Perdebatan ilmu mantik


SALAH satu ilmu klasik Yunani yang diadaptasi oleh ulama serta ilmuwan Muslim pada awal abad ke-2 Hijrah adalah ilmu mantik atau ilmu logik. Seperti halnya ilmu-ilmu klasik lain, ilmu mantik mengalami perkembangan di tangan ulama Muslim, bahkan memiliki bentuk dan karakter tersendiri yang berbeza daripada logik Aristotle.

Ilmu mantik sangat berkaitan dengan falsafah dan teologi, bahkan boleh dianggap menjadi bahagian yang tidak terpisah daripada dua disiplin ilmu teori tersebut.

Di negeri asalnya (Yunani), logik lebih banyak digunakan oleh para ahli falsafah, sedangkan di dunia Islam banyak digunakan oleh para ahli teologi (ahli ilmu kalam), khususnya pada awal abad keenam ketika disiplin falsafah mulai mengalami kemunduran.

Ilmu mantik pertama kali diajarkan oleh Socrates, lalu dilanjutkan oleh Plato, kemudian dilengkapi oleh Aristoteles yang menyusunnya dengan pembahasan yang lebih sistematik.

Mantik bererti ‘ucapan’. Para ulama Arab menterjemahkan kata ini daripada istilah ‘logik’ yang bererti ‘pemikiran’. Dalam bahasa Arab ‘ucapan’ dan “pemikiran” adalah dua kata yang tidak dapat dipisahkan.

Ucapan adalah rangkaian ungkapan yang lahir daripada pemikiran. Manusia sering digambarkan sebagai makhluk yang berbicara, ertinya manusia adalah makhluk yang berfikir.

Salah satu tema utama yang dijumpai dalam seluruh buku mantik adalah pembahasan tentang jenis ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dalam mantik terbahagi kepada dua, iaitu tasawur (konsep) dan tasdiq (pembenaran). Konsep adalah pemahaman tentang objek-objek sederhana, seperti buku, meja dan kerusi.

Dalam pada itu, pembenaran adalah pemahaman terhadap beberapa konsep yang mengandungi nilai benar atau salah, seperti ‘hari ini hujan’ atau ‘manusia adalah haiwan berfikir’. Jadi, tasawur dan tasdiq merupakan pintu gerbang untuk tema-tema mantik lainnya.

Ilmu mantik yang berkembang di dunia Islam berbeza daripada ilmu logik yang diajarkan di universiti-universiti moden. Dalam dunia Islam, ilmu mantik mencakupi pembahasan struktur kalimat atau logik matematik formal, fizik serta metafizik.

Hampir semua ahli falsafah Muslim, khususnya al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd, menyertakan mantik dalam setiap pembahasan falsafah mereka. Bahkan Ibnu Sina menulis beberapa buku yang menerangkan mantik secara terperinci. Beliau mengarang sebuah buku yang berjudul Asy-Syifa yang banyak membahas dan membicarakan ilmu mantik.

Ulama tradisional menolak keras penggunaan ilmu mantik. Mereka menganggap para ahli teologi yang menggunakan ilmu mantik dalam mengemukakan argumentasinya dapat menganggu keimanan umat Islam.

Kerana itu, para ulama tradisional menentang penggunaan ilmu mantik dengan pelbagai cara, antara lain dengan menggunakan hadis-hadis lemah (daif) yang melarang penggunaan ilmu mantik atau mengulasnya dalam sebuah buku.

Berfikir secara kritis dan teliti merupakan tujuan mempelajari mantik. Seseorang yang mempelajari mantik akan memilih kata-kata yang sesuai dengan pemikiran yang hendak mereka kemukakan dan menyusun kalimah yang benar serta baik agar mudah difahami oleh orang lain, sesuai dengan maksud yang dikehendaki.

Secara lebih spesifik, tujuan mempelajari ilmu mantik adalah membahas hal ehwal suatu persoalan dengan syarat-syarat argumentasi; dan jika syarat-syarat itu dapat dipenuhi, maka manusia akan memperoleh apa yang telah dianggap benar.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,027 other followers

%d bloggers like this: