Tanah selain digunakan untuk tayamum, boleh juga digunakan untuk menyucikan najis berat. Hal ini khusus bagi anggota atau pakaian yang terkena najis berat, sama ada najis anjing atau babi atau tersentuh tubuh atau kulit bulu anjing atau babi. Bahagian anggota yang terkena najis berat ini tidak boleh disucikan dengan air semata-mata. Tanah diperlukan bagi menyucikan najis tersebut. Bagaimana caranya?
Proses penyucian ini dinamakan samak dalam istilah orang Melayu atau sertu pada sesetengah negeri. Caranya ialah bahagian terkena najis itu perlu dibasuh atau disucikan dengan air tujuh kali basuhan. Iaitu, enam kali basuhan menggunakan air mutlak dan satu basuhan dengan air yang dicampur tanah.
Cara yang mudah seperti berikut:
1) Tanah hendaklah diambil dari tempat bersih.
2) Tanah itu dicampurkan dengan sedikit air. Campuran air dan tanah itu berperanan seperti sabun, perlu digosokkan pada tempat terkena najis. Basuhan itu dikira sekali.
3) Ambil air mutlak dan siramkan ke atas bahagian berkenaan sebanyak enam kali lagi.
4) Basuhan terakhir (dikira yang ketujuh) itu adalah sebagai bilasan akhir. Inilah cara terbaik boleh dilakukan untuk bersuci.
Walau bagaimanapun, kaedah ini sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengikuti cita rasa sendiri. Contohnya, boleh dibasuh dengan air mutlak pada basuhan pertama dan kedua, kemudian basuhan ketiga dengan air tanah. Seterusnya diikuti air mutlak sehingga basuhan cukup tujuh kali. Dalam kaedah ini, tidaklah salah kalau kita menggunakan air tanah berupa air yang telah dikacau dengan tanah. Tetapi yang baik ialah air masih ada tanahnya. Sekali gus tanah boleh menggantikan sabun. Sungguhpun begitu di zaman moden ini terdapat produk ciptaan baru di pasaran, iaitu sabun yang komponennya terdiri tanah dan air.
Menyebut istilah samak, diharapkan tidak ada terkeliru dengan samak untuk kulit binatang. Hal ini kerana istilah samak turut diguna pakai bagi proses membersihkan kulit binatang, selain kulit anjing dan babi. Dalam konteks ini, alat samak digunakan ialah bahan-bahan kesat dan tajam boleh menghilangkan lemak dan bisa pada kulit tersebut. Antaranya akar kayu, berus, pisau, kapur, garam dan seumpamanya.
Oleh kerana kedua-dua proses samak ini berlainan sama sekali, maka bahan samak bagi kedua-duanya tidak boleh ditukar ganti. Lazimnya, semua kulit itu sudah disamak mengikut cara di atas. Umat Islam tidak perlu meragui prosesnya walaupun dilakukan bukan Islam kerana proses samak kulit itu bertujuan mengelak kulit itu membusuk.

Posted by shfqa on 12 November 2011 at 7:28 pm
perlu ke kita samak jika terkena air liur anjing?selipar saya telah di gigit oleh anjing ,bila saya pakai basah .kmungkinan air liur anjing itu melekat pada selipar saya.
Posted by Ism. on 16 November 2011 at 8:41 pm
Salam sejahtera SHFQA !
Tidak sahaja selipar anda yang harus di sertu, malahan kaki anda juga harus di sertu sama jika anda tidak melakukan sedemikian sasudah selipar anda di jilat oleh si anjing,anda tidak di benarkan melakukan salat kerana diri anda masih di selubungi najis dan jika anda melakukan juga salat,adalah sia sia kerana Allah Taala tidak akan menerima salat seorang hamba Nya yang dalam keadaan najis yang besar ( sentohan anjing atau babi )
Anda harus berseretu iaitu menghilangkan najis berat tadi dengan cara yang Allah Taala tetapkan ( kerana alam semesta ini adalah ciptaan dan milik Nya, dan Allah Taala mengertahui segala rahsia sesuatu yang di ciptakan oleh Nya,tetapi kita tidak mengetahui nya )
Cara untuk berseretu yang telah di tetapkan oleh Allah Taala ia lah, anda harus mencuci selipar anda sebanyak enam kali dengan air biasa atau air paip atau air yang bersih. Pada kali yang terakhir atau kali yang ke tujuh, anda harus mengisikan sebaldi air yang telah di campor dengan tanah yang di ambil dari tempat yang bersih sebanyak mungkin dan ratakan atau adukkan camporan tanah dan air tadi sehingga menjadi keroh.Celupkan selipar anda yang najis tadi ke dalam baldi tadi dan cuci sehingga anda berasa berpuas hati.Anda juga harus berniat kerana anda melakukan perkara yang anda anggap remehan ini sesungguh nya kerana di perintahkan oleh Allah Taala.Sungguh pun selipar anda kelihatan kotor dengan cucian dari air camporan tanah tadi, tetapi pada pandangan Allah Taala ia nya cukup suci dan bersih.Biarkan sahaja keadaan selipar anda yang sedemikian.
Anda juga harus melakukan perkara yang sama terhadap kaki anda.Ulangi proses pertama ia itu mencuci kaki anda sebanyak enam kali dan rendam kan kaki anda pada cucian terakhir ia itu kali yang ketujuh kedalam baldi yang bercamporan tanah tadi.
Sekarang,anda telah suci dari najis si anjing tadi dan apa juga amal ibadah anda terutama ubtuk bersolat,akan di terima oleh Allah Taala dengan seizin Nya,( insyaallah ).
Posted by Yamin on 26 November 2011 at 1:15 am
Salam. Saya tersentuh kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir. Perlukah saya samak? Kerana saya dengar ada yang mengatakan tidak perlu samak jika kering bersentuh dengan kering.
Posted by seorang insan on 2 Disember 2011 at 7:22 pm
assalamualaikum..saya ada soalan di sini. soalan saya ialah jika kite diserang oleh khinzir dan mengalami luka2 dan sewaktu dgnnnya….mcm mane care kite nak samak?dan mcm mane kalau t’msk dlm salur drh kite…
Posted by Aza on 12 Januari 2012 at 11:35 pm
Assalamualaikum, saya ada satu soalan di sini..bagaimana caranya untuk saya sertu selepas memegang dan bermain-main dengan anjing kerana bukan sahaja terkena kulit dan badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki malahan baju dan seluar yang dipakai..boleh tak terang kan kepada saya cara-cara untuk sertu dengan lengkap kerana saya akui bahawa pengetahuan agama saya sangat cetek..terima kasih~
Posted by Riswang Punya on 16 Mac 2012 at 6:17 pm
saya ada soalan
mcm mana kalau saya telah terpegang daging babi yg berada dlm plastik sewaktu di pasaraya? daging tersebut diletakkan dlm plastik. saya hanya menyentuhnya dari luar. tidak sengaja. tapi plastik tersebut sangat tipis sehinggakan saya bole merasakan isi daging tersebut. adakah saya patut menyamak tangan saya?
sila jawab..
Posted by hamba Allah on 14 April 2012 at 7:01 pm
ustaz.kawan sy ckp kalau ckp babi kat org.kna samak jgak kalau kt sentuh org 2 blek.saya ragu2.btol ke ye?
Posted by Farhan on 15 Mei 2012 at 2:39 pm
Saya nk tanya,saya bekerja dlm bidang membuat service atau maintenance lif.salah satu lift yg sy jaga adalah tmpt menjual daging salai khinzir…adakah saya perlu samak?sdgkn saya hanye msuk ke permis berkenaan dan membuat pemantauan lift di premis berkenaan..