Khutbah Aidil Fitri 1432H


KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ (
3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ
بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ
الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ
…. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman
Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya
: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan
yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).

Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh
imam Bukhari dan Muslim :

قال
الرسول e:  مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ
وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya
:  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah dia menghubungkan silaturrahim

Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji
Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam
hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya
itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita
termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini
mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan
system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan
sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian
yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami
atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup
mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih
daripada pasangan  disamping campur
tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan
faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap
anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang
semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan
kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan
silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah
sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang
sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun
tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan
anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya
lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam
meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan
ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya ibubapa
kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika
berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan
hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong
doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah  perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat
24 surah al-Isra’ :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ
مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”

Muslimin
dan muslimat yang dihormati sekalian,

Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut
daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh
pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati
daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati
betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai  pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang
sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang
tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir
pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya
rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan
sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya.
Semakin ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa
menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita
dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan
maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita tidak mahu terus mendengar
seruan agar rakyat berjimat cermat termasuk arahan terbaru agar suhu alat pendingin udara di semua
bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius
sedangkan kediaman rasmi 2 pemimpin utama Negara mencecah RM10.2 juta bagi bil
elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk 5
tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 di mana jika jumlah itu dibahagikan mengikut
bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk
bil air sebulan. Betapa tingginya kos wang negara dihabiskan begitu sahaja
ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Itu
belum dikira lagi dengan projek mega untuk menunjuk-nunjuk bukan untuk
kepentingan awam disamping pecah amanah dan rasuah yang melibatkan
berbilion-bilion harta rakyat. Akhirnya yang papa makin papa, yang kaya makin
kaya. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda
qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana
amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan  oleh imam Bukhari :

فَإِذَا
ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ
الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan
terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah
berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah
kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ
الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ
سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Maksudnya:
Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang
kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang
menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba
berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat
besar

Berlalunya Ramadhan bukan bererti
berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut
pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam
setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Ayat 32 surah
Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian
terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu
golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan.
Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan
perintah Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka
mudah terikut dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki
berpakaian dan bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan
berpakaian dan berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin
bertambah. Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan
dalam menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan
penyakit ini semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran
jantina melalui pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan
mahkamah untuk mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah
amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari
daripada Ibnu Abbas katanya

لَعَنَ
النَّبِيُّ  eالْمُخَنَّثِينَ
مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ

Maksudnya:
Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan
para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata

[2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka
sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi
belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam
Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud :

Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran

tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam

hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat
banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan
yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah
golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

Muslimit
dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا
إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ
وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن
دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya
: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu
Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun;
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk
dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami
adalah orang-orang Islam”

Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan
kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan
terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik
demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh
Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar,
internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus
mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun
ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah
menerima 863 kes

permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di

mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang

diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan

alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis

beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan

Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas
alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi
dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada  guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam
menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan
sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara
yang membabitkan agama Kristian.  Dilaporkan juga, murid yang belajar
secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di
kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan
isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu
bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran
Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi
perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1]  undang-undang murtad wajib digubal segera dan
penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan umat
Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan sahaja
tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap bukan Islam
[3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh semua pihak
terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan Islam [4]
Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu dengan keadaan
perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam setiap 4 warga
barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan
Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan
kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang
bertukar menjadi masjid.  [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara
ulama’ Islam dengan orang bukan Islam  agar api perbalahan antara agama dapat
diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu
kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah
mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan
terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa
yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita
berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam
itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi
Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3
كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ
كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ
أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا
بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا
أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du :

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Maksudnya : Dan orang-orang
yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan
dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama
lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping
tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan
mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak
ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan
perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat
Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan
pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan
besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin
diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia
diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan
yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga
pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya
meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara
kita sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk
untuk mempertahan kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi
apatah lagi Islam.

Ketika mahu
meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha
murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula
penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar
pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama
memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas
yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang
hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari
nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan
istilah infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya
harga barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum.
Sama-sama kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang
memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem
yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui
penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita
yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus
berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada
di bawah

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ
أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri
diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar
mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara
pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah
peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan
Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ
صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan
kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah
pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ
مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ
الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ
لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا,
اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى
أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا
وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى
بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ
فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ
يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ
اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان
وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا
وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ
الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ،
وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى
الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ
بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا
وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا
خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ
فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by jaja on 27 Ogos 2011 at 6:07 am

    Yg lain ok dah apasal kait dgn bill pemimpin? Ada fakta ka? Apalah

    Balas

  2. Posted by alof on 28 Ogos 2011 at 11:50 pm

    Tukar semua kerajaan yg dah lebih 10 thn memerintah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,027 other followers

%d bloggers like this: