Islamkan cara Sambut hari lahir


SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?

JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”. (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.

Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.

Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.

Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

About these ads

8 responses to this post.

  1. Posted by Syah on 8 Mei 2010 at 4:04 am

    Assalamualaikum
    merujuk kepeda perkara yg di bincangkan berkaitan sambutan hari lahir. saya pernah membincangkan perkara ini dengan seorang pelajar hadis yang mane beliau menentang habis habisan megenai perkara ini dan hasil perbincangan seolah2 masih lagi terdapat perselisihan pendapat.

    Terdapatkah hadis Sahih berkaitan dengan pekara tersebut? dan sekiranya ada hadis Sahih, Apakah masih dilarang untuk menyambut hari lahir jika pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

    Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya.

    Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.

    Balas

  2. Assalamualaikom w.t.w.
    Menyambut Hari lahir atau hari jadi adalah baik jika kita lakukan mengikut Peradaban islam dengan cara yang di ajarkan oleh Nabi s.a.w.
    “barang siapa menyerupai satu kaum,dia akan dibangkitkan dengan kaum itu”-Maksud Al hadith.
    Jadi kita kena tiru-tiru orang soleh atau orang-orang terdahulu yang berjaya seperti para sahabat r.hum.Mudahan-mudahan kita dibangkitkan bersama mereka.Ameen.
    Menyambut hari jadi sebaik-baiknya,orang berkenaan sendiri solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah,tilawah al-quran,zikir,selawat,istiqfar,solat sunat (apa-apa solat sunat) , ziarah orang tersayang dan hadiahkan kepadanya seperti Guru-guru kita,ibubapa dan sebagainya.Bagus juga membuat sedikit makanan sekadar yang mampu dan bahagi-bahagikan kepada jiran tetangga kita.Tak perlu ikut ikut orang barat atau apa-apa amalan yang bercanggah dengan Islam.Seeloknya tanyalah Ustaz atau orang arif akan kedudukan hari jadi dan menyambutnya dengan sederhana sahaja.
    Selamat hari jadi ke 57 tahun untuk saya dan semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan tambahkan pengorbanan untuk Agama Allah s.w.t. SELAMAT HARI JADI YANG KE 57 TAHUN PADA 3 OGOS 2010 IAITU BERMULA MARGRIB HARI INI ( 2 OGOS 2010).SALAM.

    Balas

    • Posted by zamir on 10 Mac 2011 at 2:50 pm

      BAGAIMANAKAH SAMBUTAN HARI LAHIR DI SAMBUT MENGIKUT KALENDER MASIHI? MENGAPA TIDAK SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA MENGIKUT KALENDER HIJRAH, SEPERTI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL YANG DI SAMBUT SETIAP 12 RABIULAWAL

      MOHON PENDAPAT

      Balas

  3. Posted by Azeem on 27 Januari 2011 at 12:00 pm

    Allah telah memberikan akal fikiran untuk berfikir dan memilih yang mana baik dan mana yang buruk. Jika anda takut tergolong dengan kaum tersebut maka saya rasa tidak berat jika di tiadakan lilin di atas cake tersebut.

    Apabila perkara itu sudah termasuk syubahah lebih baik di tinggalkan.

    Balas

  4. Posted by Ummu Rafie' on 12 Mei 2012 at 5:21 pm

    sya ada mndgr bahawa meniup lilin menyerupai amalan majusi penyembah api.. klau begitu macam mane pula.. jadi meniup lilin itu boleh atau tidak..

    Balas

  5. assalamualaikum, thanks atas penerangan tu……. ianya berjaya membuka ruang pemikiran umat islam. bukan sekularisme tapi budaya pemikiran yang terbuka dan berasimilasi

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,825 other followers

%d bloggers like this: