Memahami sifat sabar


 Oleh SITI AINIZA KAMSARI

UNTUK kita memahami sepenuhnya konsep atau sifat sabar, buku ini mungkin antara yang terbaik. Apatah lagi ia ditulis oleh ulama terkemuka Islam hari ini, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Bicaranya dalam program Syariah dan Kehidupan (As Syariah wal Hayat) sahaja yang disiarkan melalui saluran Al Jazeera ditonton oleh 40 juta penonton dari seluruh dunia.

Walaupun pernah dipenjara sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1949 dan 1961, namun atas faktor sabar dan kesabaran Dr. Yusuf yang sangat kuat, menyebabkan beliau tidak pernah putus asa, putus harap apatah lagi kecewa.

Malah sehingga ke hari ini, pada usia lewat senja beliau masih aktif berdakwah. Semua ini kerana beliau mempunyai pemahaman yang kuat dan tepat mengenai kesabaran.

Tajuk asal buku ini ialah Ash-Shabru Fil Quran menghuraikan dengan terperinci dalam bahasa yang mudah mengenai sabar yang merupakan akhlak ai-Quran yang paling utama dan sangat ditekankan oleh Allah.

Seringkali diulang saranan atau lebih tepat kewajipan untuk umat Islam bersabar kerana dengan mengekalkan sifat kesabaran menjadi kunci kejayaan di dunia dan di akhirat.

Maka tidak menghairankan jika dikatakan perkataan sabar itu disebut lebih dari 70 kali dalam kitab suci itu.

Ia sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin manakala Imam Ahmad seperti yang dinukil oleh Ibnu Qayyim pula berkata: “Sebutan sabar dalam al-Quran ditemui pada 94 tempat.”

Mengapa penerbitan buku ini sangat tepat pada masanya untuk menjadi bahan bacaan utama kita pada hari ini.

Adakah kerana manusia semakin hilang kesabaran? Adakah sifat itu tidak lagi relevan atau sesuai untuk dijadikan amalan? Atau selama ini kita telah begitu jauh menyimpang dari konsep kesabaran yang sebenar?

Tidak dinafikan apabila kehidupan semakin terdesak, sesak dan diasak, nilai-nilai kesabaran seakan-akan mulai menipis bagai kabus sirna dek sinar mentari pagi.

Malah sesetengah berkata soal masa menghalang untuk mereka bersabar malah sabar itu disifatkan seperti sebuah tembok yang besar, panjang dan tebal.

Maka manusia tidak lagi mahu membuang masa atau bersusah payah untuk membina tembok yang seperti itu.

Tetapi jika kita kembali memahami maksud sebenar kesabaran ini, maka manusia akan menyedari seperti yang ditulis oleh Dr. Yusuf bahawa kita kembali kepada fitrah kepada kejadian bahawa kita dilahirkan sebagai insan yang berakal, bukannya haiwan.

Justeru itu kita perlu kepada kesabaran kerana kita akan selalu diuji dan diduga.

Kita bukan dilahirkan sebagai haiwan yang hidup 100 peratus bertunjangkan nafsu syahwat, yang sama sekali tidak memerlukan sebarang nilai-nilai kesabaran.

Adakah haiwan perlu bersabar apabila mereka diserang misalnya? Berbeza pula keadaannya apabila berlaku terhadap manusia.

Ciri khas milik manusia

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. (an-Nahl: 126-127)

Malah kata Imam Ghazali: “Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dimiliki oleh haiwan atas sifat kekurangan-kekurangannya dan tidak pula dimiliki oleh malaikat atas sifat-sifat kesempurnaannya sebagai hamba yang paling taat terhadap Allah”.

Justeru, Dr. Yusuf menyebutkan jenis-jenis kesabaran seperti yang disebut dalam al-Quran selain kita memahami makna sabar dari aspek lughahnya ialah menahan diri dan mencegah diri.

Khususnya sifat sabar jenis kedua, iaitu selain kesabaran fizikal (badaniah), sifat sabar untuk mental dan rohani (nafsu) adalah yang paling kritikal di mana manusia semakin lupa dan sanggup meninggalkannya.

Menurut Dr. Yusuf, serangan kesabaran dari aspek mental yang sering berlaku adalah berupa nafsu perut dan seksual, maka kesabaran di sini dinamakan iffah bererti kehormatan, martabat dan maruah diri.

Tanpa ada kesabaran terhadap gejolak nafsu maka manusia itu tidak lagi mempunyai iffah pada dirinya.

Kesabaran juga diperlukan dalam soal menahan diri dalam kekayaan, yang lawan katanya di sini adalah bathur atau lupa daratan.

Iaitu manusia apabila kaya, sering lupa diri, angkuh, besar diri dan memandang rendah kepada orang lain. Sedangkan jika dia bersabar dengan kekayaan yang dimiliki, hartanya itu turut dikongsi dengan golongan yang memerlukan. Ini menjadikan kekayaannya itu turut menjadikan dirinya seorang yang kaya budi dan turut mempunyai kekayaan di akhirat kelak!

Begitu juga apabila sabar dalam menyimpan sesuatu maklumat dan yang paling penting kita juga mesti selalu bersabar dengan soal rezeki yang sedikit yang disebut Qanaah atau rela dan puas hati yang kata lawannya adalah ‘rakus’.

Dalam hal ini, si polan tidak menyalahkan takdir atas rezekinya yang sedikit tetapi sentiasa bersabar dengan pertolongan usaha dan doa, malah dengan rezeki yang sedikit dirasakan begitu berkat.

Buku ini mengandungi lima tajuk besar keseluruhannya dengan pelbagai tajuk yang sangat menarik.

Ini termasuklah Kedudukan Sabar dan Mereka Yang Sabar Dalam al-Quran (bab tiga), Peribadi-Peribadi Sabar yang Dikisahkan Dalam al- Quran (bab empat) dan Apa yang Menunjang Kesabaran Menurut al-Quran (bab lima).

Buku ini mampu memotivasikan diri pembaca untuk menaikkan semula nilai kendiri dengan menjadikan sabar sebagai faktor kejayaan dalam hidup.

Tidak ada persoalan yang menjadi rumit atau kusut jika kita mampu bersabar, tidak berkeluh kesah, tidak melampaui batas, tidak bertindak tanpa berfikir dan kita tetap kembali dan memohon bantuan kepada Allah.

Kata Dr Yusuf, Allah menjanjikan kesudahan yang baik bagi mereka yang bersabar dan bertakwa, meskipun jalan yang mereka tempuh penuh duri dan kaki mereka tertusuk dan berdarah.

Firman Allah yang bermaksud: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertakwa. (al-A’raf: 128)

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by Habib Ahmad on 1 Oktober 2010 at 10:58 am

    Jadual Majlis-majlis Haul Imam Al Haddad 2010Majlis2 Haul 2010
    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

    Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: 1431h, akad, Ampang, ceramah haul, dakwah, habib Hasan, Habib Umar, Habib Umar Bin Hafiz, Habib Zein, Hari majlis haul 2010, haul 1431h, haul 2010, Imam al haddad, Jalan Damai, jalan hang tuah, kasih, majlis haul, Majlis Haul Imam Al Haddad, Majlis Ilmu, MASJID AL-FALAH, Masjid Baitul Aman, masjid bukhary, qasidah, sambutan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,825 other followers

%d bloggers like this: