Hukum berkaitan bayaran dam haji dan umrah


Bersama Ustaz Zahazan Mohamaed

 

SAYA sudah mengerjakan umrah pada Syawal tahun lalu dan dimaklumkan tidak dikenakan dam memandangkan tidak mengerjakan haji pada tahun sama. Bagaimanapun, beberapa pendapat yang saya terima pada tahun ini menyatakan ada dikenakan dam. Soalan saya, adakah dikenakan dam terhadap umrah yang saya sudah kerjakan pada bulan haji (bermula Syawal hingga Zulhijjah)? Jika ya, bagaimanakah untuk membayar dam itu?

N

TIDAK harus. Dam hanya dikenakan sekiranya anda meninggalkan sesuatu perkara yang wajib atau melanggar sesuatu larangan. Untuk menjelaskan lagi secara ringkas iaitu dam, dari sudut bahasa bererti darah. Dari sudut istilah pula ia bermaksud menyembelih binatang ternakan (seperti unta, lembu, kambing) sebagai denda kerana meninggalkan sesuatu yang wajib atau melanggar sesuatu yang dilarang dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Ertinya, seseorang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika dalam masa berihram diwajibkan dam. Seseorang yang meninggalkan wajib haji dan umrah diwajibkan dam. Seseorang yang luput wukuf di Arafah selepas berniat ihram wajib dikenakan dam. Seseorang meninggalkan tawaf wada’ tanpa uzur syar’i wajib dikenakan dam. Seseorang yang melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji juga dikenakan dam. Seseorang yang terhalang dalam menyempurnakan baki rukun haji atau umrah kerana sebab-sebab tertentu (ihsar), dikenakan dam.

Dam juga dikenakan sebagai syarat wajib haji apabila seseorang melaksanakan haji tamatuk atau Qiran. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakan ibadat Haji dan Umrah kerana Allah SWT. Maka sekiranya kamu dikepung (iaitu ihsar dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah di dapati. Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.

Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau ada sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam.

Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah didapati.

Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan ibadat haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing) yang semuanya itu 10 hari yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidil Haram (Makkah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).”

Dam terbahagi kepada empat iaitu:

# Dam tertib dan taqdir.

Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala taqdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang mengerjakan haji Tamatttu’ atau Qiran, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak).

# Dam tertib dan ta’dil.

Maksud ta’dil apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan, hendaklah ia ganti dengan berpuasa. Contohnya, seseorang yang melakukan persetubuhan, maka si suami dikenakan dam iaitu menyembelih seekor unta, jika tidak mampu hendaklah ia menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu hendaklah digantikan dengan tujuh ekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram. Jika tidak mampu, hendaklah ia berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta.

# Dam takhyir dan Taqdir

Maksudnya ketetapan kepada barang yang boleh diganti. Contohnya seseorang yang memakai pakaian yang dilarang dalam ihram atau memotong kuku, maka dam yang dikenakan menyembelih seekor kibas (atau kambing atau 1/7 unta). Sekiranya tidak mampu, bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang. Sekiranya tidak mampu, berpuasa tiga hari.

# Dam dan Ta’dil.

Takhyir ertinya boleh memilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan. Contohnya, memburu binatang yang halal dimakan atau mencabut pokok. Dam yang dikenakan iaitu menyembelih binatang mengikut binatang yang diburu. Jika rusa, bandingannya ialah lembu, jika kijang, bandingannya ialah kambing dan seumpamanya.

Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai harga binatang sebagai bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin di Makkah. Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari. Wallahua’lam.

About these ads

8 responses to this post.

  1. Posted by ryan on 13 November 2010 at 7:59 pm

    apakah seseorang terkena dam bila melakukan hubungan suami istri sesudah umroh dan sebelum haji?

    Balas

  2. saya telah mengerjakan umrah 2 tahun lalu..saya ingin bertanya..perlukah saya membayar dam kerana saya tidak pasti adakah saya masih memakai sarung tangan ketika dalam ihram..

    Balas

  3. Posted by Abdustar bin Noor mohd on 19 Mac 2012 at 9:58 pm

    Aslkm ustaz seorang jamaah umrah telah terlupa menanggalkan seluar dalamnya semasa berniat ihram di mikat Hudaibiyah perkara tersebut hanya disedari dalam bas semasa dalam perjalanan pulang ke Masjidilharam dan tidak memungkinkan beliau menanggalkan dgn segera seluar dalamnya…apakah beliau wajib membayar Dam? Atau sekadar beristighfar saje kerana perlakuan yg tidak sengaja dan terlupa…jika wajib berapa Dam yg perlu dibayar dan kepada siapa yg perlu dibayar? Adakah kepada wakil tertentu umpama mutawwif atau dibayar terus kpd pekerja pembersihan dalam Masjidilharam?…terima kasih ustaz

    Balas

  4. Posted by faridah on 2 Mei 2012 at 6:27 pm

    salam….jika semasa tawaf terkentut tetapi tidak pasti samada dipertegahan atau sesudah tawaf…sy tidak mengambil wudhu namun terus mengikut rombongan buat saei dan tahlul..adakah tawaf sy sah? jika tidak adakah sy dikenakan dam?bagaimana sy ingin jelaskan dam tersebut?harap sy dpt penjelasan ustaz..terima kasih..

    Balas

  5. Posted by FarahSaman on 24 Jun 2012 at 5:42 pm

    salam,ustaz.. masa saya pergi umrah dahulu, saya terlupa & cabut beberapa helai bulu mata & trkopek kulit bibir yang sudah kering.. adakah saya dikenakan dam? kalau ya, apa yang prlu saya buat?

    Balas

  6. Posted by zua on 24 Oktober 2012 at 5:57 am

    Perlukah saya membayar dam bila saya was-was sama ada saya ada melanggar larangan ihram semasa umrah 2 tahun lepas?

    Balas

  7. sangat bermanfaat..terima kasih

    Balas

  8. Posted by asyraf on 10 Oktober 2013 at 3:37 pm

    adakah saya perlu membayar dam kerana saya was-was samada saya melanggar larangan semasa dalam ihram…(saya memakai sepatu yang menutup jari kaki)..saya mengerjakan umrah pada 3 tahun lalu…mohon penjelasan..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,494 other followers

%d bloggers like this: