Makna ijtihad, Siapa Mujtahid


APAKAH maksud ‘ijtihad’ dalam suasana masyarakat kini dan sejauh mana akal manusia mampu menerokai sumber hukum dalam Islam melalui al-Quran dan hadis. Apakah Rasul dan sahabat berijtihad? Siapakah yang boleh berijtihad dan kriteria seorang ‘mujtahid.’

Persatuan Mahasiswa

//

IPT

Ijtihad berasal daripada perkataan ‘ijtahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh. Ia membawa pengertian ‘mengeluarkan sesuatu hukum dengan asas kefahaman mengikut penilaian kiasan berteraskan al-Quran dan sunnah di samping mengekalkan prinsip syariah.’ Ijtihad berlaku atas perkara yang tiada nas atau dalil jelas (sorih) terhadap permasalahan baru timbul berdasarkan perkembangan semasa.

Ada ulama menterjemahkan ijtihad sebagai proses usaha mengeluarkan sesuatu hukum syarak (istinbat) berteraskan al-Quran dan hadis Rasulullah. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berijtihad dan benarlah ijtihadnya, maka dia akan mendapat dua kebajikan (pahala) dan jika salah ijtihadnya, maka ia mendapat satu kebajikan.” (Al-hadis)

Ijtihad bertujuan menjaga kebajikan umat dan menghindarkan kepincangan masyarakat apabila timbul sesuatu masalah baru seperti urusan perbankan, sewa, insurans, bayi tabung uji, derma organ dan seribu satu masalah baru yang perlu dirungkai dan diselesaikan ulama dan cendekiawan.

Islam sentiasa membuka pintu untuk berijtihad dan memberi pandangan. Ini kerana Islam menghormati kebebasan berfikir dalam menggerakkan pemikiran yang sempurna di samping menggalakkan perbezaan pendapat. Sebab itu, banyak ayat Allah menyebut mengenai penggunaan akal fikiran. Firman Allah: “Tidakkah kamu berfikir.” Ayat lain: “Tidakkah kamu mengambil pengajaran” dan “Tidakkah kamu melihat (dengan fikiran waras).”
Kesannya ialah keterbukaan minda dan percambahan pemikiran dalam menjana tamaddun pemikiran yang sihat untuk masa depan dan perkembangan umat.

Namun, penggunaan akal fikiran terbatas apabila berhadapan dengan nas al-Quran dan hadis yang merupakan hukum tetap (qat’i) yang tidak boleh dipinda walau sedikitpun. Firman Allah: “Maka demi Tuhanmu mereka tidak beriman sehingga memutuskan dengan apa yang ditetapkan olehmu (Muhammad) dalam perkara yang mereka selisihkan dan tiada rasa keberatan dalam hati mereka dengan keputusan tersebut dan menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65)

Mujtahid ialah seorang ulama’ yang menghabiskan hidupnya dalam mengkaji permasalahan agama serta mempunyai pengkhususan dalam bidang hukum syarak.

Seorang mujtahid mestilah mempunyai ciri berikut iaitu berpengalaman dalam ilmu syarak (fekah) dan menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti tafsir, hadis dan ilmu bahasa Arab. Dia juga memahami kaedah kiasan dan rukunnya serta selok-belok penggunaan kias dalam hukum syarak.

Dekan Fakulti Dakwah Bahagian Feqah Al-Azhar, Dr Abd Rahman Adawi, menambah mujtahid mesti seorang yang hafal al-Quran dan memahami makna tersurat dan tersirat didalamnya sebagai syarat tambahan.

Dia juga mesti ikhlas dan bertanggungjawab terhadap Allah di samping mempunyai ketakwaan yang tinggi.

Selain itu, dia memahami bahawa sesuatu hukum yang diputuskan tidak bercanggah nas al-Quran dan hadis kerana ia adalah bersifat qat’i. Kaedah ilmu feqah menetapkan bahawa: “Tiada ijtihad kepada perkara yang sudah mempunyai nas (dalil).”

Memahami bahawa sesuatu hukum yang akan diumumkan itu belum lagi diputuskan oleh ulama terdahulu kerana kaedah hukum feqah mengatakan ijtihad tidak boleh dipadamkan dengan ijtihad.

Nabi Muhammad juga berijtihad kepada perkara yang tidak diwahyukan contohnya perjanjian dengan Musyrikin Madinah mengenai satu pertiga hasil kurma Madinah sehingga Saad bin Muaz berkata: “Jika keputusan ini adalah wahyu maka kami taat dan patuh dan jika ia adalah pandangan semata-mata, maka kami juga berhak memberi pandangan.”

Kesimpulannya, penggunaan akal dalam mengeluarkan hukum adalah digalakkan dengan memelihara disiplin ilmu menerusi bayangan al-Quran dan hadis nabi.

Lesen untuk berijtihad adalah untuk mereka yang autoriti saja bagi memelihara kelangsungan umat dalam menangani permasalahan baru. Nabi Muhammad dan sahabat berijtihad demi menjaga kebajikan umat Islam atau menetapkan garis panduan syara’ untuk diikuti oleh generasi selepasnya. Hendaklah berwaspada terhadap pemikiran orang-orang yang tiada autoriti dalam bidang hukum hakam kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by nadia on 7 Ogos 2010 at 11:29 am

    ustaz,boleh x terang kan lebih lanjut
    1) apa itu mujtahid,faqih ,muqallid
    2)apa perbezaan konsep perundangan barat dan islam
    3)apa yg dimaksudkan dgn ghayr shar’i ahkam,ahkam amaliyyah,ahkam muktasabah dan adillah tafsilliyah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: