Cara nasihat kawan yang tidak tutup aurat dengan sempurna


Soalan:

ASSALAMUALAIKUM. Ustaz, saya mempunyai kawan yang sehingga kini tidak mahu menutup aurat. Ada juga yang memakai tudung tapi berpakaian ketat. Bagaimana cara terbaik untuk saya menasihati mereka?

Muna, Selangor.

Jawapan:

ALHAMDULILLAH wassolltu-wassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…”

Ayat ini jelas menerangkan kewajipan menutup aurat bermula usia baligh. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya: “Ketika kami bersama ‘Aisha RA, kami menyebut mengenai kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) …dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita yang bertudung bersama Rasulullah SAW, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

Lihatlah bagaimana wanita Ansar, apabila turunnya perintah menutup aurat, mereka terus melaksanakannya semata-mata mahukan keredaan Allah SWT. Namun banyak kita menyaksikan wanita masa kini yang berpakaian menampakkan aurat, bahkan ada yang seperti bertelanjang. Akibatnya tentu saja buruk.

Mengenai pertanyaan saudari, wanita seperti itu seharusnya dinasihati dengan bijaksana, halus dan menyenangkan. Bukan dengan cara emosional. Yang paling penting diselamatkan dulu batin, jiwa dan nafsunya. Ditanam rasa iman ke dalam jiwa. Selepas kuat imannya, dia sendiri akan mencari perlindungan daripada godaan syaitan.

Jadi, ciptakan dulu ketenangan dalam batinnya, sesudah itu akan lahir iman dari dalam jiwanya sehingga mewujudkan penampilan lahiriah kesan dari iman itu. Keimanan batin hendaklah diberi keutamaan agar ia dapat tunduk untuk melaksanakan Islam. Ketika itu bukan saja ia akan menutup aurat, bahkan akhlak, budi pekerti dan tingkah lakunya akan menjadi baik.

Sebenarnya tuntutan syariat bagi kaum wanita seperti menutup aurat akan lebih memelihara keharmonian rumah tangga, menjaga ketenangan dan keharmonian masyarakat. Pemuda dan pemudi hakikatnya sama-sama mempunyai nafsu dan daya tarikan. Kerana itu, Islam memerintahkan wanita menutup tubuh yang boleh menimbulkan rangsangan bagi lelaki seterusnya dapat mencegah pandangan bebas lelaki.

Hasrat dan keinginan wanita untuk memiliki pasangan tidak dapat dielakkan apabila melihat lelaki yang bertubuh sasa dan gagah. Tetapi pendidikan agamanya yang memaksa menahan nafsu sehingga menekan dan menahan daya tarikan berkenaan. Kalau tidak mempunyai penahan, maka mudah saja hasrat dan keinginan lelaki yang akan tertarik bergabung bersama nafsu wanita, kemudian timbullah hubungan bebas.

Demikianlah, wallahua’lam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,033 other followers

%d bloggers like this: