Cara tunai fidyah puasa


Kita boleh menggantikan beras fidyah dengan wang asalkan ia diberi kepada fakir miskin.- Gambar hiasan


SOALAN 1:

BOLEHKAH saya membayar fidyah (membeli beras mengikut kadar fidyah) terus kepada mereka yang berhak memerlukannya?

JAWAPAN:

Boleh, harus membayar fidyah dengan memberi beras kepada golongan yang berhak menerimanya. Orang yang berhak menerimanya adalah golongan fakir miskin.

SOALAN 2:

Saya mempunyai seorang abang tiri (OKU) yang terdiri daripada golongan yang berhak menerima bantuan (pendapatan bawah RM500) boleh atau tidak saya terus membayar kepadanya?

JAWAPAN:

Boleh, saudara boleh bayar terus kepada orang berhak. Dalam keadaan abang tiri saudara adalah tergolong dalam golongan fakir miskin maka dia berhak menerima beras fidyah saudara.

SOALAN 3:

Boleh atau tidak saya menggantikan beras itu kepada wang tunai?

JAWAPAN:

Boleh, kebanyakan orang lebih suka membayar fidyah dengan wang. Nilai ringgit bagi setiap satu cupak ialah RM1.20.

Maka orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun, dia diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadan yang berikutnya.

Seandainya masih belum mengqada puasanya lagi dan masuk bulan Ramadan yang berikut. Maka dia dikenakan fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari yang ditinggalkannya serta qada’nya sekali. Seperti contoh: Seorang itu meninggalkan puasa lima hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadan tahun kedua maka ini dikenakan qada puasa sebanyak lima hari dan membayar fidyah sebanyak lima cupak.

Sekiranya gagal mengqada puasa sebelum menjelang Ramadan pada tahun berikutnya maka dia dikenakan lima hari qada puasa dan membayar fidyah sebanyak 10 cupak, memandangkan setahun berlalu tapi tiada kesedaran untuk membayar fidyah yang menjadi hak orang fakir miskin.

Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Qada puasa hendaklah disegerakan kerana ia hak Allah SWT. Selagi mana tidak dilangsaikan selagi itulah dikira berdosa dan menanggung kewajipan yang belum dilaksana.

Allah memberi kelonggaran kepada mereka yang uzur atau bermusafir semasa siang hari Ramadan untuk berbuka puasa. Demikian juga Allah menetapkan golongan yang wajib qada akibat meninggalkan puasa Ramadan.

Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Puasa adalah kefarduan manakala fidyah adalah hukuman denda yang membawa manfaat kepada golongan fakir miskin.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja.

Bagaimanapun, jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudara itu.

About these ads

10 responses to this post.

  1. Posted by one on 21 Ogos 2010 at 10:25 am

    di mana nak bayar fidyah tersebut?adakah d pusat zakat?

    Balas

  2. Posted by nurul on 7 September 2010 at 11:16 pm

    Assalamualaikum..
    pada 2007 saya tidak berpuasa selama 7 hari,namun begitu saya menggantinya sehari demi sehari pada setiap tahun.sekarang,iaitu 2010 ,saya masih ada 3 hari lagi puasa yang harus saya ganti…adakah saya perlu membayar fidyah untuk baki 3 hari ini ?

    Balas

  3. Posted by fiza on 18 November 2010 at 10:12 am

    assalamualaikum..contoh…kalo sy tinggal puasa 5hari pda tahun 2008..selepas itu sy xganti sampai tahun 2010 adakah kadar fidyah itu bertambah kepada 2 cupak untuk setiap hari yang ditinggalkan?

    Balas

    • Posted by Siti on 26 April 2011 at 11:03 am

      jika sebelum ramadhan 2010 = 5 cupak (utk 2009) + 5 hari puasa
      jika selepas ramadhan 2010 dan sebelum ramadhan 2011 = 10 cupak (utk 2009 & 2010) + 5 hari puasa. Wallahualam..

      Balas

  4. Posted by Tira on 30 April 2011 at 10:50 am

    Assalamualaikum.
    Saya tinggal di USJ Subang Jaya. Saya hendak membayar fidyah puasa untuk tahun-tahun yang dahulu. Boleh berikan saya senarai tempat yang saya boleh membayar fidyah puasa saya. Terima kasih.

    Balas

  5. Posted by Ainul Hayati on 17 Jun 2011 at 10:37 pm

    Assalamualaikum,

    Sekiranya saya baru selesai membayar puasa 3 tahun lepas dan fidyah saya masih tertunggak, adakah fidyah saya akan bertambah juga setiap tahun selagi saya masih belum menjelaskannya. Terima kasih.

    Balas

  6. Posted by mohd on 25 Julai 2011 at 12:25 pm

    assalamualaikum,

    bolehkah menbayar fidyah pada anak yatim?

    Balas

  7. Posted by imah on 4 Mac 2012 at 1:19 pm

    assalamualaikum,

    saya tinggal di singapura tapi ingin membayar fidyah pada rumah anak2 yatim di johor bahru. adakah fidyah saya diterima di sudut hukum syarak.

    Balas

  8. Posted by hamid bin harun on 23 Julai 2012 at 8:55 pm

    asswsalamkum sy ingin bertanya ibu sy kembali ke rahmahtullah umor nya 74 tahun berapakah fidyah nya .

    Balas

  9. Posted by hamid bin harun on 23 Julai 2012 at 9:37 pm

    assalammuaalaikum ustaz sayaingin tanya di mana tempat untuk membayar fidyah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,027 other followers

%d bloggers like this: