menunaikan amanah di mana mereka lebih rela menggunakan kedudukan yang ada untuk mencapai kesenangan dan kemewahan dunia daripada menunaikan hak kepada rakyat jelata.        Kita perlu meletakkan punca yang paling besar adalah pemimpin itu sendiri disebabkan beberapa alasan seperti :Pertama : Kebiasaannya setiap individu ingin membersihkan dirinya dan membebankan tanggungjawab kepada orang lain. Oleh itu terdapat kecenderungan daripada umat untuk membebankan tanggungjawabnya ke atas para pemimpin yang berkuasa. Sebab itulah pemimpin dianggap sebagai khadam rakyat kerana segala hak dan tanggungjawab rakyat jelata terpikul di atas bahunya untuk dilaksanakan. Jika seseorang itu sedar bagaimana beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin maka mereka tidak akan berlumba untuk merebut jawatan sehingga ada yang cedera, terbunuh, berleluasanya politik wang dan sebagainya.

Kedua  : Kaum muslimin ramai yang terseksa dan dizalimi sehingga menderita di negara sendiri disebabkan oleh tindakan pemimpin yang berkuasa. Ramai yang menjadi pelarian yang tidak mempunyai tempat tinggal sedangkan para pemimpin berseronok tidur dalam mahligai yang indah, ramai yang terlibat dengan pekerjaan yang haram demi mengalas perut yang kosong, ramai yang terpaksa mengemis meminta simpati orang ramai kerana pemimpin lebih seronok berbelanja untuk membeli jet mewah daripada menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah, Penuhnya penjara dengan mereka yang tidak bersalah kerana pemimpin benci mendengar laungan keadilan dan kesaksamaan daripada terus bergema, banyaknya jenayah disebabkan masing-masing ingin menjadi kaya sebagaimana pemimpin mereka yang juga merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Sesungguhnya manusia itu mengikut agama pemimpin mereka.Oleh itu amat wajar jika rakyat membebankan banyak kesalahan dan dosa mereka kepada pemimpin yang tidak kenal erti dosa pahala, syurga dan neraka di mana dalam otak mereka ialah aku lebih berkuasa daripada segala-galanya.

Ketiga  : Tanggungjawab itu bergantung kepada besar kekuasaan dan kekuatan yang ada pada pemimpin itu di mana kebanyakan pemimpin memang mempunyai kekuasaan dan kekuatan namun begitu mereka tidak tunduk dan patuh kepada ajaran dan perintah agama agar melaksanakan tanggungjawab mengikut syariat Islam. Mereka berlindung di sebalik beribu alasan dalam menolak pelaksaan hukum Islam. Mereka lebih takut kuasa mereka dilucutkan dan kemewahan mereka hilang daripada takut kepada Allah yang pasti akan membalas segala pendurhakaan mereka terhadapNya.

        Inilah antara tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemimpin yang berkuasa dalam mengembalikan keadilan yang dirobek dan kedamaian yang digugat. Namun begitu jika pemimpin yang memang jelas zalim ini terus kekal di tampuk pemerintahannya maka ini menunjukkan adanya pengampu dan rakyat yang terus bersubahat dengan mereka dalam meneruskan agenda kezaliman yang sedia berlaku. Paling tidak pun adanya rakyat yang terus berdiam diri melihat kerakusan pemimpin di dalam menodai hak mereka. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya kerana sikap kamulah maka mereka itu naik dan berperanan dan seperti halnya keadaan kamu maka Allah mengangkat penguasa atas kamu.
 

 

 


Rujukan :1. Dr Yusuf al-Qardhawi, Di mana Punca Kelemahan Umat Islam Kini, terjemahan Muhammad Baihaqi,Al-Hidayah K.L, 1998

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: