Perkara batal puasa


SEBAGAIMANA diketahui, apabila seseorang itu berpuasa pada Ramadan, hendaklah dia menjagai diri serta kelakuannya daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sebagai umat Islam, sejak kecil lagi kita sering diingatkan untuk tidak melakukan perkara yang menyebabkan terbatal puasa paling biasa seperti tidak memasukkan jari ke dalam rongga tubuh seperti hidung, telinga atau mulut.

Namun ulama dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradawi pernah menyebut dan meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa seseorang.

Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruangan lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar ada dalil tepat daripada al-Quran dan hadis yang dipersetujui ulama saja.

Masalah ini dilihat semakin bertambah apabila ijtihad dalam perkara ini semakin bercambah hingga menyukarkan orang awam menjalankan ibadat puasa dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa terlampau banyak.

Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa.

Perkara yang membatalkan puasa sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disahkan benar saja, di mana larangan tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah.

Ini yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, sebagaimana orang yang berpuasa juga perlu menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang akal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Namun perkara yang tidak dipersetujui ulama boleh dibincangkan, cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila di dalam Ramadan.

Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai.

1. Darah keluar dari tubuh. Sama ada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah daripada hidung dan tangan.

Tidak batal puasa seseorang itu kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukan ‘yang keluar’ daripada tubuh. (As-Siyam)

2. Pil elak haid untuk puasa penuh.

Hukumnya harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.
Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid dan tidak mengganggu kitaran fitrah yang ditentukan Allah SWT.

3. Penyembur gas untuk pesakit lelah.

Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala ubat lelah jenis hidu melalui hidung membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam)

Namun jelas ulama berhati-hati dalam memberi keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk daripada alat penyembur ini boleh memasuki ruang perut, ia satu keperluan buat pesakit lelah dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

4. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal.

Ada dua jenis iaitu sama ada untuk berubat atau untuk menguatkan tubuh seseorang. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, ubat tahan sakit dan apa juga tujuan asas perubatan, ia dipersetujui tidak membatalkan puasa.

Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan, ulama sekali lagi berbeza pandangan, namun pandangan majoriti ulama berpendapat ia tidak membatalkan puasa kerana tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa.

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa, terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri daripada ujian keletihan lapar dahaga puasa.

5. Berkumur dan air masuk ke rongga hidung ketika berwuduk.

Hukumnya tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur, ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan ketika puasa adalah lebih baik.

Riwayat Abu Daud menyebut: “Sempurnakan wuduk, basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa.

6. Mencium lelaki atau wanita ketika berpuasa.

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama sebagaimana diriwayatkan Abu Daud: “Nabi SAW mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya.”

Mencium isteri atau suami tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadan.

7. Keluar air mani tanpa tanpa persetubuhan.

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib diqada sebagaimana dipersetujui oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama, termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni)

Mazhab Hanbali dan Maliki pula mengatakannya batal.

Bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan ‘maqasid’ puasa dalam Islam. Selain itu, ia adalah sama dengan keluar mani kerana sentuhan.

Jika keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadan atau kerana sakit tertentu, sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

8. Mandi.

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.

Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh remaja dan lainnya, ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

9. Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya supaya tidak terpesong untuk membatalkannya sebagaimana Imam Ibn Quddamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadat itu berdasarkan niat seperti solat, juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni)

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by Mohd Hafiz Bin Abdul Ghafor on 3 Ogos 2011 at 4:52 pm

    Terdapat suatu persoalan,mengapa merokok di bulan puasa membatalkan? Adakah dalil yang menyatakan begitu? Ini kerana terdapat seorang rakan saya yang menyatakan begitu. Dia menyatakan bahawa,dia berpuasa dari segi makan sahaja tetapi tidak merokok. Dia juga memberitahu bahawa itu adalah prinsip hidupnya. Tolong Berikan saya jawapan….

    Balas

  2. Posted by tasha on 7 Ogos 2012 at 9:38 am

    Assalamualaikum wbt…

    ustaz saya nak bertanya, haid dalah perkara yg membatalkan puasa?bagaimana sekiranya selepas mandi wajib darah terkeluar sedikit dan hanya mandi wajib semula pada ptg hari (kerana tidak dpt mandi wajib segera kerana waktu bekerja dari 7-4:30 ptg)dgn mengqadakan solat yg ttgl.adakah boleh dan puasa itu sah.

    Balas

  3. Posted by arey on 14 Julai 2013 at 7:10 am

    Assalamualaikum wbt…

    saya ingin bertanya..bagaimana seseorang itu kerja kilang pada bulan puasa dimalam hari..dan pada keesokan paginya ia tido sampai ke magrib..pada waktu solat zohor dan asar jex dya bagun seketika..adakah batal puasanya..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,825 other followers

%d bloggers like this: