Hukum lelaki simpan rambut panjang


Bersama Ustaz Zahazan

ADA mengatakan bersalaman sesudah solat itu bidaah? Apa komen ustaz? Apakah hukum menyimpan rambut panjang bagi lelaki? Saya lihat ada ustaz sendiri pun menyimpan rambut panjang.

INGIN KEPASTIAN,

Kulim.

BERSALAMAN selepas menunaikan solat berjemaah hukumnya adalah sekitar mubah (dibenarkan) dan istihbaab (anjuran atau ajakkan). Tetapi tidak boleh diyakini bahawa melakukannya adalah syarat sempurnanya solat atau sunnah Nabi SAW.

Ulama yang mengatakan istihbaab riwayat Bukhari dalam Sahihnya yang bersumber daripada Abu Juhaifah, ia berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW sedang mengadakan perjalanan dari Haazirah menuju kota Bathhaa’, lalu Baginda berwuduk. Kemudian Baginda melakukan solat Zuhur dua rakaat dan solat Asar dua rakaat, sedangkan waktu itu Baginda menggunakan tongkat besi, maka orang yang berada di sekitar Baginda mengambil tangannya, lalu membasuh muka dengan sapuan tangan itu. Abu Juhaifah berkata: Lalu aku pun memegang tangan Baginda, maka aku pun meletakkannya di mukaku. Di mana tangan itu lebih dingin dari ais dan lebih wangi dari haruman minyak wangi.”

Al Muhibb at-Thabari (meninggal dunia pada 694 Hijrah) berkata dalam al-Majmu’ yang bermaksud: “Hadis di atas dapat dijadikan keterangan bagi orang lain mengenai perkara bersalaman selepas melakukan solat berjemaah, apatah lagi pada waktu Asar dan Maghrib, di mana perkara ini dapat menjadikan suatu yang baik yang melahirkan rasa kebersamaan dan rasa saling menyayangi atau lainnya.”

Imam an-Nawawi (meninggal dunia 676 Hijrah) berpandangan dalam kitab al-Majmuu’ bahawa perkara bersalaman bersama orang lain sebelum melakukan solat adalah suatu hal yang mubah (harus). Sedangkan bersalaman di luar waktu solat adalah perkara mustahab kerana bersalaman ketika bertemu orang lain perkara sunnah dengan ijmak.

Beliau juga berkata dalam kitabnya al-Azkaar yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa perkara bersalaman ini suatu yang mustahab ketika berjumpa orang lain. Sedangkan apa yang selalu dilakukan orang lain selepas solat Subuh dan Asar, tidak mempunyai dasar dalam syariat. Tetapi perkara ini boleh dilakukan kerana dasar hukum bersalaman adalah sunnah. Kerana sebahagian orang yang banyak sudah menjaganya pada keadaan tertentu atau banyak melanggarnya pada keadaan lain, tidak dapat menjadikan sebahagian itu dari hal bersalaman dari dasar hukum.”

Kemudian diriwayatkan oleh Imam al-Iz bin Abdus Salam (meninggal dunia 660 Hijrah) bahawa bersalaman selepas melaksanakan solat Subuh dan Asar adalah bidaah yang mubah. Maksud mubah, suatu perkara yang jika dikerjakan seorang Muslim mukallaf tidak akan mendapat dosa dan tidak mendapat pahala.

Bagi soalan kedua, untuk makluman saudara bertanya, Nabi Muhammad SAW sendiri memelihara rambut Baginda serta membiarkannya tumbuh sampai ke hujung telinga Baginda. Akan tetapi ini tidaklah bererti agama menyuruh berbuat begitu kerana apa yang dibuat Nabi Muhammad SAW adalah kembali kepada budaya masyarakat itu.

Al-Quran memerintahkan umat Islam untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. Makruf adalah sesuatu yang dianggap baik oleh masyarakat selama tidak bertentangan nilai agama. Oleh itu, yang disebut agama berkaitan rambut adalah seperti disuruh Nabi SAW dalam sebuah hadis: “Siapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah ia merapikannya atau menyikatnya.”

Justeru, pemeliharaan rambut ini hendaklah disesuaikan dengan perkembangan dan budaya setempat. Jika demikianlah ketetapan agama berhubung dengan rambut, maka banyaklah ulama yang kemudian mengaitkannya dengan adat dan budaya tiap-tiap masyarakat.

Manakala ada juga sebahagian ulama berpandangan bahawa mengikut Rasulullah SAW dalam perkara tidak berkaitan agama boleh mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Namun pahala ganjaran itu bukan disebabkan mengamalkannya tetapi kerana niat mengikut Nabi SAW.

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by hashrows on 17 April 2012 at 10:28 am

    asalamualaikum ustaz saya ada nk tau sangat. ..sbab skang ne saya amat keliru. .dr pandangan ulama2 skang ne. tentang korban dbln haji. .boleh ka kita buat korban bgi yg sudah meningal ? Dan bnyk yg bkata korban 2 sebagai kenderaan kita dakhrat . .

    Balas

  2. Posted by smy on 30 Ogos 2012 at 9:51 am

    salam..bukankah..”.tidak berkata2 nabi itu dan tidak ia melalukan sesuatu melainkan semua itu ada lah wahyu semata2…jadi bukankah pasal adat semata2 yang simpan rambut panjang tu……..

    Balas

  3. Klau camtu bolehlh sy simpan rambut pnjg,niat utk mengikut rasullullah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,027 other followers

%d bloggers like this: