Ramadhan kini telah masuk kepada 10 hari terakhirnya di mana waktu inilah mengikut beberapa hadis Rasulullah s.a.w merupakan waktu yang akan ada di antaranya lailatul qadar iaitu suatu malam yang dijanjikan gandaan pahala dan keampunan serta maqbulnya doa bagi hamba yang meminta kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Oleh itu kita sebagai umat yang [...]
Arkib bagi Kategori ‘Tinta Pena’
17 Feb
Pemimpin Pilihan
Sudah sunnatullah di mana setiap yang bernyawa pasti menemui mati tanpa mengira darjat dan pangkat, usia dan harta. Setiap sesuatu pertemuan turut ada waktu perpisahnya. Pemimpin pula ada yang datang dan ada pula yang pergi di mana yang datang dirai dan yang pergi ditangisi. Pemimpin ada perbezaan dari banyak sudut keperibadiannya [...]
14 Sep
Rebutlah Keistimewaan Ramadhan
Kedatangan Ramadhan dialu-alukan bersama dengan peningkatan dalam menambahkan kuantiti dan kualiti bagi setiap amalan soleh disamping jihad yang bersungguh dan berterusan di dalam menangkis segala serangan nafsu serta mengikis segala sifat mazmumah yang masih bersarang dalam diri. Ketibaan Ramadhan dengan segala tawaran istimewa yang berbentuk pengampunan dosa, penggandaan pahala, terbuka luasnya pintu syurga bersama tertutupnya [...]
13 Sep
Ramadhan Bulan Pesta Ibadat
Allahu Akbar Allahu Akbar!!…Kedengaran suara azan menandakan masuknya waktu Maghrib dari corong radio dan masjid terdekat. Umat Islam buat sekian kalinya bergembira menjamah juadah berbuka setelah seharian mengerjakan ibadat puasa Ramadhan. Perut yang sudah lama berkeroncong menyanyi lagu lapar minta diisi dan kerongkong yang sudah lama haus minta diairi air kini ditunaikan haknya. Pelbagai juadah [...]
13 Sep
Sambut Ramadhan Dengan Ibadat
Umat Islam sedunia sedang menyambut bulan penuh keberkatan dan pengampunan dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Umat Islam tersenyum riang tanda gembira menyambut bulan kemenangan yang banyak dijanjikan kelebihan oleh Rabbul ‘Izzati yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bagaimana rasa gelisah iblis syaitan yang bakal diikat sepanjang Ramadhan dan betapa risaunya nafsu yang bakal tergugat kerja mereka dalam [...]
18 Ogo
Ilmu dan Amal Pandu Hidup Berguna
Usia dan peringkat umur sering dikaitkan dengan tingkah laku seseorang individu. Begitu juga dengan suasana dan keadaan sekeliling yang turut menjadi faktor utama dalam mempengaruhi tindak tanduk seseorang. Oleh itu perjalanan masa jika gagal dimanfaatkan maka ia akan merosakkan manusia yang seterusnya membawa kepada kerugian dan penyesalan. Seseorang turut akan mengalami keruntuhan akhlak dan terjebak [...]
17 Ogo
Lahirkan Umara’ dan Ulama’ Soleh
Umara’ atau pemimpin yang adil dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat nanti dan dia bakal dibayangi oleh bayangan ‘Arasy Allah di hari Mahsyar yang tiada lagi pelindung daripada kepanasan terik mentari melainkan ‘Arasy Allah. Begitu juga dengan ulama’ yang taqwa sentiasa dipayungi rahmat Allah serta dijanjikan syurga dengan segala kenikmatannya. Kedua golongan ini iaitu umara’ [...]
16 Ogo
2 Keadaan Yang Bercanggah
Islam dan jahiliah sentiasa bertembung, iman dan kufur sentiasa bertarung, ilmu pengetahuan dan kejahilan sentiasa berlawan, kebenaran dan kesesatan sentiasa bertentangan, keadilan dan kezaliman sentiasa berperang. Kedua-dua sifat dan keadaan yang berbeza ini saling bercanggah dan tidak mampu bersatu malah saling berusaha untuk menguasai antara satu sama lain. Kedua-duanya sentiasa ada di mana-mana tempat dan [...]
14 Ogo
Berhati Dengan Pengkhianat Negara
Rasa kasih dan sayang pada negara tanah kelahiran dan tanah tempat kita membesar dan seterusnya tempat untuk kita taburkan jasa merupakan suatu perasaan mulia yang perlu ada pada setiap diri kita. Rasulullah s.a.w sendiri walau pun terpaksa berhijrah ke Madinah Munawwarah atas arahan wahyu Allah namun perasaan cintakan negara asal baginda iaitu Mekah tetap tersemat [...]
14 Ogo
Bersatu Merdekakan Palestin
Saban tahun apabila tibanya bulan Rejab maka umat Islam tidak terlepas dalam mengupaskan peristiwa besar yang pernah dialami oleh Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj. Isra’ bererti perjalanan nabi dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin pada suatu malam manakala Mikraj pula ialah perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa ke langit untuk bertemu Allah.Peristiwa ini merupakan [...]

Catatan Pengunjung