Perkembangan ilmu qiraat


Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

SETIAP ilmu mempunyai disiplin dan urutan mempelajarinya. Tidak kira sama ada ilmu berkaitan dunia atau ilmu agama. Susunan bab dan kandungan yang dibentuk untuk sesuatu ilmu adalah bagi memudahkan seseorang menguasai ilmu tersebut.

Jika mereka yang mempelajari ilmu tidak mengikut disiplin yang betul dan peringkat yang ditentukan, sudah tentu pemahaman terhadap ilmu menyimpang daripada landasan yang sahih.

Jika dilakukan sorotan kepada perkembangan ilmu qiraat, kita mendapati ia berkembang dengan baik bermula pada zaman Nabi SAW. Selepas baginda SAW, di setiap zaman dan tempat terdapat tokoh-tokoh qiraat yang menjadi rujukan. Selain itu mereka juga menghasilkan kitab-kitab yang tinggi nilai kandungannya dan sehingga ke hari ini menjadi sumber pembelajaran ilmu qiraat.

Menurut Dr. Fadl Hasan Abbas, konsep mempelajari ilmu qiraat tidak sama dengan ilmu balaghah, tatabahasa Arab dan lain-lain. Mungkin anda mampu memahami ilmu tersebut dengan ketekunan membaca dan mengulangkajinya. Berlainan dengan ilmu qiraat, jika anda ingin menguasainya anda mestilah membaca di hadapan guru bermula dengan surah al-Fatihah hinggalah ke surah terakhir iaitu al-Nas.

Membaca al-Quran di hadapan guru dipanggil talaqi atau musyafahah. Rasulullah SAW ialah orang pertama talaqi al-Quran daripada malaikat Jibril. Tradisi itu berkesinambungan hingga ke hari ini. Di Syria, Mesir dan Arab Saudi adalah antara tempat yang ramai guru-guru al-Quran dan masih mengamal kaedah talaqi. Sebaik sahaja pelajar menamatkan bacaan al-Quran iaitu khatam dan guru berpuas hati dengan bacaan tersebut, guru akan menganugerahkan sanad.

Ilmu Qiraat yang membicarakan tentang riwayat-riwayat bacaan al-Quran telah diberi nafas baru dengan diubahsuai kurikulumnya bagi penawaran di peringkat ijazah di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Pusat pengajian tinggi di luar negara yang menawarkan pengajian ini adalah di Maahad Qiraat Syubra, Fakulti al-Quran di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, Kuliyyah al-Quran di Universiti Islam Madinah dan lain-lain.

Dalam negara pula, antara pusat pengajian tinggi yang menawarkan pengajian ini ialah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Lebih menarik perkembangan Qiraat di Malaysia adalah adanya program realiti seni tarannum al-Quran iaitu Akademi al-Quran. Peserta diminta membaca al-Quran dengan seni lagu tertentu seperti bayyati, rast, nahawand, saba dan riwayat tertentu seperti Qalun, Warsy, al-Bazzi, Qunbul dan lain-lain.

Sebagai rujukan bersama sudah terdapat qari yang merakam al-Quran mengikut riwayat-riwayat al-Quran. Antara mereka ialah Syeikh Mahmud Khalil al-Husari yang telah merakam 30 juzuk al-Quran dengan riwayat Hafs dari Imam Asim, riwayat Warsy dari Imam Nafei’. Selain itu Imam Masjid Nabi Syeikh Dr. Ali AbdulRahman al-Huzaifi mempunyai rakaman 30 juzuk riwayat Qalun. Ramai lagi qari yang merakam bacaan al-Quran dengan riwayat yang berbeza dari riwayat yang kita amalkan iaitu riwayat Hafs dari Imam Asim.

Namun untuk mempelajari ilmu qiraat mestilah mengikut disiplin yang tepat dan betul. Paling penting dapatkan guru yang mempunyai kemahiran dalam ilmu ini yang mampu memberi tunjuk ajar dan panduan.

Rakaman suara qari sebagaimana disebut adalah sebagai rujukan tambahan sahaja.

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by mohd khairool amal b.mat taib on 8 Disember 2010 at 11:25 am

    marilah ngaji ngn ambo skali dalam kursus qiraat dan tarannum.antara pengajarnya mendapat sanad qiraat 10 spt ustaz amiri.ustad wan ismail.dan ramai lg.mana kala dalam pngajian tarannum pula diajar sendiri oleh juri antarabangsa iaitu ustaz nik ja’far.marilah sama2 kita meninggikan ilmu allah swt ni kalo btul2 nk talaqqi musyafahah..sekian.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: