Antara taat suami dengan ibubapa


SIAPAKAH yang wajib ditaati oleh seorang isteri, setelah Allah, Rasul-Nya, dan suami? Apakah ayah atau ibu, atau ada yang lain selain mereka?

Alia,
Ampang Selangor

Kewajipan taat kepada makhluk, siapa pun adanya, tidak boleh bertentangan dengan kewajipan taat kepada Allah SWT. Allah SWT dalam al-Quran menggandingkan kewajipan taat kepada-Nya dengan kewajipan berbuat baik kepada orang tua iaitu firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia (Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa…” (al-Israk 17:23). Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ibu mendapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga sebelum ayah. Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang memperkenankan permintaan suami. Untuk membuat garis bawah agak sulit kerana masih ada lagi yang perlu ditaati, selain yang disebutkan seperti ketaatan kepada pemerintah

Turutan yang diterangkan oleh Rasulullah SAW yang bersangkutan ibu dan bapa agaknya dikaitkan dengan dua perintah yang berbeza, tetapi sama dengan nilai kepentingannya. Di sini, ibu didahulukan dengan pertimbangan umum bahawa biasanya ibu lebih lemah dibandingkan dengan bapa, serta jasa ibu dalam mengandung, melahirkan dan menyusukan melebihi jasa ayah yang sekadar menumpahkan benih dengan mudah. Sedangkan, ibu harus mengandung dan melahirkannya dengan susah payah. Akan tetapi, ini tidaklah secara langsung mengharuskan seorang anak mendahului ibu daripada yang lain kerana boleh jadi dalam kes tertentu perintah ayah lebih penting untuk dipenuhi.

Apapun, ketaatan kepada makhluk – siapa pun dia – tidak boleh mengakibatkan terabainya hak seseorang. Dalam Tafsir al-Manar, Syeikh Rasyid Redha menulis: “Tidak termasuk dalam kewajipan berbuat baik kepada orang tua, mentaatinya menyangkut sesuatu yang mencabut atau mengurangi hak peribadi anak, atau rumah tangga, atau jenis pekerjaan yang bersangkut paut dengan agama atau negaranya.’

Menurut Rasyid Redha lagi, apabila kedua-dua orang tua atau salah satunya ingin memaksa pendapatnya menyangkut hal-hal di atas, maka tidaklah dianggap derhaka jika anak menolaknya – baik dari sudut pandangan akal atau agama. Ini kerana, berbuat baik dan taat kepada keduanya bukan bererti boleh mencabut hak dan kebebasan peribadinya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,354 other followers

%d bloggers like this: