Bayar kafarah jika lupa nazar


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA isteri berumur 33 tahun dan suka bernazar supaya keinginan dikabulkan Allah SWT. Biasanya nazar seperti memberi barangan seperti baju atau wang, berpuasa beberapa hari atau mahu berbuat baik. Oleh kerana terlalu lama keinginan belum dikabulkan, saya lupa nazarnya. Berdosakah jika nazar itu diganti dengan apa yang saya ingat. Bolehkah nazar itu saya ganti jika dirasakan terlalu berat. Jika belum dikabulkan, bolehkah saya batalkan saja.

ADIBAH,

Perak. ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Bernazar adalah mewajibkan kepada diri sendiri sesuatu yang tidak diwajibkan syariat. Contohnya, bersedekah atau memberi sesuatu asalnya tidak wajib. Kemudian, seseorang bernazar jika berjaya memperoleh sesuatu, ia sedekahkan wang atau perbuatan lain. Justeru, apabila sudah mendapatkan keinginannya, wajib memenuhi nazar itu.

Nazar hukumnya makruh. Dalam sebuah hadis, tindakan ini digambarkan sebagai perbuatan orang bakhil kerana seolah-olah ia ingin melakukan kebaikan hanya jika keinginannya dipenuhi.

Namun, jika seseorang sudah bernazar, wajib ia melaksanakannya. Dalilnya adalah sabda Nabi SAW, “Penuhilah nazarmu kerana sesungguhnya tidak ada nazar yang dipenuhi itu berkait dengan maksiat kepada Allah SWT atau memutuskan hubungan silaturahim dan tidak pula terhadap apa yang dimiliki oleh anak Adam. (Riwayat Abu Daud dan Tabarani).

Berbalik kepada pertanyaan anda iaitu jika lupa nazar, maka ia tetap wajib membayar kafarah. Untuk makluman, kafarah yang dimaksudkan adalah memberi makan 10 fakir miskin atau memberi pakaian atau memerdekakan hamba. Banyak makanan yang wajib diberikan adalah setengah shak (satu setengah kilogram) daripada makanan asasi negeri itu seperti beras, kurma dan lainnya. Dalilnya adalah sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Kafarah nazar adalah kafarah sumpah.” (Riwayat Muslim).

Adapun kafarah sumpah itu dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengaja, maka kafaratnya (denda pelanggaran sumpah) ialah memberi makan 10 fakir miskin iaitu daripada makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba.

“Sesiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah tiga hari. Itulah kifarat sumpahmu apabila kamu bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan hukum-Nya kepadamu agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

Seseorang wajib membayar kafarah sebagai ganti daripada nazar yang dia tidak mampu melakukannya kerana suatu halangan seperti tidak mampu atau sesuatu yang dinazarkan itu haram atau kerana halangan lain seperti lupa.

Justeru, sepatutnya anda mencatat apa yang dinazarkan agar dapat ditunaikan sesudah hajat tercapai. Namun, jika anda tidak ingat pernah bernazar, ia tidak dikira berdosa.

Nazar wajib ditunaikan selama berada dalam kemampuan sekalipun yang dinazarkan itu berat. Jika nazar sangat berat sehingga di luar kemampuan seperti berjalan kaki dari Kedah ke Johor, maka hendaklah membayar kafarah dan tidak mengulangi nazar seperti itu.

Nazar adalah terkait dan bersyarat dengan keinginan atau harapan tertentu. Jika keinginan belum terkabul, ia tidak perlu melakukannya. Justeru, ungkapan nazar itu sendiri bersifat syarat. Demikianlah, wallahua’lam

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,938 other followers

%d bloggers like this: