Al-Khazin ilmuan Islam dalam Astronomi dan Fizik


Oleh: MERONG

Pada artikel kali ini kita kongsikan pula rahsia sains, teknologi dalam al-Quran. Merujuk kepada wahyu pertama yang diturunkan pada zaman jahilliah menunjukkan betapa Islam menitik beratkan bidang ilmu pengatahuan.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta sekalian mahluk, Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.
Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah: yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1-5).

 

 

Galakan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan intelektual terus dipacu semasa zaman kegemilangan islam.Dengan berbekalkan teori serta pengatahuan yang terdapat dalam al-Quran, cendiakawan Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.

Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.Sesungguhnya ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains yang dibawa terbukti benar.

Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun semakin bersinar.

Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan sains dan teknologi sehingga kini.

Bukan sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair.

Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai.
Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes.

Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam.Malah zaman kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan pencapaiannya.

Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam pelbagai bidang. Ilmuwan Islam:

Al-Khazin perintis teori graviti ilmu fizik. KEHEBATAN Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin atau Al-Khazin dalam bidang matematik, astronomi, fizik, statik dan mekanik membolehkan beliau mempelopori teori graviti ilmu fizik.

Menurut Al-Khazin, apabila sesuatu objek itu jatuh, ia akan mengarah ke bumi kerana daya tarikan yang kuat di pusat bumi. Daya tarikan itu kemudian dirumuskan semula oleh ilmuwan Barat seperti Galileo dan Newton selepas beratus tahun berlalu.

Al-Khazin juga mendahului pengkajian ke atas masalah tekanan udara dan penciptaan barometer air raksa untuk mengukur tekanan udara. Ia kemudian dirumuskan semula oleh seorang berbangsa Itali bernama Torricelli yang terkenal pada zaman kebangkitan Eropah.

Bagaimanapun, zaman kebangkitan itu bermula hanya pada abad ke-14 hingga 16 dan Torricelli sendiri dilahirkan pada 1608 Masihi. Ini membuktikan rumusan itu ditemui Al-Khazin beratus tahun sebelum itu.

Al-Khazin sebenarnya membuka banyak jalan bagi ilmuwan Barat dalam usaha membuat kajian mengenai tekanan udara sehingga mereka berjaya menghasilkan barometer untuk mengukur tekanan udara serta jangka suhu pengukur haba.

Kejayaan besar Al-Khazin adalah penemuan cara mengira kedudukan bintang sesuai dengan garisan lintang kota Marwan pada 1116 Masihi, seterusnya menghasilkan garisan lintang yang digambarkan dalam peta dunia sebagai garisan Khatulistiwa.

Berdasarkan penemuan itu, setiap garisan mempunyai nilai satu darjah, iaitu kira-kira 111 kilometer.Beliau juga menemui garisan bujur atau garisan zawal iaitu garisan yang merentang di antara dua kutub.

Garisan ini bertemu dengan garisan lintang.Setiap garisan bujur mempunyai nilai satu darjah sementara garisan zawal sifar darjah melintasi kota Greenwich berhampiran London.Menggunakan garisan lintang, jarak jauh sesuatu tempat di utara atau selatan boleh diukur dan menerusi garisan Khatulistiwa pula dapat diketahui darjah selain mengetahui suhu udara.

Sementara garisan bujur membolehkan kita mengetahui jarak sesuatu tempat sama ada di timur dari garisan Greenwich serta mengetahui perbezaan masa.

Al-Khazin juga menghasilkan kitab pertama dalam ilmu tabii bertajuk Mizan Al-Hikmah (Timbangan Hikmat), mengandungi kajian dan penelitian mengenai timbangan yang mengemukakan teori bahawa udara mempunyai berat dan tekanan. Timbangan yang mempunyai lima tapak tangan bergerak di atas tangkai seperti dacing yang membolehkan kita mengukur ketumpatan dan isi padu sesuatu objek. Kitab itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

PROFIL
NAMA: Abu Al-Fatah Abdul Rahman Al-Mansur Al-Khazini
GELARAN: Al-Khazin
TAHUN LAHIR: Sekitar 900 Masihi
MENINGGAL DUNIA: 971 Masihi
SUMBANGAN: Mencipta alat sukat berat sesuatu jisim di udara dan air.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: