Haram lelaki pakai sutera


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

APAKAH hukum bagi lelaki Islam memakai pakaian sutera untuk menunaikan solat fardu?

Cheq Wan,

Kg Salak Baru. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 26 bermaksud: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sekalian pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Pakaian takwa itulah paling baik.”

Dalam surah an-Nahl ayat 81 yang bermaksud: “Allah jadikan bagimu pakaian yang memelihara kamu daripada panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan.”

Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud daripada Ali, beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW memegang sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian Baginda bersabda: Kedua-dua ini haram bagi lelaki daripada umatku.”

Hadis lain yang diriwayatkan Imam al-Tirmizi daripada Abu Musa al-Ansari menyebut, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diharamkan memakai sutera dan emas pada orang lelaki daripada umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.”

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Sedangkan emas dan sutera perhiasan dalam syurga).

Emas dan sutera perhiasan diciptakan Allah untuk dipakai wanita dan bukan lelaki. Ada ulama secara tegas mengharamkannya, terutama sutera asli. Namun, ada ulama menilai larangan Nabi itu bukan larangan ketat sehingga tidak boleh sama sekali.

Ia bererti hal itu kurang wajar dilakukan lelaki yang berwibawa dan terhormat, atau larangan itu berkaitan dengan konteks situasi keprihatinan dan keperluan kaum Muslimin pada masa Nabi SAW yang sangat memerlukan tenaga dan pembiayaan kewangan untuk menjayakan perjuangan Islam. Bagaimanapun, seharusnya untuk bersikap warak tinggalkan saja pakaian sutera agar terselamat daripada jatuh kepada haram.

Namun, jika ada keperluan mendesak, contohnya perubatan tidak menjadi kesalahan seperti Rasulullah SAW pernah membenarkan Zubair Abdurrahman bin Auf memakai sutera kerana menderita.

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by anak johor on 18 Ogos 2011 at 5:30 pm

    penerangan di atas seperti tidak menjawab persoalan..
    adakah sembahyang yg di lakukan itu sah atau tidak?

    Balas

  2. Posted by lavandula on 10 April 2012 at 6:27 pm

    tahniah dia tas penerangan tersebut. mohon dapat memberikan jawapan kepada persolaan utama yang dikemukakan juga.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,825 other followers

%d bloggers like this: