Adakah Allah terima taubat orang berzina


SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki tapi itu bukan atas kerelaan saya sebaliknya dipaksa untuk melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan atau niat untuk berzina, walaupun puas menolak, teman lelaki tetap memaksa hingga akhirnya saya tidak terdaya melawan kehendaknya itu.

Namun kini, saya sangat sedih serta jijik dengan diri sendiri hinggakan hidup tidak tenteram dan hati selalu tidak tenang memikirkan keterlanjuran itu.

Sebagai individu yang terjebak dalam dosa zina, adakah Allah SWT akan menerima taubat saya kerana berasa seperti taubat saya tidak diterima.

Jawapan

Pertama, saya ucap syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan ilmu mengenai haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul rasa kesal, tidak tenang dan takut.

Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur, jelas bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang merasa gembira apabila melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati.” (Riwayat At-Tirmizi)

Sebagai individu yang melakukan dosa, seseorang itu perlu bertaubat dan meneruskan taubat itu kerana ciri-ciri taubat sebenar yang diterima Allah SWT adalah dimulai dengan penyesalan yang amat sangat dan diikuti pula dengan beberapa amalan lain.

Perkara pertama yang perlu ada dalam diri seseorang itu adalah, perlu bertaubat bersungguh-sungguh di mana, timbul kekesalan dan menangisi dosa yang dilakukan dan berjanji serta berazam untuk tidak mengulanginya.

Click Here

Seterusnya, seseorang itu perlu mengelak untuk berjumpa dengan teman lelaki dan berdua-duaan dengannya. Jika ingin berjumpa sekalipun, anda perlu ditemani ahli keluarga yang mempunyai ketegasan dalam hukum Islam dan mencegah daripada berlakunya maksiat dan zina.

Jelas di sini, sebaik-baiknya berjumpa di rumah dengan kehadiran ibu bapa yang tahu hukum agama dan perlu sentiasa bersama mereka.

Jika dalam keadaan ini, seseorang itu tidak mampu melaksanakannya, dia tidak ada pilihan selain menghindarkan diri daripada berjumpa.

Ini kerana, jika terus-menerus berjumpa, seseorang itu dikhuatiri mengulangi perbuatan zina berkenaan.

Apabila keadaan itu berlaku, maka segala pintu iman semakin tertutup, sekali gus membuka ruang kecelakaan dalam diri dan menjadikan peluang melahirkan zuriat yang celaka semakin membesar.

Perlu diketahui bahawa nafsu syahwat dan zina sama seperti dadah dan kegilaan terhadap harta benda. Ia boleh menjadikan seseorang itu mabuk dan lupa segala-galanya sebagaimana dinyatakan hadis riwayat al-Bukhari bermaksud: “Sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah sungai dipenuhi emas, nescaya mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati).”

Hal ini sama seperti nafsu syahwat iaitu penyakit dalaman yang amat serius serta sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

Perkara ketiga pula, seseorang itu perlu mencari rakan yang soleh sebagai panduan, terutamanya dalam mendapatkan kaunseling serta panduan dengan lebih kerap lagi.

Panduan serta kaunseling ini pasti tidak diperoleh jika seseorang itu masih berterusan bersama rakan-rakan yang turut terjebak dalam masalah serupa terutamanya membabitkan hal zina dan maksiat.

Jika sukar mendapatkan rakan seperti ini, seseorang itu boleh menyertai kumpulan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu seperti Abim, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Nisa atau Isma.

Tuntutan ini sama seperti saranan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api.

“Adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu dapat bauan wanginya juga. Rakan buruk seperti tukang besi penyala api pula, sama ada akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak.” (Riwayat Muslim)

Hasilnya, wajiblah seseorang itu mencari rakan yang baik termasuk teman lelaki.

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak membicarakan soal seks atau perkara yang menaikkan syahwat, tidak kira sama ada dalam perbualan ketika berjumpa, melalui telefon atau SMS.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali jika mereka juga bertaubat.

Selain itu, apabila bertaubat, seseorang itu perlu membaca dan memahami ayat tertentu di dalam al-Quran sebagai peringatan terhadap hukuman dosa berkenaan sebagaimana firman Allah SWT: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nur ayat 2)

Akhir sekali, apabila bertaubat, seseorang itu perlulah memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan kerana jika solatnya itu tidak mampu mencegah dan mengawal nafsu, bermakna ada kekurangan dalam solat berkenaan.

Dalam Islam, solat adalah antibodi paling kuat untuk mengawal nafsu sekali gus mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.

Allah SWT mengarahkan mereka yang bertaubat untuk mengiringi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan Rahmat dan belas Allah akan melebihi murka-Nya.

KESIMPULAN

Dalam kes saudari, dinyatakan bahawa zina itu terjadi atas paksaan dan bukan atas kerelaan diri saudari.

Namun, situasi ini boleh dilihat dari dua sudut berbeza iaitu yang pertama, kerelaan untuk berzina itu bukan semestinya dalam bentuk seseorang itu bersetuju dalam perlakuan terbabit.

Sebaliknya, apabila saudari berdua-duaan dalam keadaan yang membolehkan zina terjadi, itu sudah membuktikan saudari awal lagi sudah memberikan kerelaan. Jelas, jika tidak keluar berdua-duaan, pasti teman lelaki saudari tidak boleh memaksa melakukan zina.

Jadi, puncanya tetap daripada kesalahan sendiri. Oleh itu, jangan lagi keluar berdua-duaan bersama lelaki bukan muhrim khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina dan rogol.

Saudari juga sepatutnya memutuskan hubungan dengan teman lelaki dan jangan memberi alasan bahawa terlalu cintakan dirinya, sayangkan dirinya hinggakan tidak mampu berenggang dan putus darinya.

Semua itu adalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci ibarat penagih yang sukar berpisah dengan dadah. Ia memang sukar tapi memerlukan keazaman kuat dalam menempuh tembok syaitan dan nafsu besar.

Sementara itu, daripada sudut kedua, saudari mengatakan ia tanpa kerelaan dan dipaksa. Jelas, jika ini berlaku, saudari dikira sudah menjadi mangsa rogol.

Maka, wajiblah saudari membuat laporan polis dan bukan hanya bertanya kepada ahli agama saja tanpa tindakan undang-undang kerana perlakuan lelaki itu perlu disekat.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik bahawa Allah SWT menerima taubat hamba-Nya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita.

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by hamba alloh on 4 Oktober 2010 at 5:37 pm

    assalamu alaikum gimana kita harus menghadapi dengan penyesalan itu?gimana kita supaya tidak putus asa?

    Balas

  2. Posted by nur tasbih on 13 Mac 2013 at 2:10 pm

    bismillah..ana bersyukur sangat kerna dengan izin Allah ana membuka blog ini,jujur ana terharu dan penerangan sangat simple dan bermakna.Alhamdulilah,moga Allah merahmati kalian..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,032 other followers

%d bloggers like this: