Keistimewaan Bulan Sya’aban yang mesti direbut


Mukmin digalak pertingkat amalan persediaan sambut Ramadan

Soalan:

YANG berbahagia ustaz, saya mahu bertanya mengenai keistimewaan bulan. Kalau Ramadan, kita banyak mendengar kelebihannya, bagaimana pula Syaaban yang kita sedang lalui. Adakah ada ayat al-Quran atau hadis menjelaskan kelebihannya? Soalan kedua, adakah ada hadis mengenai puasa Syaaban.

Hajah Zainab,

Wangsa Melawati.

Jawapan:

Alhamdulillah wassolatuwassalam ‘ala rasulillah. Syaaban antara bulan mulia di sisi Allah SWT. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’i daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: “Aku bertanya Rasulullah SAW mengenai bulan Syaaban kerana aku tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa sunat seperti Baginda berpuasa pada bulan Syaaban. Baginda SAW menjawab, bulan di mana banyak manusia yang lalai dan padanya ialah bulan antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban, akan diangkat segala catatan amalan hamba kepada Allah SWT. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa.”

Dalam riwayat an-Nasa’i daripada Saidatina Ummu Salmah pula berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan Syaaban dan Ramadan.” Begitulah kelebihan Syaaban.

Namun perlu diingat, Imam an-Nawawi meletakkan satu bab dalam kitab beliau Riadus Sholihin iaitu bab mengenai larangan mendahulukan Ramadan dengan berpuasa sesudah Nisfu Syaaban (pertengahan Syaaban) kecuali bagi orang yang biasa berpuasa atau membiasakan Isnin dan Khamis. Seperti hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah sampai pada pertengahan Syaaban, maka janganlah kamu sekalian berpuasa”.

Mengenai malam nisfu Syaaban lagi iaitu seperti yang disebut dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Hibban daripada Muaz bin Jabal ra bahawa Rasulullah bersabda: “Allah SWT melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah memberikan pahala kepada seluruh hamba-Nya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang berzina.”

Dalam hadis lain riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: “Allah SWT memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua orang, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.”

Dalam Syaaban juga, banyakkan taubat, berzikir, berdoa, membaca al-Quran, selawat dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Umamah al-Bahili ra, berkata Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bila masuk Syaaban, ceriakanlah dirimu dan perbaikilah niatmu.” Begitu juga hadis yang lain: “Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Selain itu, dalam Syaaban juga berlaku peristiwa besar, iaitu pertukaran arah kiblat. Peristiwa ini satu tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini begitu berbangga dengan kiblat mereka, iaitu Baitulmaqdis sehingga mereka mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut mereka walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu. Inilah sebenarnya konsep ketaatan dan kepatuhan yang mutlak hanya kepada Allah SWT dalam apa juga keadaan dan tidak boleh disamakan dengan ketaatan kepada makhluk. Peristiwa ini ada disebut al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 143. Begitulah secara ringkasnya. Wallahua’lam

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: