Kenapa Isu Dera Kanak-Kanak, Buang Bayi Sukar Ditangani?


Oleh IZMAS

MENURUT perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebanyak 1,125 kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan 40 kes buang bayi telah dirujuk sepanjang 2009. Jumlah ini bukanlah perangkaan sebenar kejadian kerana bilangan kes yang dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diketahui dan dikatakan lebih besar menjangkau dua kali ganda.

Pada 3 hb Februari dan Mac lalu, K.Harreswaral, 1 dan Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun mati akibat didera kejam dan masih segar dalam ingatan kalangan mereka yang bersimpati. Dan pada 17hb April baru lalu, kejadian sama berulang lagi apabila kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, Lee Swee Hui mati didera oleh bapa tirinya. Pada tubuh mayat kanak-kanak kecil tidak berdosa itu terdapat lebih 30 kesan lebam dan luka, dahi serta pipi dipercayai akibat dipukul dengan objek keras. Lebih menyayat hati, seorang jiran mangsa berkata, sebelum ini dia sering mendengar jeritan dan tangisan mangsa pada lewat tengah malam namum menyangka ia perkara biasa.

Isu buang bayi tidak kurang hebatnya dan dikatakan banyak berlaku di kalangan remaja Melayu. Semakin isu itu menjadi perhatian dan mendapat dokongan pelbagai pihak, semakin banyak pula bercambah kes itu seolah-olah para remaja dan masyarakat umum langsung tidak prihatin dan tidak mengambil pusing gejala itu sebagai isu yang memalukan dan mencabar hukum Islam yang disanjung di negara ini. Jika dalam tahun 2009, 40 kes buang bayi dicatatkan JKM dan dicampur kes dari PDRM sebanyak dua kali ganda bermakna lebih kurang 120 kes dicatatkan keseluruhannya dalam tahun 2009. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilapur dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa yang mungkin jumlahnya juga besar.

Apapun, jumlah adalah perkara lain dan soalan yang lebih relevan, apakah sebab sebenar kes-kes penderaan dan buang bayi di negara ini masih berleluasa dan meningkat hari demi hari walaupun berbagai penerangan, penjelasan dan publisiti dari agensi kerajaan mendesak remaja kita jangan lagi terjebak dalam kes buruk sosial itu. Yang menyedihkan, banyak ceramah agama, bengkel dan seminar dianjurkan di kalangan masyarakat dan remaja Islam, tapi kes itu masih juga berlaku dan berulang.

Apakah silibus dan subjek pendidikan agama dan pendidikan moral di sekolah termasuk di IPT masih belum berkesan? Apakah ibu bapa kita masih belum cukup mendidik dan mengambil berat pengajaran agama anak-anak di rumah sehingga mereka tidak mendapat kesan dari pendidikan yang diberi? Adakah pergaulan dan cara hidup di luar rumah memang amat mencabar serta menakutkan yang boleh tertempias kepada semua remaja? Apakah senario ini dianggap biasa kerana fenomina ini juga berlaku di kalangan remaja bangsa lain di negara lain yang lebih buruk dan keji?

Gejala buruk sosial berlaku di setiap zaman dan di banyak negara sejak sekian lama tidak terkecuali di negara ini. Usia gejala buruk dan jenayah perbuatan manusia adalah sama usia dengan tamadun manusia itu sendiri. Tidak ada negara di dunia ini yang terbuka seperti negara kita tidak terkena tempias pengaruh gejala sosial dari barat dalam berbagai bentuk seperti musik, filem, hiburan, perniagaan, pakaian & fesyen hingga kepada cara makan dan makanan yang dimakan. Yang berbeza mungkin kadar peratusan dan rupa bentuk gejala yang datang. Menurut anggapan umum, semakin dunia maju semakin bertambah kompleks dan semakin kejam anasir sosial yang merempuh alam dunia remaja.

Kemajuan ekonomi dan pembangunan yang dibawa barat membawa bersama budaya mereka yang terkenal dikatakan dinamik, terbuka dan berbeza dari budaya asal penduduk setempat yang ketinggalan zaman. Gejala buruk sosial seperti pergaulan bebas lelaki wanita, hubungan kelamin sebelum berkahwin, musik & filem lucah, budaya arak & dadah, cara berpakaian yang pelik dan keterlaluan tidak pernah ada dalam budaya rakyat tempatan tetapi terpaksa menerima kesannya – secara sedar atau tidak – akibat dari kemasukan modal dan kemajuan ekonomi barat yang dibawa oleh pedagang barat.

Gejala ini sudah lama bertapak dan berkembang hidup dalam masayarakat kita tidak kira kaum sekian lama sejak sebelum merdeka lagi akibat dari latarbelakang dan sistem politik barat yang sudah diamalkan di negara ini. Pengaruh budaya barat sudah memberi impak besar kepada cara hidup dan berfikir rakyat kita termasuk remaja dalam berbagai bentuk yang didakwa pregresif, sesuai dengan peredaran zaman dan kreatif tetapi seringkali bercanggah dengan hukum Islam dan kehendak agama.

Isu mendera kanak-kanak dan membuang bayi tidak pernah diajar Islam tetapi begitu berleluasa berlaku di kalangan remaja Melayu Islam kita. Hal ini berpunca dari pergaulan bebas ala-barat tanpa had antara lelaki wanita yang membawa kepada cara hidup bebas membenarkan hubungan kelamin sebelum berkahwin. Episod itu akhirnya membawa kepada lahirnya anak luar nikah. Remaja yang buntu, tidak berfikir panjang akan membuang janinnya di mana saja akibat kecewa dan malu yang mahu ditutup segera. Perkara ini terjadi kerana tipisnya nilai iman dan kurangnya kesedaran beragama di kalangan remaja yang sepatutnya dididik di rumah oleh ibubapa yang bertanggungjawab.

Masalahnya, ada kalangan ibu bapa yang bukan saja tidak mengajar agama di rumah, malah tidak langsung mengawal pergaulan anak-anaknya di luar rumah yang akhirnya membawa kepada wujudnya gejala zina dan buang bayi.

Pendapat umum mendedahkan, gejala buruk itu berlaku di kalangan remaja Melayu adalah akibat dari kurangnya pengetahuan tentang ilmu Islam yang menitiberatkan pendidikan agama sejak dari kecil lagi. Hanya dengan benteng agama dan kekuatan rohani yang kuat boleh menolak perangai buruk dari melekat dalam jiwa remaja. Ilmu yang kukuh bersandarkan iman yang tinggi boleh mencegah remaja kita tidak terlibat dalam pergaulan bebas keterlaluan yang membawa kepada perbuatan zina.

Salah satu punca gejala itu berlaku kerana pasangan tidak faham erti sebenar perkahwinan dan maksud mendapat keturunan hasil dari perkahwinan. Majoriti mereka gagal dalam perkahwinan kerana tiada imu berumahtangga dan berkahwin atas dasar nafsunafsi. Apabila memasukki alam berumahtangga dan menghadapi realiti hidup sebagai suami atau isteri, mereka mula teruji dan bagi yang tidak berilmu dan kurang sabar berkemungkinan terjebak dalam gejala bukan-bukan seperti mendera anak atau pasangan masing-masing.

Sepatutnya sebelum mendirikan rumahtangga, setiap remaja wajib mengikuti kursus perkahwinan scara profesional bagi mempersiap diri. Dengan ilmu yang cukup serta kesedaran yang mendalam gejala buruk dan masalah rumahtangga dapat dielakkan. Salah satu faktor lain yang juga menyumbang besar adalah berpunca dari masalah kewangan keluarga yang serius sehingga selalu timbul salah faham dan berakhir dengan pertengakaran. Yang menjadi mangsa dan terkorban adalah anak-anak yang tidak berdosa apabila berlaku perceraian dan ibu yang kehilangan tempat bergantung.

Dari sudut Islam, dilemma sosial global dan masalah sejagat umat Islam boleh diselesaikan jika semua muslim kembali kepada ajaran Islam yang bersumber dari AlQuran dan Hadis. Apa yang diperlukan adalah keazaman pemerintah dan pemimpin yang benar-benar komited mahu melakukan dengan bersungguh-sungguh dan menolak semua jenis fikiran dan ajaran yang bukan Islamik.

About these ads

9 responses to this post.

  1. Posted by siti on 14 Mei 2010 at 9:32 am

    memang teruk org zaman skunk…dah tahu buat maksiat tue bertaubatlah…kalo x nak baby luar nikah tue bgi jerk kat org yg nak anak angkat….

    Balas

  2. Posted by iklimah on 23 Mei 2010 at 7:32 pm

    sye stuju ngan pndapat diats…budaya barat yg dbawa msuk ke negara ini terlalu berleluasa hgga mrosakkn remaja hari ini…..remaja skrg juga kurang ilmu agama….jd wahai remaja semua marilah same2 kita berubah agr agama islam dpandang tinggi sperti zman Rasulullah S.A.W. dan ingatlah kiamat menghampiri kita bila2 masa sahaja………..

    Balas

  3. aslakum, saudara dan saudari,sedang pembaca sekian,saya sangat-sangat bersetujuh dengan hukuman orang yang melakukan kekejaman ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak bersalah itu supaya jangan berlulusa kerana nafsu amarah mereka sangat legit itu di hapuskan sama sekali hidup dunia ini..

    Balas

  4. dan saya bersetuju oleh pihak kerajaan mana-mana orang yang melakukan kes seperti ini sama orang mudakah atau orang tuakah patut di beri tindakan sewajarnya terutama budak-budak di sekolah menegah,ipt-ipt, kolej-kolej dan juga terutamanya tempat-tempat kerja seperti kilang-kilang dan sebagainya.

    Balas

  5. i su penderaan kanak-kanak ini berlaku disebabkan ibubapa mereka sibuk dengan kerja masing-masing, balik ke rumah apabila keadaan letih dan penet menyebabkan tidak kena layan dengan baik,menyebabkan si anak tadi membarotak.isu satu perkara tentang penjagaan anak kita yang menjaga orang gaji kita sesetengah pejaga atau ibubapa mengaji orang asing sebabnya kos pembayarannya sangat murah,inilah banyak kes-kes yang berlaku hari ini.dan satu lagi masalah pembuangan bayi ini berlaku disebabkan kurangnya kesedaran pendidikan agama,pengeruh persekitaran dan juga rakan-rakan serta kurangnya pementauan sangat teliti serta lain-lain lagilah..kita sebagai rakyat malaysia amalkanlah rukun negara yang lima itu..memanglah kita orang melayu mudah di pengeruh oleh orang-orang bangsa asing, terutamanya budaya mereka,dan sebagainya.nasihat saya sebagai rakyat malaysia kita kena berhati-hati dan beruas pada mereka..

    Balas

  6. ibu yang buang bayi menandakan akhir jaman yang berarti kiamat hampir dekat… namun di atas semua alasan nya adalah perempuan sekarang tak tau tugas mulianya di ciptakan tuhan di dunia… coba pahami apa kodrat se orang perempuan dalam islam… tugas-tugas nya apa di muka bumi ini… saya berikan contoh sedikit yaitu wanita sekarang sibuk bekerja.. sedangkan anak nya tak dapat kasih sayang dari seorang ibu hanya dapat kasih sayang dari seorang pembantu…. maka jangan salahkan anak jika mereka durhaka pada orang tuanya… karna orang tuanya sudah duluan durhaka terhadap anaknya….. wasalam…

    Balas

  7. moral menipis karana hati tak lagi bergetar dengan ayat-ayat Allah…. tandanya kita tak lagi dijaga oleh Allah lebih tepat nya diri tak dekat lagi dengan Allah. bila demikian payah lah kita yang kemampuan terbatas untuk menjaga diri… sungguh Allah lah maha pemelihara dan maha kuasa atas segalanya….

    Balas

  8. muliakan wanita, namun wanita itu sendiri harus menjaga kemuliaan dirinya…. pakailah jelbab dan tutuplah aurat… baik yang beriman maupun hanya kedok…. karna menutup jelbab itu seperti sholat wajib hukum nya wajib.. coba bayangkan laki-laki yang melihat jadi tergiur oleh nya dan terjadilah pemerkosaan lalu ber ujung buang bayi… salah siapa, jawab nya salah laki-laki itu namun dibalik itu semua adalah tergiur oleh kemolekan aurat wanita…. anda yang membuka aurat belum tentu anda yang diperkosa…. biasanya orang yang lemah tau kepelacuran… namun yang jadi intinya adalah wanita yang membyka aurat tersebut ambila andil dalam dosa yang di perbuat oleh laki-laki tersebut……. wasalam….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,027 other followers

%d bloggers like this: