Rezeki curi tulang tidak berkat


Soalan:

SAYA bekerja di syarikat swasta kepunyaan bukan Islam. Saya dan Pengurus Operasi yang baru dilantik ditugaskan merombak operasi syarikat bagi mengatasi masalah kewangan yang makin meruncing.

Lapan puluh peratus pekerja syarikat ini telah berkhidmat lebih dari 12 tahun dan ada yang telah menjangkau 30 tahun.

Kebanyakan mereka ini ada sikap kurang baik yang nampaknya telah sebati dalam diri dalam jangkamasa tersebut. Pihak pentadbiran tidak tegas kepada mereka dalam hal ini.

Saya dipandang serong bila telah merangka undang-undang baru untuk mengatasi perkara tersebut.

Rasionalnya begini:

Masa kerja ialah dari 9 pagi hingga 5 petang dengan 1 jam masa rehat di waktu tengahari dari Isnin hingga Jumaat, dan 9 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu.

1) Ada pekerja yang datang lewat contohnya pukul 10.30 pagi.

2) Ada juga yang baru nak bersarapan nasi lemak pukul 9 pagi sedangkan waktu kerja telah bermula.

3) Ada yang ambil masa rehat atau makan tengah hari lebih daripada sejam tanpa sebab.

4) Ada yang tidur semasa rehat bermula pukul 12.45 tengah hari hingga 1.45 petang dan hanya akan mula makan tengah hari pukul 2 petang sedangkan waktu itu sepatutnya sudah mula bekerja.

5) Ada yang suka menghabiskan masa berbual semasa kerja sehingga banyak kesilapan dibuat dalam kerja. Jadi orang lain pula seperti saya kena tolong betulkan dan semak kerja mereka.

6) Ada juga yang balik seawal pukul 3 petang tanpa sebab yang munasabah.

Apakah hukum Islam dalam segi pendapatan yang diperolehi oleh enam kategori pekerja di atas walaupun tuan punya syarikat bukan beragama Islam.

Jawapan:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”. (riwayat Al-Baihaqi).

Sebenarnya apa yang saudara hadapi adalah suatu yang kebiasaan berlaku dalam syarikat-syarikat milik penuh orang Islam atau bumiputra.

Sikap acuh tak acuh dan sikap sambil lewa serta dan berasa berada dalam zon selesa adalah punca kegagalan dan kemunduran sesebuah syarikat.

Dalam hal ini, Islam telah memberi keizinan kepada ketua untuk menentukan hala tuju sesebuah syarikat dengan membetulkan yang salah dan silap. Budaya kerja adalah suatu falsafah dengan didasari pandangan hidup sebagai nilai-nilai yang menjadi sifat, kebiasaan dan juga pendorong yang dibudayakan dalam suatu kelompok dan tercermin dalam sikap menjadi perilaku, cita-cita, pendapat, pandangan serta tindakan yang wujud sebagai panduan kejayaan.

Manfaat daripada penerapan budaya kerja yang baik:

1. Meningkatkan jiwa gotong-royong.

2. Meningkatkan kebersamaan.

3. Saling terbuka antara satu sama lain.

4. Meningkatkan jiwa kekeluargaan.

5. Meningkatkan rasa kekeluargaan.

6. Membangun komunikasi yang lebih baik.

7. Meningkatkan produktiviti kerja.

8. Memahami perkembangan dunia luar dan lain-lain.

Islam turut menyarankan pekerja menghayati tuntutan akhlak dalam pekerjaan. Akhlak menuntut pekerja beramanah dan berintegriti dalam menyusun serta melaksana urusan pekerjaan. Menghayati akhlak luhur membolehkan pekerja Muslim berprestasi dengan baik.

Kakitangan sesebuah syarikat yang tidak mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh syarikat adalah hilang kelayakkan bekerja.

Golongan begini kalau diberhentikan pun tidak menjadi satu kesalahan. Setiap orang yang diberi peluang bekerja harus bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan. Bersyukur dengan menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan serta men galas tugasan dengan Sebaik mungkin.

Rezeki yang halal bukan sekadar menjawat jawatan yang halal malahan bergantung sejauhmana kejujuran seseorang dalam menunaikan kerja.

Sekiranya seseorang itu datang kerja pukul 10.30 pagi sedangkan waktu kerja bermula pukul 9 pagi, jelas sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Sedangkan dia dibayar gaji bermula pukul 9 pagi.

Kemudian berehat sampai satu ke dua jam. Sikap sebegini sangat dicela oleh Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah wahai Muhammad kepada mereka: hendaklah kamu bekerja nescaya Allah menyaksikan kerja kamu dan rasul-Nya serta orang yang beriman, kemudian kamu Akan dikembalikan kepada Allah tuhan yang maha mengetahui segala yang ghaib dan dialah juga yang mengetahui apa-apa yang kamu lakukan secara terang-terangan untuk dipersaksikan apa-apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat ini sepatutnya menjadi dasar dalam kita mencari rezeki supaya wujud rasa sedar dan takut dalam mencari rezeki. Sifat khuatir perlu ada untuk mengimbangi rezeki yang diperolehi supaya ia benar-benar halal.

Maksudnya, kerja halal tapi rezeki tidak halal kerana tidak menunaikan tanggungjawab kerja dengan sewajarnya.

Pendapatan daripada curi tulang tidak diberkati Allah SWT. Rezeki yang dibawa balik juga akan memberi kesan yang negatif kepada anak-anak dan isteri.

Jadi tindakan saudara ke atas kakitangan yang tidak mematuhi pekeliling syarikat adalah sangat wajar. Prosesnya perlu berhikmah.

Pertamanya dengan menasihati pekerja yang bermasalah, keduanya, memberi surat amaran, kalau masih tidak berubah berhentikan sebagai misi menyelamatkan syarikat.

Ini adalah proses biasa dal am sesebuah syarikat, lebih-lebih lagi syarikat yang bermasalah dalam kewangan.

Kalau bahasa kasarnya “gaji nak, kerja tak nak”. Dan tak kisah syarikat nak jadi apa jadilah itu bukan urusan dia. Perumpamaan sebuah syarikat dan pekerjanya adalah umpama sebuah bahtera yang sedang berlayar di lautan.

Jika ada anak kapal yang sedang menebuk lantai bahtera pasti akan bocor dan karam. Majikan yang sedar ada anak kapal yang sedang menebuk lantai bahtera maka segeralah menegahnya kalau berdegil ‘pulangkan’ dia ke pelabuhan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,033 other followers

%d bloggers like this: