Solat berjemaah bagi wanita


Soalan
SAYA hendak bertanya perihal solat bagi jemaah wanita yang berimamkan wanita, pada waktu Maghrib, Subuh dan Isyak adakah kita baca al-Fatihah setelah selesai imam baca al-Fatihah atau kita baca al-Fatihah serentak? Saya musykil sebab kaum perempuan baca secara perlahan di dalam sembahyang. Kita mungkin tidak mendengar imam perempuan membaca al-Fatihah. Atau bolehkah imam perempuan menguatkan suara di dalam sembahyang supaya boleh di dengar makmum?

Jawapan

Imam perempuan boleh kuatkan suara tapi tidak dengan nada yang nyaring malahan untuk didengari oleh para jemaah wanita sahaja. Keadaan ini berbeza dengan solat jemaah yang diimamkan oleh orang lelaki.

Imam bagi jemaah lelaki adalah dituntut supaya membaca dengan nyaring di dalam solat-solat yang dibaca dengan nyaring.

Sekiranya solat yang ditunaikan bersama imam wanita adalah solat-solat yang menuntut bacaan jahr (kuat) maka makmum daripada kalangan wanita hendaklah menunggu sehingga imam selesai membaca surah al-Fatihah.

Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjemaah yang diimami oleh seorang wanita maka sebahagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat di antaranya riwayat daripada Raithah Al-Hanafiyah: “Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni).

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: “Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).

Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: “Ada pun solat berjemaah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin solat tersebut berdiri di saf makmum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan solat berjemaah sebagaimana yang diperoleh oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjemaah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan solat fardu adalah sangat dituntut bagi lelaki.” (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by zaheera on 7 Ogos 2012 at 7:46 am

    salam…sy nak tnya,bacaan imam semasa solat jemaah adakah sama shj gdn solat bersendirian? jika ada perbezaan,di mna dan bagaimana perbezaan bacaan tersebut? sekian,tq..

    Balas

  2. Posted by eena on 10 Julai 2013 at 3:00 pm

    Assalammualaikum..sye ingin bertanya..adakah ada perbezaan niat solat jemaah antara lelaki dan perempuan… أصلى فرض الصبح ركعتين أداء [ مأموما / مأمومتا ] لله تعالى

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: