Solat hajat boleh dilakukan pada waktu siang, malam


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Saya ingin bertanya, bolehkah solat hajat (tahajud) dilakukan pada waktu siang?

SYAM, Melaka.

 

Ada orang menganggap bahawa solat hajat itu adalah solat tahajud. Padahal solat tahajud boleh dibuat dengan sebarang solat asalkan dikerjakan selepas sembahyang Isyak dan sesudah tidur.

Tahajud menurut lughah (bahasa) adalah: “Mengangkat tidur dengan takalluf (berat). Menurut istilah, solat (yang dikerjakan) sesudah melakukan solat Isyak, walaupun dijamak (dihimpunkan) beserta solat Maghrib sebagai jamak takdim dan sesudah tidur walaupun tidurnya itu sebelum masuk waktu Isyak. Sama saja solat itu sunat atau fardu, sama ada qadak atau nazar.

Adapun solat hajat, tidaklah termasuk solat yang mempunyai waktu tertentu tetapi termasuk solat yang mempunyai sebab, iaitu seumpama seseorang yang berhajat kepada sesuatu yang belum diperolehnya untuk keperluan agamanya atau dunianya. Tetapi jika ia dilakukan sesudah tidur dan sesudah mengerjakan solat Isyak, jadilah solat hajat ini solat tahajud. Dengan keterangan itu, jelaslah bahawa boleh saja berlaku solat hajat itu bukan solat tahajud atau tidak semestinya solat hajat itu solat tahajud. Ia boleh dihimpunkan pada sesuatu dan boleh berpisah keduanya pada suatu yang lain (Ijtima’usy syaiaini fi maddatin wa infiradu kullin minhuma fi ukhra). Ia diistilahkan sebagai al-Umum wal Khushushul wajhi. Maksudnya, boleh saja berlaku satu solat yang berkedudukan sebagai solat hajat itu juga solat tahajud. Seperti solat hajat yang dikerjakan pada malam hari sesudah solat Isyak dan sesudah tidur.

Boleh juga berlaku solat tahajud yang bukan hajat seperti solat sunat mutlaq atau solat witir yang dilakukan sesudah tidur dan sesudah solat Isyak. Boleh jadi juga solat hajat bukan solat tahajud kerana ia dilakukan waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.

Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin juzuk 1, halaman 213 sebagai berikut: “Yang kelapan (daripada solat yang mempunyai sebab) adalah solat hajat. Maka barang siapa yang sempit atasnya suatu hal dan menyentuh kepadanya hajat dalam kebaikan agamanya dan dunianya kepada suatu perkara yang tidak dilakukannya, maka hendaklah ia lakukan solat ini.”

Justeru, solat hajat boleh dilakukan sama ada siang atau malam kecuali pada waktu yang dimakruhkan. Jumlah rakaatnya adalah dua berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (maksudnya) iaitu: “Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang rosak penglihatannya datang kepada Nabi SAW seraya berkata: Doakanlah kepada Allah untukku, bahawa disembuhkan aku. Sabda Baginda SAW: Jika engkau mahu, aku dapat menundanya bagimu. Itu lebih baik. Dan jika engkau mahu aku dapat mendoakan.

“Maka lelaki itu berkata: Doakanlah kepada Allah.” Maka Nabi pun memerintah untuk berwuduk dan bersembahyang dua rakaat dan berdoa dengan doa ini: “Allahumma Inni As aluka wa atawajjahu ilaika bi muhammadin nibiyirrahmah. Ya Muhammadu Inni qod tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi litaqdi.

Allahumma fasyaffi’hu fiyya. (Maksudnya:Ya Allah. Sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dan aku menghadap kepada Engkau dengan Muhammad Nabiyirrahmah.

Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap bersama Engkau kepada Tuhanku dalam memohon hajatku ini agar ditunaikan-Nya. Ya Allah, perkenankan dia mensyafaatkan daku.”

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,494 other followers

%d bloggers like this: