Adab memegang al-Quran


Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai adab pegang al-Quran

Jawapan disediakan Ustaz Zahazan

Soalan: SAYA mahu bertanya hukum menyentuh al-Quran. Yang saya faham, orang yang tidak berwuduk tak boleh menyentuh al-Quran. Tetapi saya mendengar seorang ustaz yang berceramah di masjid mengatakan sebaliknya. Seterusnya, bolehkah pelajar perempuan yang haid menulis ayat-ayat al-Quran dalam menjawab soalan peperiksaan.

AMALINA,

Terengganu.

Jawapan: ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Pendapat menyatakan boleh memegang mushaf al-Quran walaupun dalam keadaan tidak berwuduk atau dalam keadaan haid dan nifas, sama ada Muslim, Yahudi atau Nasrani. Pendapat ini dianut oleh Daud bin ‘Ali

Kalangan ulama berbeza pandangan mengenai maksud firman Allah SWT dalam surah al Waqiah ayat 79 yang bermaksud: Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan).” Hal ini disebabkan adanya pelbagai kemungkinan maksud kalimah yang digunakan pada ayat berkenaan.

Contohnya kalimah ‘Yamassuhu (menyentuhnya)’ adakah ia pengertian hakiki (kata sebenar) atau majazi (kata pinjaman). Kalau hakiki, bererti menyentuh atau memegang al-Quran. Manakala kalau majazi ertinya memahami dengan baik atau memperoleh berkatnya atau merasakan kelazatannya.

Seterusnya dibincangkan pula Yamassuhu (menyentuh) itu, adakah menyentuh al-Quran atau Lauh Mahfuz sebagaimana yang disebut pada ayat sebelumnya iaitu “Sesungguhnya al-Quran itu sangat mulia, dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz).” Atas pandangan ini, timbullah perbezaan pendapat mengenai erti al-Mutahharun (yang disucikan). Ada yang berpandangan maksud al-Mutahharun adalah malaikat dan ada juga yang berpandang ertinya manusia.

Majoriti ulama berpandangan bahawa objek yamassuhu adalah al-Quran dan al-Mutahharun adalah manusia yang suci. Sekiranya kata yamassuhu diertikan ‘memahami dengan baik al-Quran’, maka al-Mutahharun adalah Rasulullah SAW dan manusia-manusia suci pilihan Allah SWT. Begitu juga sekiranya yamassuhu difahami dengan erti menyentuh atau memegang, maka al-Mutahharun boleh jadi beberapa maksud, antaranya bererti yang suci dari syirik, atau suci dari hadas besar (haid dan nifas) atau yang suci dari hadas kecil (dalam keadaan berwuduk).

Pendapat pertama, menyatakan boleh memegang mushaf al-Quran walaupun dalam keadaan tidak berwuduk atau dalam keadaan haid dan nifas, sama ada Muslim, Yahudi atau Nasrani. Pendapat ini dianut oleh Daud bin ‘Ali.

Pendapat kedua, mengatakan bahawa boleh seorang Muslim yang tidak berwuduk memegang al-Quran. Pendapat ini dianut oleh Imam Abu Hanifah.

Pendapat ketiga pula dianut oleh majoriti ulama, antaranya Imam Malik dan Syafi’i.

Hujah mereka bukan saja penafsiran ayat di atas, tetapi juga beberapa hadis Nabi SAW. Di antara ulama yang memegang pendapat ini ada yang membolehkan memegang al-Quran tanpa berwuduk selama tidak memegangnya secara langsung seperti dengan alas atau dibungkus.

Mereka juga membenarkan wanita yang sedang haid membaca wirid atau doa yang bentuk ayat al-Quran kerana ketika itu beliau dinilai membaca doa atau wirid bukan membaca al-Quran.

Atas dasar inilah, ada pandangan yang mengatakan bahawa seseorang yang membaca al-Quran atau menulis ayat-ayat dalam ujian peperiksaan boleh dibenarkan.

Rasulullah SAW pernah menulis kepada Kaisar yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

Sudah tentu surat berkenaan dibaca atau dipegang oleh Kaisar atau pembantunya yang bukan Islam.

Ini satu bukti bahawa dalam keadaan tertentu, boleh membaca atau memegang al-Quran walaupun tidak dalam keadaan suci.

Memang semua pendapat yang dikemukakan di atas tujuannya adalah memberi penghormatan terhadap kitab suci al-Quran.

Bilamana penghormatan sudah dipenuhi, maka syarat utama telah dipenuhi juga. Demikianlah, wallahua’lam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: